Library Cheras – AEON Bandar Mahkota Cheras

April 20, 2017 by No Comments

Membaca buku di Perpustakaan (library) Cheras

Seboleh mungkin, saya cuba meluangkan masa membawa anak-anak ke library Cheras.

Ianya terletak di tingkat 1 di AEON Bandar Mahkota Cheras.

AEON disini adalah neighborhood mall dimana kebarangkalian berjumpa jiran disini adalah tinggi hihi.

Saya gembira sahaja jumpa jiran di sini.

Mereka pun redha sahaja dengan mak anak tiga pakai tudung makcik sahaja bawa anak ke library.

Artikel tentang Perpustakaan Cheras ini saya pernah tulis disini

Ianya tempat yang selesa untuk beriadah dengan anak-anak.

Riadah nafsu sebab tak tahu nak baca yang mana satu semuanya mahu hihi.

Library Cheras

Library Cheras yang selesa

Alya suka buku yang ada pop up paper dan bergambar. Dia belum mahir membaca.

Buku visual itu sangat membantu dia dan emaknya tak payah bacakan haha!

Dzakwan mencari sesuatu yang mula mencabar minda seperti documentary about dogs, soccer and earth.

Zikry menginjak remaja dan sukakan buku Enid Blyton.

Kadang tu dia ambil tentang swimming dan juga space.

Library Cheras

Pilih sendiri di Library Cheras

Pernah saya belikan buku Sherlock Holmes dan Zikry tak sukakannya.

Bila dibawa ke hampir ratusan buku (mungkin juga mencecah ribu) disini, mereka bebas memilih buku yang mahu dibaca.

Selesakah baca buku di library Cheras?

Sangat sangat selesa.

Tak terlalu sejuk atau panas.

Jika ramai orang sekalipun, ianya masih boleh digunakan bersama-sama.

Mengawal anak-anak supaya diam didalam library Cheras memang mencabar haha.

Sampai ke hari ini masih perlu diingatkan supaya berbisik sahaja didalam library.

Mereka berbisik dengan kuat kadang tu.

Mak cannot duduk diam sahaja membenarkan ia berlaku hihi.

Library Cheras

Mewakili kumpulan mak-mak, saya amat mencadangkan ibubapa untuk membawa anak-anak ke mari.

Buku buku untuk ibubapa pun ada disini berkenaan teknologi, sains, parenting dan agama.

Seorang warganegara dengan kad pengenalan boleh pinjam 6 buku sahaja dalam satu bulan.

Denda 10 sen setiap hari jika terlewat pulangkan buku.

Anak-anak perlu diawasi sendiri maksudnya tak boleh tinggal dekat adik library Cheras ni minta depa jaga tauuuu sementara mak beli barang dapur hihi

Saya amat bersyukur dengan kemudahan di library Cheras ini.

Niat nya ialah membudayakan membaca sebagai amalan menuntut ilmu untuk anak-anak.

 

Buku Travellis Jepun (Tokyo)

Akan dilancarkan pada 5 hingga 6 petang 1 Mei 2017 di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

Klik disini untuk mendapatkannya

Travellis Jepun

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.