Resepi Wanpaku Rendah Kalori | ST:PeDAS

March 15, 2020 by No Comments

Salam sejahtera buat semua pembaca artikel “Resepi Wanpaku Rendah Kalori | ST:PeDAS“. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.


Wanpaku?

Sandwich wanpaku atau wanpaku sando mula menjadi trending apabila Yuki Onuma, seorang surirumah dan isteri kepada pembuat tembikar iaitu Michiyuki Onuma selalu memuat naik gambar bekal sandwich tebal (yang mereka berikan nama Numasan) di Instagram. Numasan pada waktu itu diperbuat daripada sayur kobis pelbagai warna dan pelbagai jenis hidangan karbohidrat lain yang dibalut dengan roti susu Jepun (shokupan) yang tebal.

Idea untuk menggunakan banyak sayur-sayuran pelbagai warna di dalam hidangan sandwich tebal ini adalah kerana Encik Onuma mahu makan banyak sayuran berkhasiat dengan harga yang murah dan mudah untuk dibuat sepanjang tahun. Dengan visualnya yang menarik, semestinya wanpaku menjadi cepat popular dan masih menjadi ikutan sehingga hari ini!

Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Haihhh…

Jika anda taip “wanpaku”, “wanpaku sando”, “numasan” atau ” #沼サン ” di media sosial, ada banyak versi.

Dan ada di antaranya yang mungkin perlu olah atau ubahsuai sedikit. Contohnya, ada yang menggunakan daging merah khinzir yang hampir majoriti orang Malaysia tak makan (resepi asal menggunakan tonkatsu). Ataupun, ada orang yang ada alahan teruk dengan telur dan sesetengah jenis mayonis.

Sebab itu Cik Lis akan mulakan dengan apa yang kena ada pada wanpaku supaya ia seakan-akan wanpaku Numasan versi pasangan Onuma terlebih dahulu.

Versi asal rupa wanpaku Numasan kena ada…

[1] Pelbagai warna

Antara warna paling ikonik yang ada pada wanpaku adalah warna ungu daripada sayur kobis atau kubis ungu. Rata-rata resepi menyarankan penggunaan 5 warna. Cik Lis ada sebut di atas tadi yang Encik Onuma suka sayur banyak pelbagai warna, kan?

[2] Cara susun inti di dalam wanpaku

Seeloknya, inti-inti yang nipis dan leper seperti hirisan tomato, karot, timun, keju dan sebagainya berada di lapisan paling luar wanpaku, selepas roti.

Sebelum meletakkan inti-inti tebal seperti telur rebus, dan daging di bahagian tengah, inti-inti yang fleksibel dan senang lipat seperti sayuran kubis dan salad dibentangkan terlebih dahulu sebagai lapik inti tebal itu tadi.

Kalau semuanya menjadi, nanti bila belah wanpaku jadi dua bahagian nampak simetri dan tebal, tanpa lopong yang jelas. Anda juga perlu membuat perancangan cara susun sebagaimana arah mana yang anda pilih untuk memotong wanpaku menjadi 2 bahagian itu nanti.

[3] Cara susun inti mengikut komposisi warna

Segalanya tentang wanpaku adalah seni visual. Selang-selikan warna inti-inti supaya ia nampak seimbang dan penuh warna-warni.

[4] Wanpaku perlu dibalut dengan kemas dan ketat

Wanpaku adalah hidangan sandwich yang tebal dan padat, jadi kalau terlebih tekan, isinya boleh terburai keluar. Wanpaku sering dilihat menggunakan pembalut. Pilihan pembalut yang popular adalah dengan kertas pembalut makanan parchment paper, namun bukan senang untuk memahirkan diri melipatnya dengan kemas. Jadi, pilihan yang lain adalah dengan membalutnya dengan plastik.

[5] Menggunakan roti yang tebal

Resepi yang asal adalah dengan menggunakan roti susu Jepun yang tebal shokupan. Teksturnya lembut dan gebu. Kalau tiada shokupan, cuba cari alternatif roti jenis tebal yang lain juga.

Resepi Wanpaku Rendah Kalori

Dengan video IGTV yang mendapat tontonan lebih daripada 1 juta, resepi wanpaku ini nampak mudah untuk dibuat dan bahan-bahannya juga agak mudah untuk didapati di kedai-kedai biasa. Pilihan daging adalah ayam dan resepi ini menggunakan telur goreng. [kredit: IG @khairulaming]

Resepi Wanpaku Rendah Kalori-1

Resepi wanpaku versi yang ini pula tidak menggunakan banyak dressing dan seasoning serta menggunakan daging nipis shabu-shabu. [kredit: IG @emymellisa]

Resepi Wanpaku Rendah Kalori-2

Ada banyak versi lagi sebenarnya. Tak pakai roti tebal pun tak apa, guna roti biasa 2 lapisan macam video yang pertama. Apapun pilihan anda, jika anda bimbang dengan pengambilan kalori di dalam hidangan wanpaku, anda boleh sesuaikan sendiri inti-intinya. Yang penting, tengok cara susun, daun salad dan kubis ungu kena ada dan hati-hati menggunakan seasoning perasa anda. Nak guna boleh, tapi jangan banyak sangat.

*Sumber dan kredit penuh:

  • justonecookbook.com – Wanpaku Sandwich わんぱくサンド
  • IG – @khairulaming
  • IG – @emymellisa

Kalau nak cuba sandwich rendah kalori jenis lain yang kaya dengan sos masam manis cranberry dan hickory, anda boleh cuba produk Sandwich Terliur. Ada 7 jenis yang anda boleh pilih, dan jika anda berdekatan dengan area delivery yang Sandwich Terliur cover, anda boleh menghubungi mereka di sini:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ulasan penuh produk usahawan PeDAS ini Cik Lis ada selitkan di entri terdahulu. Sekian sahaja dari LunaStory. Jumpa lagi di siri usahawan lain yang akan datang ya!

Entri kedua|| Sandwich Delivery Sedap Kajang | PeDAS


Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.