Cara Buat Stamping di LHDN

November 14, 2019 by No Comments

Bila ada dokumen yang perlu distamp duty kan ini bermakna kita perlu pergi ke LHDN dan bukan pesuruhjaya sumpah ya.

Bagi individu di sekitar Cheras, LHDN yang terhampir ialah di Bangunan PGRM Cheras.

Saya pernah kesini beberapa kali tapi entahlah harini macam blur pula. Betul ke LHDN Cheras disini sebab dalam Google Map tiada LHDN Cheras.

Inland Revenue Board Cheras

Haha walaupun sepatutnya samalah kan LHDN ataupun IRB tapi saya tak mahu menuju ke jalan yang salah. Dari jauh kami datang ni demi impian suci murni.

Lama juga saya berhenti depan Menara PGRM untuk Google betul ke ada stamping disini?

Setelah fakta di Google seakan-akan boleh dipercayai maka saya menuju ke tempat parking di bahagian bawah bangunan.

Oh ya artikel ini ditulis bagi tujuan meyakinkan individu yang sedang keliru seperti saya tadi bahawa LHDN memang disini. Ianya juga adalah perkongsian cara buat stamping di LHDN.

Mula-mula bila kita masuk lif lobi, pilih tingkat 7 untuk stamping.

Cara Buat Stamping DI LHDN

Masuk sahaja bangunan, janganlah minta kita disambut oleh pekerja semua tengah busy kekdahnya. Haha kita ingat kita siapa dan bukannya rumah terbuka.

Terus sahaja ke arah beberapa komputer yang disediakan kerana kita perlu key in beberapa info terlebih dahulu antaranya nama kita dan syarikat yang mahu kita matikan setem.

Kalau komputer penuh, beraturlah. Sewaktu saya disini ada pegawai yang tolong tunjukkan kena isi apa dan dimana. Jadi cepatlah kerja saya.

Kalau dibiarkan saya begitu sahaja mahu lambat juga saya siap. Sebab bukan semua ruang tu kita perlu isi. Ada juga yang boleh dibiarkan kosong seperti bahagian jumlah.

Ada pakcik makcik di komputer sebelah menyebelah saya masih belum siap isi walaupun sebenarnya hanya kurang 5 minit mengisinya. Kehadiran pegawai disana amat membantu.

Komputer disediakan di tempat awam

Ada arahan disediakan dan kalau tak ada pegawai pun kita hanya perlu ikut arahan. Cuma pengalaman saya sendiri bila arahan tulis -> tekan butang cara pun saya meraba juga mencarinya. Dimana pula butang cara ni? Cara ada butang ke?

Isi maklumat didalam komputer terlebih dahulu adalah langkah pertama dalam cara buat stamping di LHDN.

Ambil nombor di kaunter

Langkah Kedua Cara Buat Stamping di LHDN

Ambil nombor di kaunter. Pastikan maklumat di komputer diisi dahulu sebelum ambil nombor ya.

Langkah Ketiga ialah Tunggu Giliran dipanggil

Bila nombor kita dipanggil, pergi ke kaunter dan pegawai akan baca dokumen yang mahu distamp duty kan.

Mereka concern tentang jumlah keseluruhan dan akan beritahu kita berapa jumlah yang perlu dibayar.

Pegawai di kaunter juga tanya “Nak stamp disinikah?” Saya pun tak tahu biasanya orang stamp dimana 😂 “Saya ikut je yang mana elok Puan” begitulah jawapan saya.

Langkah seterusnya ialah kita perlu pergi ke kaunter bayaran dan tak perlu tunggu nombor, terus je bayar.

Dalam lima minit juga saya tunggu nombor dipanggil rupanya tak perlu tungguuuuu.

Pergi je kaunter bayaran dan beritahu nak bayar. Kemudian siappppp.

Semoga artikel cara buat stamping di LHDN ini membantu Tuan Puan ya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.