Review Filem Exhuma 2024

March 21, 2024 by No Comments

Siapa yang membaca artikel ini sudah menonton filem Exhuma ini? Kali ini Cik Luna nak review tentang filem Korea yang bergenre horror dan thriller ini. Jadi, untuk yang belum menonton lagi, berhenti baca dulu! Dalam review ini ada spoiler yang Cik Luna akan ceritakan ya. Sekiranya tuan puan sudah menontonnya, bolehlah memberi pendapat di komen ya!

Filem Exhuma ditayangkan pada 14 Mac 2024 di Malaysia. Filem ini berdurasi 2 jam 14 minit. Dibintangi oleh aktres yang terkenal dengan drama terkenalnya, Goblin, iaitu Kim Go Eun dan juga aktor yang bernama Lee Do Hyun.

Plot Filem Exhuma

Memetik perkongsian dari Facebook Fareiza Arianna, beliau mengatakan bahawa filem ini bukan seperti filem horror yang biasa ditonton. Cik Luna pun rasakan benda yang sama. Jom kita review sama-sama ya!

Filem ini mengisahkan tentang keluarga Park yang menetap di LA. Mereka diganggu oleh kuasa mistik jahat yang jika dibiarkan akan membawa ancaman bahaya kepada bayi mereka.

Disebabkan mereka risaukan keselamatan bayi tersebut, mereka meminta bantuan dari sepasang dukun terkenal di Korea iaitu Hwa-rim (Kim Go Eun) dan Bong-gil (Lee Do Hyun) untuk mengusir kuasa jahat itu.

Pasangan dukun itu pun memulakan ritual untuk mencari punca datangnya kuasa jahat tersebut dan mereka mendapati bahawa ianya datang dari roh jahat nenek moyang keluarga Park.

Sumber : TheStar

Hwa-rim dan Bong-gil mendapatkan bantuan oleh ahli feng shui, Sang-deok (Choi Min-shi) dan seorang penggali kubur iaitu Young-geun (Yoo Hae-jin) kerana mendapati bahawa tugas mereka menjadi semakin sukar.

Sepanjang mereka melaksanakan misi tersebut, mereka tidak sedar bahawa mereka telah melepaskan roh jahat itu dan telah menyebabkan kematian keluarga Park seorang demi seorang. Bukan itu sahaja, keselamatan Hwa-rim dan rakannya yang lain juga dalam bahaya.

Jadi, persoalannya adakah bayi keluarga Park itu selamat? Adakah Hwa-rim, Bong-gil dan teamnya yang lain berjaya mengusir roh jahat itu? Ha, ini tuan puan perlu menonton sendirilah jika belum menonton lagi ya. Cik Luna cerita sampai sini sahaja!

Elemen Seram dalam Filem Exhuma

Sumber : Kaist455

Kebanyakkan penonton yang memberi komen di Facebook Fareiza Arianna mengatakan benda yang sama iaitu elemen seram dalam filem ini disampaikan dalam bentuk penceritaan. Bentuk penceritaanya pula kemas, tersusun dan mengikut chapter di mana ia mempunyai 6 chapter.

Ramai penonton memberi rate antara 8.5 hingga 9 per 10! Memang best la kan filem ini! Lebih-lebih lagi dengan lakonan hebat oleh para aktres dan aktor yang berjaya membawa watak yang diberikan. Cik Luna rekomen filem Exhuma ini untuk tontonan tuan puan.

Setakat ini perkongsian Cik Luna tentang “Review Filem Exhuma 2024” ini. Sekiranya tuan puan inginkan perkongsian seperti ini lagi bolehlah klikĀ review filem-filem lain di link ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.