Pengusaha Kerepek Peria Pahang |Wanz Bites:PeDAS

February 18, 2020 by No Comments

Siri usahawan PeDAS ini diteruskan lagi dengan artikel pertamaPengusaha Kerepek Peria Pahang |Wanz Bites:PeDAS“. Bagi yang baru pertama kali mendengar tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membaca sedikit penerangan tentangnya di nota kaki artikel ini di bawah nanti.


Cik LIS suka makan kerepek, lebih-lebih lagi kerepek timbang kati. Contohnya macam kerepek bawang, kerepek pisang, kerepek ubi, kerepek kulit popia, keropok tayar, muruku…

…ok, kalau tulis memang sampai ke seribu patah pun tak habis merepek. Hantu kerepek lah katakan (゚ω゚;)

pengusaha kerepek peria pahang-1

Kalau pergi majlis-majlis keraian orang Melayu terutamanya, macam perkahwinan, akikah, pertunangan kadang-kadang ada sebalang besar kerepek di atas meja makan tetamu!

pengusaha kerepek peria pahang-2

Pergi tengok wayang pun sekarang ada pilihan snek kerepek! Alternatif snek untuk penonton wayang yang tak nak makan pop corn.

pengusaha kerepek peria pahang-3

Kalau time hari raya, tak sah kalau tak ada kerepek. Tak payah bubuh dalam balang kuih raya yang cantik-cantik tu. Letak je atas meja dengan bekas-bekas besar tu, tak sampai 5 minit dah lesap! Hehe.

Anyways…kebanyakan orang dah ada supplier favourite kerepek masing-masing. Just in case, kalau anda ingin mencuba kerepek jenis yang agak rare macam kerepek bayam crunchy dan kerepek peria 5 rasa, anda mungkin ingin mengenali usahawan PeDAS kita yang ini!


Pengusaha Kerepek Peria Pahang – Wanz Bites

pengusaha kerepek peria pahang-4

Wanz Bites adalah produk pengusaha kerepek dari Sungai Koyan, Pahang, di bawah syarikat Wanz Har Enterprise. Seperti yang telah dinyatakan, kerepek Wanz Bites buat masa ini memberi pengkhususan kepada bahan yang jarang dikomersialkan, tetapi sedap jika kena cara dan seleranya – kerepek peria 5 rasa dan kerepek bayam brazil.

Kerepek Wanz Bites Kerepek Perisa Unik Penuh Potensi

Pengasasnya, Puan Nooraini Biti Wan Yahya berusaha untuk menjadikan produk tempatan peria dan bayam brazil menjadi produk yang boleh dikomersialkan dan dipasarkan bukan sahaja di negeri Pahang, malah di seluruh Malaysia – dan juga luar negara! (jika ada rezeki). Sama-samalah kita doakan dan memberi sokongan padu kepada pejuang kerepek usahawan PeDAS kita yang ini ya (。•̀ᴗ-)✧


Sebarang pertanyaan atau ingin mengikuti promosi semasa produk usahawan ini? Layari laman rasmi mereka di:

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Alamat kedai:

KAMPUNG BUKIT BETONG,
27200 KUALA LIPIS, PAHANG.



Artikel seterusnya adalah artikel penuh produk keluaran usahawan kerepek Wanz Bites yang paling popular; jenis peria dan jenis bayam. Klik sahaja link-link di bawah tau!

Entri kedua|| PeDAS|Crispy Peria Berperisa Wanz Bites

Entri ketiga|| Wanz| Bayam Brazil Goreng Rangup |PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.