Review Filem Paskal The Movie – Bangganya Dengan Filem Malaysia

October 20, 2018 by No Comments

Review Paskal The Movie

Review Filem Paskal The Movie adalah antara ulasan yang agak sukar untuk saya lakukan. Dunia ketenteraan bukan dunia saya. Di waktu rakan sebaya bersungguh menyertai askar wataniah atau sebarang yang berkaitan dengan aktiviti lasak, saya pernah terfikir untuk ‘buat-buat mati’ jika ada serangan atau peperangan haha dan ianya tidak kelakar selepas saya menonton Paskal The Movie!

Review Redha disini dan untuk membaca review Bisik Pada Langit disini.

Pertama kali saya mendengar tentang Paskal The Movie ialah melihat update di Facebook Feed seorang teman.
Itulah kali pertama saya lihat perkataan Paskal.

Apa itu Paskal?

Lambang Rasmi Paskal

Pasukan Khas Laut (Jawi: ڤاسوكن خاص لاوت) dengan nama singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini juga yang diperkatakan sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup Gerak Khas, Pasukan Khas Laut , Pasukan Khas Udara) kerana terkenal dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan Tentera Malaysia. Unit ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1982 dikawasan perairan Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.

Sumber dari Wikipedia.

Darat, laut dan udara. Inilah kata kuncinya.

Scene didalam movie ini dimulakan dengan pengenalan mengenai penubuhan Paskal dan sedikit sejarah tentangnya. Simple sahaja first imagenya sebagai opening namun cukup untuk membuat kita membaca setiap bait perkataan yang dipaparkan. Nak salin? Mak tak sempat sebab terkagum dengan opening yang macam dalam muzium haha bila anda adalah sejenis suka muzium memang begitu.

Opening montajnya mendidik penonton tentang apa itu PASKAL.

Filem Paskal The Movie arahan Adrian Teh ini diadaptasikan dari kisah benar yang benar-benar berlaku iaitu kisah yang berlaku di Angola pada tahun 1998 and the MT Bunga Laurel yang dicerobohi lanun di Teluk Aden pada Januari 2011.

Video daripada Panglima Pasukan Khas Laut, Laksamana Pertama Anuar bin Hj Alias berkongsi pengalaman sewaktu terpilih sebagai salah seorang pegawai pemerhati PBB di Angola. Dimana ketika itu suatu kejadian berlaku dimana pengganas bertindak menembak orang awam selepas menahan sebuah lori.

Review Paskal

Paskal di dalam Air

Terdapat beberapa scene yang memaparkan latihan yang dijalani oleh anggota PASKAL melibatkan operasi dibawah permukaan air, amfibia, sabotaj serta latihan-latihan lain yang cukup mencabar yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan tentera yang biasa.

Paskal Dalam Air

Walaupun sekadar lakonan didalam filem, sebagai penonton turut dapat merasakan ‘lemas’ dan ‘sejuk’nya didalam air. Belum lagi pelakon didalam cerita itu sendiri. Menurut kata Hairul Azreen (yang merupakan watak utama) didalam Paskal The Movie, beliau mengalami kecederaan di bahagian hidung sewaktu menjalani latihan didalam air. Sampai begitu sekali usaha yang dilakukan oleh pelakon dalam filem ini untuk menyajikan sebuah cerita berkualiti untuk rakyat Malaysia!

Paskal Air

Gambar-gambar yang saya ambil dari beberapa laman web yang membuat review Paskal The Movie.

 

Paskal di Udara

Bagi yang tidak pernah terlibat dalam bidang ketenteraan seperti saya, memang kurang informasi tentang bidang ini. Kecuali jika kita seorang tentera (of course), seorang anak tentera mahupun orang yang sangat berminat dengan ketenteraan mahupun cerita aksi. Jadi pembaca kena maafkan review dari seorang rakyat marhaen yang cetek ilmu ini ya.

Paskal Di Udara

Beberapa teknik CGI mungkin digunakan untuk scene di dalam filem ini terutama bagi adegan turun dari helikopter. Nampaklah juga ‘tak real sangat’ namun sudah sangat bagus untuk ruang improvement. Nanti blogger nak tulis apa pula kalau semuanya perfect kan.

Peranan PASKAL adalah melancarkan operasi membebaskan kawasan perairan, darat dan udara daripada cengkaman pihak musuh seperti lanun. PASKAL dilatih dengan pelbagai teknik operasi maritim seperti membanteras lanun, memusnahkan rampasan ke atas kapal dan pelantar minyak.

Lebih 30 pelantar petroleum diperairan Malaysia adalah dibawah kawalan dan seliaan PASKAL. Kini, PASKAL mempunyai kemampuan untuk menjalani latihan khas di kesemua pelantar petroleum diseluruh perairan Malaysia.

Anggota PASKAL mahir di laut, darat dan udara.
Selepas habis menjalani latihan ini, mereka akan mendapat beret berwarna ungu dan juga lencana trimedia setelah menjalani kursus kepakaran anggota PASKAL.

