Kelas Mengaji Dewasa Online | Beana Home Quran

Adakah anda masih tercari-cari kelas mengaji dewasa online? Maklumlah, zaman digital ini semua perkara dilakukan secara online. Bisnes online, tuisyen online, kelas memasak online, kelas mengaji pun online! Untuk pengetahuan anda, selain menyediakan kelas mengaji online kanak-kanak, Beana Home Quran pun ada menawarkan kelas mengaji untuk orang dewasa yang ingin belajar secara online!

Baca entri mengenai kelas mengaji online kanak-kanak Beana Home Quran di sini.

kelas mengaji dewasa online
Kelas Mengaji Dewasa Online bersama Qutor Beana

Siapakah Beana Home Quran?

Untuk pengetahuan anda, BEANA Traning & Consultancy adalah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputera dan didaftarkan pada Disember 2016. Tujuan syarikat ini ditubuhkan adalah untuk meneruskan perkembangan Islam sejagat dengan keperluan masyarakat Islam pada abad ini.

Apabila tercetusnya wabak Covid-19 pada Mac 2020, Beana Home Quran mula beroperasi dari rumah secara online.

Bagaimanakah kelas ini dijalankan?

Di Beana Home Quran, anda kini boleh belajar Al-Quran secara persendirian dengan qutor pilihan anda. Keistimewaan yang ditawarkan oleh Beana Home Quran ialah anda boleh memilih pakej kelas berdasarkan jadual dan masa mengikut kehendak anda sendiri. Jika anda seorang wanita, pastinya anda berasa segan jika perlu mengaji dengan qutor lelaki, bukan? Jangan risau, Beana juga menawarkan qutor wanita untuk para wanita!

Berkesankah kelas mengaji dewasa secara online?

Anda mesti tertanya-tanya akan keberkesanan dan kemampuan kelas mengaji untuk orang dewasa yang ditawarkan oleh Beana Home Quran, bukan? Ha, jangan risau! Pelajar akan menggunakan modul pembelajaran yang sangat efektif iaitu Modul Smart Jazary dan Smart Farhu Ain.

Selain itu, qutor-qutor Beana pula perlu menjalani saringan temuduga yang ketat terlebih dahulu sebelum dipilih oleh Beana Home Quran. Hanya yang terbaik dipilih menjadi Qutor Beana! Sehingga kini, mereka telah berjaya membimbing ramai peserta dewasa sehingga ada yang berjaya menghabiskan bacaan al-Quran mereka. Hebat, bukan?

Baca tentang Qutor Beana dan syarat-syarat kelayakan mereka di sini.

Kejayaan peserta dewasa khatam al-Quran

Walaupun terpaksa menghadapi PKP, namun ianya bukan penghalang untuk para peserta mengaji bersama Qutor Beana secara online sehingga mereka berjaya mengkhatamkan bacaan al-Quran mereka.

Antara testimoni positif daripada peserta setelah mengikuti kelas ini

kelas mengaji dewasa online
Sumber: Website Beana Home Quran

Wahhh! Nampak tak, betapa hebatnya para peserta kelas mengaji Beana Home Quran. Jadi, anda tak perlulah risau jika anda masih lemah dalam menguasai al-Quran. Qutor Beana sedia membimbing anda!

Jadi, apa tunggu lagi? Jomlah daftar sekarang! Mudah pun mudah, belajar pun senang faham. Klik link di bawah tau!

Daftar kelas secara online di Laman Web Beana Home Quran

Link WhatsApp disini

Facebook Beana Home Quran

Instagram Beana Home Quran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.