Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS
Siri jejak usahawan PeDAS diteruskan lagi dengan artikel “Tips Bahulu Tradisional Lembut | Dhiaza:PeDAS“. Untuk memahami dengan lanjut tentang program usahawan PeDAS, anda boleh membacanya di link yang tertera di akhir nota kaki nanti.
Semasa artikel ini ditulis, rakyat Malaysia sedang menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi memutuskan rangkaian pandemik Covid-19. Tengah bosan-bosan duduk rumah tak tahu nak buat apa, mesti ada yang sejenis mengGoogle nak buat kuih apa, kan? Nak cuba buat bahulu tak? Bahan untuk buat bahulu yang paling asas pun ada tiga sahaja, iaitu gula, tepung dan telur.
Kalau orang dulu-dulu nak membakar kuih, kena sediakan sabut kelapa dan bakar di belakang rumah. Penat nak jaga api bagai. Sekarang dah banyak kemudahan. Adanya microwave dan oven untuk membakar kuih-muih. Kalau tak ada pun di rumah, ada yang Cik Lis jumpa dalam Youtube cukup kreatif membakar bahulu dengan sandwich toaster! Asalkan jadi lah kan?
Di sini, Cik Lis kongsikan tips-tips penting di dalam pembuatan bahulu homemade sebagai panduan kita bersama.
Tips Bahulu Tradisional Lembut
Okey…sebelum kita mulakan, bahulu tradisional kita di sini adalah jenis bahulu kosong tiada inti. Boleh jadi bahulu cermai, bahulu ikan, bahulu bunga dan sebagainya. Kalau yang ada inti tu dah level tinggi dah. Hehe.
–
:x: Bahan paling asas ada 3; gula, telur dan tepung :x:
Namun, ianya masih bergantung kepada resepi mana yang anda ikut. Cumanya, jika anda terjumpa resepi yang tertulis ayat cliché sukatan “agak-agak” dan masih perlukan arahan jelas tentang sukatan tersebut, sebilangan pembuat bahulu mengesyorkan sukatan gula dan telur perlu sama banyak. Contohnya, kalau gula satu cawan, maka telur pun guna satu cawan.
:x: Jemur tepung dan/atau gula yang akan digunakan :x:
Kenapa banyak resepi tertulis arahan sebegini? Rata-rata penulis resepi bahulu mencadangkan agar tepung gandum terutamanya, dan gula pasir yang digunakan dijemur di bawah matahari panas terlebih dahulu.
Langkah pra-penyediaan ini dibuat agar bahulu yang dibuat nanti menjadi tahan berbulan lamanya dengan menggunakan bahan yang dan bebas lembapan. Tepung sudah cukup kering apabila kita boleh nampak debu tepung sedikit bertebangan.
:x: Pukul telur sehingga betul-betul kembang dan ringan supaya bahulu menjadi lembut di dalam :x:
Macam mana nak tahu dah cukup kembang dan ringan? Masa mula memukul telur, gunakan kelajuan perlahan dan naikkan kelajuan tersebut sedikit demi sedikit. Untuk mengetahui telur yang dipukul sudah cukup gebu, senduk adunan dan terbalikkan. Jika ia sudah cukup gebu, adunan tidak akan jatuh. Warnanya juga nampak berkrim.
:x: Telur Gred B sudah cukup sesuai. Tidak perlu gunakan telur gred tingi seperti gred A dan AA :x:
Mana-mana resepi kuih pun, benda ini yang paling kena tahu. Untuk membuat kuih, telur gred B sesuai kerana kandungan cecairn atau putih telurnya cukup sesuai, tidak seperti telur gred AA yang mempunyai kandungan cecair yang terlalu tinggi sehingga membuatkan doh menjadi lembik. Jadi untuk membuat bahulu, kita tidak mahu bahan-bahan kita terlebih air. Barulah dapat bahulu yang ‘bersakar’! Garing di luar, lembut di dalam.
x:x Hilangkan bau hanyir telur x:x
Gunakan sedikit esen vanila ataupun pandan. Pandan lebih klasik, namun ikut selera badanlah ya.
Kredi dan rujukan:
- sajionline[dot]com[dot]my – 10 info tentang telur
- nurulshamsaidin[dot]blogspot[dot]com – Cara buat bahulu macam orang dulu-dulu
- mohaszue[dot]com – Tips dan resepi bahulu tradisional
Kalau rasa macam mengidam nak makan bahulu tapi sampai ke sudah tak sampai seru nak buat sendiri, anda juga boleh mendapatkan Bahulu Sekupang yang dibeli secara pukal dengan harga semurah namanya!
Dhiaza Bahulu Sekupang adalah pakar bahulu tradisional sejak dari 2008 lagi. Bahulu yang dibuat kecil tetapi cukup sifat dan puas dimakan banyak-banyak tidak kira waktu dan musim.
Anda boleh mengikuti promosi-promosi semasa ataupun menghubungi untuk pertanyaan lebih lanjut terhadap produk Bahulu Sekupang ini di laman-laman di bawah:
Facebook | Instagram | WhatsApp
Alamat kedai di sini jika anda berkesempatan nak singgah merasa sampel dan sebagainya:
5A, Kampong Linchan, Mukim Padang Kerbau, 06750 Pendang, Kedah
Sekian sahaja artikel untuk siri jejak usahawan PeDAS Dhaiza Bahulu Sekupang. Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS yang lain akan datang ya!
Klik link di bawah untuk membaca profil penuh usahawan Bahulu Sekupang!
Entri pertama|| Dhiaza Bahulu Sekupang Kedah | PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]