Review Paskal The Movie 2

Hari penganugerahan beret ungu untuk pasukan PASKAL didalam Paskal The Movie

 

Lencana Trimedia Paskal

 

Pelakon Paskal The Movie

Paskal The Movie dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Gambit Saifullah, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi,  Namron, Datuk Eizlan Yusof, Henley Hii, Theebaan G dan Jasmine Suraya Chin.

Untuk saya sendiri tidak mudah untuk saya bezakan yang mana satu ialah yang mana satu kerana kesemua mereka nampak macam sama terutama anggota PASKAL.

Bila mengatakan semua nampak macam sama maksudnya semua macam sama hebat. Setiap seorang daripada mereka bersungguh-sungguh dan mempamirkan lakonan yang hebat.

 

Dikatakan lokasi filem Paskal The Movie ini menjalani penggambaran di Lumut, Perak; Semporna, Sabah; dan Turki.
Memang cantik sungguh beberapa sinematografi didalam filem ini.

Memetik kata-kata salah seorang pelakon utama iaitu Ammar Alfian

“Sebenarnya latihan yang kami lalui, termasuk melakukan aktiviti dalam hutan dan air, adalah sedikit berbanding rutin perlu ditempuhi anggota Paskal sebenar. Itu pun sudah cukup mencabar sekali gus menambahkan rasa kagum kami dengan kehebatan mereka.

“Pembabitan dalam filem ini juga semakin menyuburkan perasaan hormat saya pada semua anggota pasukan seragam. Saya juga amat menghargai keamanan negara hasil kesungguhan dan jasa pasukan keselamatan kita,” katanya.

 

Review Filem Paskal The Movie – Apa yang Saya Pelajari

  1. Bagi orang yang jarang (atau TAK PERNAH?) menonton filem aksi, hampir setiap perkataan mahupun perbuatan yang mereka lakonkan dalam filem ini menarik perhatian saya.
    SOP setiap operasi antaranya memadamkan semua lampu didalam kapal semasa situasi kecemasan berlaku, wilco (untuk menerima arahan iaitu will comply) dan arahan shoot to kill. Teruja lah sebab selama ni tak pernah ambil kisah.                                                          Memang Paskal The Movie adalah eye opener yang sangat bagus untuk memartabatkan dunia ketenteraan di mata rakyat Malaysia (dan juga dunia – siapa tahu).
  2. Beberapa perkara yang saya sendiri semakin faham ialah teamwork didalam pasukan PASKAL. Tiada siapa yang bertindak sendirian dalam menjayakan sesuatu. Ada ketua, ada pembantu, ada yang bawa peralatan dan senjata berat dan yang handal menembak. Sebuah kejayaan ialah bersama pasukan dan bukannya bersendirian dengan ego kita sendiri.
  3. Keluarga atau kerja? Inilah konflik didalam filem ini yang dilalui oleh Leftenan Komander Arman Rahmat diantara menjaga ibunya yang sudah tua ataupun meneruskan kerjanya yang menuntut seribu satu pengorbanan.”Bukan semua orang faham kerja kita biarpun ahli keluarga”Saksikan video balu kepada salah seorang anggota PASKAL, arwah Ltd. Kdr. Fadzir bin Talib iaitu Puan Sabariah binti Othman dan anaknya berkongsi pengalaman mempunyai ahli keluarga anggota PASKAL.
    Sungguh, masa menonton video di bawah ini pun buat air mata (dan air hidung) mengalir laju.Antara dialog berkesan daripada Datuk Eizlan Yusof yang saya (bersemangat) catit didalam panggung.

     

    Terkorban dan nama dirahsiakan.Tapi rahsia bukan bermaksud dilupakan.              Memang tugas kita ini berisiko, namun dengan berkhidmat untuk negara, kita akan mampu selamatkan negara dan banyak nyawa. Ianya beri peluang untuk mereka bersama keluarga.Tanggungjawab pada negara, pada keluarga sama sahaja.

 

Apa yang kurang dalam Paskal The Movie?

