Review Filem : Sheriff Narko Integriti

April 23, 2024 by No Comments

Sekarang tengah hot filem di Malaysia yang baru ditayangkan iaitu Sheriff Narko Integriti. Cik Luna dah pergi tengok tau dan memang Cik Luna berikan 10 bintang untuk filem ini! Filem buatan Malaysia yang setanding dengan filem antarabangsa.

Bagi tuan puan yang belum tonton lagi, Cik Luna sarankan jangan baca review ini sampai habis kerana berkemungkinan ada spoiler. Yang dah tonton pula, bolehlah beri komen sedikit ya!

Pertama sekali, Sheriff Narko Integriti ini merupakan filem arahan Syafiq Yusoff iaitu pengarah bagi filem Mat Kilau juga. Filem ini dibintangi oleh aktor dan aktres berbakat seperti Zul Ariffin, Dato’ Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Azira Shafinaz serta Elizabeth Tan.

Sumber : Berita Harian

Filem ini bergenre aksi dan thriller. Sekiranya ada yang merancang untuk membawa anak kecil, Cik Luna tidak sarankan kerana filem ini sesuai untuk masyarakat yang berumur 16 tahun ke atas. Ia juga mempunyai adegan-adegan yang tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak.

Plot Menarik – Sheriff Narko Integriti

Filem ini mengisahkan seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik iaitu Nazri (Syafiq Kyle) yang merasakan Tony Ifrit (Dato’ Aaron Aziz) sering terlepas dari undang-undang negara tentang sindiket dadahnya. Disebabkan Nazri berasa tidak adil dengan keputusan mahkamah, beliau menyelesaikan masalah itu dengan caranya sendiri.

Sementara itu, Sheriff (Zul Ariffin) dari Jabatan Integriti ditugaskan untuk mencari pembunuh bersiri yang dikenali sebagai ‘Meth Killer’ . Beliau ditugaskan bersama Nazri di bawah satu jabatan untuk menyelesaikan kes ini. ‘Meth Killer’ pula berkemungkinan berada di dalam Jabatan Narkotik.

Persoalannya, bagaimanakah Sheriff menangkap ‘Meth Killer’? Apa motif ‘Meth Killer’ menjadi pembunuh bersiri? Jika tuan puan ingin tahu selanjutnya, cepat-cepat beli tiket di pawagam terdekat kerana selalu penuh sejak filem ini ditayangkan pada 18 April 2024.

Sheriff Narko Integriti
Sumber : Casey’s Movie Mania

Elemen Menarik dalam Filem

Filem ini banyak memaparkan aksi serta thriller. Namun begitu, filem ini akan membuat penonton fokus dengan jalan ceritanya yang sentiasa penuh dengan debaran. Sebagaimana yang tuan puan tahu, Syafiq Yusoff dikenali sebagai ‘King of Plot Twist’ di Malaysia, pastinya tuan puan akan teruja dengan plot filem ini. Plot yang ditayangkan di filem ini juga bakal membuatkan penonton berasa tidak percaya serta fokus di dalam pawagam.

Filem ini juga memaparkan nilah kasih sayang antara adik-beradik. Bukan itu sahaja, terdapat mesej yang disampaikan dalam filem ini iaitu jangan terlalu mudah untuk mempercayai seseorang.

Sumber : Sinar Harian

Ramai yang menonton filem ini memberikan review bahawa filem ini sangat best! Lebih-lebih lagi dengan lakonan yang hebat dan menjadi dari para pelakon yang berjaya membawa watak mereka. Cik Luna amat rekomen filem ini kerana kita juga perlu support filem tempatan.

Setakat ini perkongsian Cik Luna tentang “Review Filem : Sheriff Narko Integriti ” ini. Sekiranya tuan puan inginkan perkongsian seperti ini lagi bolehlah klikĀ review filem-filem lain di link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.