Kelas Mengaji Online Kanak-kanak – Beana Home Quran

April 21, 2021 by No Comments

Kelas mengaji online kanak-kanak memang bukan senang nak cari. Interaksi online dan berhadapan ni lain caranya. Kalau tak kena gayanya, mesti anak-anak depan laptop tu kelaut arahnya. Jadi, kelas yang INTERAKTIF dan FUN daripada Beana Home Quran adalah pilihan!

Apakah itu kelas mengaji online kanak-kanak Beana Home Quran?

BEANA Traning & Consultancy adalah sebuah syarikat yang dimiliki penuh oleh bumiputra didaftarkan pada Disember 2016 untuk meneruskan perkembangan Islam sejagat dengan keperluan masyarakat Islam pada abad ini.

Bermula dari era Covid-19 pada Mac 2020, Beana Home Quran mula beroperasi dari rumah.

Boleh ke belajar mengaji online?

Mesti ibubapa risau, boleh ke buat kelas mengaji online kanak kanak ni? Norma baru pembelajaran ialah sesuatu yang kita perlu berusaha ke arahnya. Penjarakan sosial tidak membuatkan pembelajaran terhenti malah memerlukan kreativiti tersendiri.

Walaupun hanya online, adab berguru masih boleh diterapkan. Baca cara untuk tertib berguru secara online disini.

Beana Home Quran mempunyai teknik yang menyeronokkan.

Bermain adalah kanak-kanak dan kanak-kanak adalah bermain. Bermain adalah cara mereka belajar dan memproses sesuatu. Beana Home Quran akan mengendalikan kelas dengan cara dan teknik bermain. Anak-anak pun gembira sepanjang proses pembelajaran dan tak terasa waktu berlalu.

Anak-anak bermain dalam Kelas mengaji online kanak kanak

Kenapa memilih kelas online kanak-kanak Beana?

  • Jadual Kelas Yang Fleksible

Pelajar boleh memilih hari dan masa untuk kelas sendiri, jika masa pembelajaran yang standard tidak sesuai dengan aktiviti harian sendiri.

Kelas online Al Quran dilakukan mengunakan platform online seperti Whatsapp video call, Zoom, Skype atau Line.

  • Tutor Quran Yang Berkreditasi

Qutor, atau tutor Quran dari Beana kesemuanya disahakan oleh JAIS dan Beana sendiri bagi menjaga kualiti tenaga pengajar dan konten pengajaran Al Quran itu sendiri.

  • Modul Pembelajaran Al Quran Yang Berstruktur

Beana mempunyai program khas dan kurikulum berstruktur untuk mengembangkan cinta anak-anak ke arah kalam Allah dan menjadikan pengalaman pembelajaran mudah dan menarik.

Pelajar akan menggunakan modul pembelajaran yang sangat efektif iaitu Modul Smart Jazary dan Smart Fardhu Ain. Modul Smart Jazary juga sesuai untuk pembelajaran untuk orang dewasa. Tonton video di bawah komen orang dewasa tentangnya.

Ramai Ibu Bapa memilih kelas mengaji dari Beana untuk anak-anak

Kelas agama online ini menjadi pilihan ramai ibu bapa sejak awal penubuhannya lagi. Testimoni yang diberikan oleh ibu bapa rata-ratanya sangat memberangsangkan.

kelas mengaji online kanak-kanak 2

Ibu bapa yang ingin mendapatkan khidmat belajar Al Quran online untuk anak-anak, bolehlah mendapatkan butiran dengan lebih lanjut disini ya.

Daftar kelas secara online di Laman Web Beana Home Quran

Link ke WhatsApp disini (6011 5223 4111)

Link ke Facebook Beana Home Quran

Link ke Instagram Beana Home Quran

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.