  1. Mana ada benda yang sempurna kan? Untuk review Paskal ini ada beberapa kelemahan yang saya lihat antaranya ialah ada beberapa part suara Arman Rahmat yang agak lembut tone nya dikesan terutama ketika memberi arahan (bukan semua). Memang suaranya begitu, nak buat macamana. Tapi ada banyak scene yang bersuara tegas – okay. Kalau scene dengan Lily dan bersuara lembut tu saya fahamlah (menangis kegembiraan ke tu haha).
  2. Watak ibu Arman yang beberapa kali sebut tentang dah beli tanah kubur sebelah kubur ayah dan juga nak beli tanah kubur disini sahaja agak mengelirukan. Ibunya ni ok ke?
    Maksud saya, sakit apa-apa yang melibatkan emosi dan mental ke? Sebab hampir dihujung movie, ibunya minta maaf kerana lambat faham tugasan Arman (dan ayahnya). Ibunya faham tugas Arman selepas Arman berjaya selamatkan Lily?
    Jadi ibunya dapat berfikir tentang logik hanya dengan satu misi terakhir? Bagaimana dengan misi suaminya (iaitu ayah Arman) yang terkorban sebelum ini? Masih tak dapat buatnya terima atau dia ada sakit apa apa seperti lupa.
  3. Hampir tiga ke empat kali ada skrip “Gaji kita ni kecil” dan “Tak ada siapa tahu pengorbanan kita” Mungkin tak tepat tapi lebih kurang bunyi ratapannya. Diwaktu semua orang (ya semua) berkorban demi tugasan dan keluarga pastinya lebih lagi untuk pasukan tentera. Movie seperti ini menaikkan lagi semangat patriotik kita semua sebagai rakyat Malaysia – Melayu, Cina, India dan lain Bumiputera. Kita semua sedang berkhidmat demi sebuah panggilan. Jadi tentera untuk apa? Bertugas sebagai guru untuk siapa? Tulis blog dan menulis review Paskal untuk apa? Kita sahaja yang dapat menjawabnya biar berapa pun yang kita dapat jana.

Review Filem Paskal The Movie – Apa yang Saya Paling Suka?

  1. Scene Arman pinjamkan duit pada Joshua untuk beli cincin perkahwinan pada Lily. We should have more scene like this! Persahabatan, emosi, kasih sayang dan hellooo ini cerita aksi lah. Haha ok ok kembali kepada review Paskal The Movie.

    Cuma ada satu scene Lily tanya berapa harga cincin dia selepas Arman beritahu yang dia menyumbang separuh dari harga cincin Lily agak tak logik.

    Kalau kita orang perempuan pilih cincin di kedai emas mesti terus tanya “Berapa harga ni dik?” barulah tunjuk pada bakal suami “Abg yang ni cantik kan? Tapi harga dia…..sekian sekian sekian” haha namun tak semua orang begitu. Tapi saya begitu!

    Jadi mungkin dialog yang lebih sesuai untuk Arman ialah “You tahu tak, I top-upkan duit Joshua untuk beli cincin kahwin korang haritu tau” dan Lily boleh jawab “Haaaa iyeke. Joshua tak beritahu pun! Let me pay you back please. You nak ikut harga emas semasa ke harga emas dulu?” atau “Iye ke? Thank you. You are such a great friend of ours. Ke you nak I bayar balik?” Yeahhhh something like this instead of “Ye ke, berapa? Berapa harga cincin ni?” Haha baiklah lepas ni kalau ada yang mencari penulis skrip drama aksi dan love story, you know how to contact me.

  2.  Scene Arman pulangkan baju Joshua kepada Lily di depan rumah beliau selepas Joshua meninggal dunia. Adoiiiii, kamera pula fokus kepada Joey (dalam usia 5 tahun) yang sedang bermain di ruang tamu. Itulah scene air mata untuk kami didalam panggung. Mujur ada tudung.
  3. Saya tak jumpa nak cari dalam Google jadi saya screenshot dari video diatas. Ianya sewaktu misi menyelamat pekerja di pelantar minyak selesai dan Arman keluar dari kapal bersama anggota PASKAL yang lain. Wahhhhh macam Song Joong Ki dalam drama Descendants of the Suns!
    Dalam scene ni ibunya beritahu yang ibunya baru faham tugasan dan tanggungjawab beliau.Best Scene Paskal

 

Apa yang saya pelajari dari sesi menonton Review Filem Paskal The Movie ini?

  1. Ini diluar daripada review filem ini.

    Saya belajar tentang kesungguhan. Melihat Hairul Azreen dan movienya sebelum ini yang tidak dapat menarik perhatian saya (dan penonton lain mungkin). Memegang kata-kata “The Best Never Rest” – Hairul Azreen adalah kisah yang menginspirasikan.

    Katanya didalam IG, “Sampai bila dia nak jadi begini. Hanya pelakon aksi.” membawa beliau kepada hari ini. Komitmen 100% yang diberikan ternyata membuahkan hasil. Lepasni Hairul akan dapat lebih banyak peluang pastinya.

  2. Apa sahaja pekerjaan kita hari ini adalah untuk negara dan keluarga.
    Kita mungkin berada di luar rumah, jauh dari keluarga, jarang bersua muka atauuu setiap hari menjaga keluarga. Tugas kita tak sama. Kita juga (mungkin) ada masanya sangka kita tak beri apa-apa pada keluarga namun kita beri seseorang (kalaupun bukan semua) faham makna sebuah kehidupan.

Terima kasih bagi yang membaca review Paskal – antara filem terbaik di Malaysia. Ini ada video rasmi 23 minit 13 saat untuk pembaca ‘lepas rindu’ bagi yang sudah menonton filem ini dan juga untuk yang belum menontonnya, pergilah sekarang. Hari ini juga!

 

 

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.