Daftar Sebagai Tutor Quran | Beana Home Quran

Adakah anda seorang yang berminat dan berkebolehan untuk menjadi guru mengaji al-Quran? Jom baca artikel di bawah untuk daftar sebagai Tutor Quran dengan Beana Home Quran!

Apa itu Tutor Quran / Qutor Beana di Beana Home Quran?

Tutor Quran, ataupun dikenali sebagai Qutor ialah seorang guru mengaji al-Quran. Di Beana Home Quran, anda akan dikenali sebagai Qutor Beana. Untuk menjadi qutor tersebut, seseorang itu perlulah memenuhi syarat-syarat yang tertentu untuk menjadi guru mengaji al-Quran yang berkaliber.

Matlamat Utama Qutor Beana

BEANA Traning & Consultancy adalah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputera dan didaftarkan pada Disember 2016. Apabila tercetusnya pandemik Covid-19 pada Mac 2020, Beana Home Quran mula beroperasi dari rumah.

Matlamat utama para qutor di Beana Home Quran adalah untuk memartabatkan al-Quran di samping meneruskan dakwah mengajar ilmu al-Quran dan agama Islam kepada masyarakat Islam di Malaysia. Qutor Beana boleh mengajar 3 jenis peringkat umur, iaitu kanak-kanak, remaja, atau dewasa.

daftar sebagai tutor quran

Ciri-ciri Tutor Quran yang diperlukan di Beana Home Quran

  • Berumur di antara 20 hingga 45 tahun.
  • Mempunyai mana-mana Ijazah pengajian Islam, Diploma pengajian Islam, sijil tahfiz, sijil pondok yang diiktiraf, STAM, STPM atau sijil-sijil berkaitan dengan pengajian Islam.
  • Suka pada kanak-kanak, sabar mengajar remaja dan mahir mengajar dewasa.
  • Boleh mengajar di sekitar anda sama ada Kuala Lumpur, Selangor atau Nilai, Negeri Sembilan.

Apakah kemahiran yang diperlukan untuk daftar sebagai Tutor Quran?

Untuk menjadi Tutor Quran di Beana Home Quran, anda perlulah mempunyai beberapa kemahiran yang sesuai. Berikut merupakan antara kemahiran yang diperlukan sebagai Qutor Beana:

  • Berkeupayaan mengajar Al-Quran & Tajwid
  • Mahir dan fasih membaca Al-Quran
  • Boleh berkomunikasi dengan baik
  • Bersedia mengikuti latihan yang telah dijadualkan
  • Sentiasa positif, ikhlas, sabar dan amanah

Kenapa perlu daftar sebagai Tutor Quran di Beana Home Quran?

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya terdapat pelbagai manfaat dan faedah yang ditawarkan kepada Qutor Beana di Beana Home Quran. Antaranya termasuklah:

  • Gaji yang lumayan
  • Masa yang fleksibel
  • Payment slip disediakan
  • Latihan kemahiran secara teori & praktikal disediakan
  • Majlis penghargaan setiap tahun (Gala Dinner)
  • Dan banyak lagi!
daftar sebagai tutor quran
Majlis Meraikan Qutor Terbaik Beana 2021

Daftar sebagai Tutor Quran dan anda boleh mengajar secara online!

Pelbagai cabaran dan kekangan yang ditempuhi oleh Qutor Beana di musim pandemik ini. Sebelum ini, mereka mengajar dari rumah ke rumah. Namun begitu, wabak Covid-19 yang tidak terkawal di negara ini telah menyebabkan negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Justeru itu, Qutor Beana masing-masing melaksanakan pengajaran secara online. Misalnya, kelas mengaji online kanak-kanak Beana Home Quran telah mendapat sambutan yang baik dari para ibu bapa memandangkan kesemua pelajar tidak dibenarkan ke sekolah disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sebagai inisiatifnya, para ibu bapa memilih Beana Home Quran untuk mengajar anak-anak mereka mengaji dari rumah.

Jom baca serba sedikit tentang kelas mengaji online kanak-kanak Beana Home Quran di sini.

Jika anda seorang yang sibuk, tapi masih ingin berkhidmat sebagai tutor Quran, jangan risau! Di Beana Home Quran, anda boleh memilih waktu yang anda inginkan untuk mengajar Quran. Hal ini bermakna, waktu kerja anda adalah fleksibel! Seronok, kan?

Tonton video di bawah untuk mengenali Qutor-Qutor Beana

Beana Home Quran kini membuka permohonan untuk mengisi jawatan sebagai tutor Quran / Qutor Beana. Jika anda berminat, emelkan resume anda ke info.beanahomequran@gmail.com ataupun boleh klink link di bawah juga.

Daftar sebagai Qutor Beana di link WhatsApp ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.