Ayam Gunting Tangkak | Abim Best Pilihan Ramai

August 10, 2022 by No Comments

Kalau pergi ke pasar malam, Cik Min pasti akan tercari-cari gerai yang menjual ayam gunting. Senang cerita, ayam gunting dan sosej cheese memang antara snek yang wajib dibeli kalau berkunjung ke pasar malam. Tetapi pada Cik Min, semua ayam gunting di sana tetap tak dapat kalahkan keenakan ayam gunting Abim Best yang paling padu di Tangkak, Johor!

Nak tahu tak kenapa Cik Min kata ayam gunting Abim Best di Tangkak, Johor ni padu? Kalau nak tahu, pastikan anda baca perkongsian Cik Min sampai habis.

Kenali Ayam Gunting Terbaik di Tangkak | Abim Best

Ayam Gunting Tangkak
Sumber: Facebook Abim Best

Brand Abim Best semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan hangat sejak kebelakangan ini. Melalui hasil kerja keras team Abim Best, mereka kini telah berjaya membuka lebih banyak kiosk ayam gunting di sekitar Tangkak, Johor. Untunglah warga Tangkak … Kalau teringin nak makan ayam gunting je, boleh terus pergi ke kiosk Abim Best yang berdekatan. Tak gitu?

Menurut pengasas Abim Best iaitu Tuan Abim, idea untuk membuka perniagaan ayam gunting ini juga tercetus kerana permintaan warga setempat. Permintaan tinggi daripada warga setempat ini berkemungkinan daripada asbab Abim Best menggunakan resipi mereka sendiri dalam menghasilkan ayam gunting paling sedap di Tangkak.

Siapa yang dah cuba tu, pasti tahu tentang keunikan produk Abim Best. Memang bukan beshe-beshe! Customer service mereka pun memang terbaikkk punyalah. Selain itu, Abim Best juga menyediakan pelbagai pilihan produk dengan harga yang berpatutan tau! Barulah kena dengan tagline mereka, ‘Sedap Setiap Hari Tanpa Jemu‘.

“Boleh ke kalau nak beli ayam gunting secara online, Cik Min? Malaslah nak keluar rumah hari ni…”

Cik Min yakin, mesti ramai yang hadapi situasi sama macam ni kan? Cik Min faham, ada hari memang kita akan rasa malas nak bersiap dan drive keluar semata-mata untuk membeli satu dua benda kan? Jadi kalau nak mudah, anda guna aje servis delivery abang-abang rider kita ni…

“Tetapi, ada ke kiosk ayam gunting yang sediakan servis delivery untuk pelanggan?”

Eh, mestilah ada! Abim Best turut menyediakan pesanan secara online dan servis penghantaran kepada pelanggan tau. Anda tak perlu susah-susah keluar beli sendiri dah lepas ni. Anda hanya perlu order dan tunggu sampai abang rider hantar di depan rumah! Easy~

Ayam Gunting Tangkak
Sumber: Facebook Abim Best

Untuk dapatkan ayam gunting Abim Best di Tangkak ini, anda boleh order melalui aplikasi Grab Food, Food Panda, Haloje, Easi dan Misi Rakyat.

Warga Tangkak yang dah craving nak makan ayam gunting Abim Best ni, boleh pesan terus secara online petang nanti okay? Sambil-sambil tu, dapatlah juga anda berkongsi rezeki dengan abang-abang rider ni. Tak gitu?

Anak-anak suka sangat ayam gunting, tapi takkan nak ke pasar malam setiap hari?

Ayam gunting memang merupakan makanan favorite bagi semua peringkat umur di Malaysia. Kanak-kanak seawal umur tiga tahun pun memang gemar sungguh kalau dapat makan ayam gunting ni.

Tapi, makanan sedap macam ni bukan mudah untuk dibuat atau didapatkan setiap hari. Betul tak? Takkan nak ke kiosk Abim Best Tangkak, setiap kali anak-anak request nak makan ayam gunting kan? 

Sumber: Facebook Abim Best

Ha, jangan risau dulu … Para ibu bapa boleh juga dapatkan ayam gunting frozen daripada Abim Best Tangkak! Selain menjual ayam gunting di kiosk, Abim Best turut membekalkan ayam gunting frozen untuk kemudahan anda semua. Anda boleh borong seberapa banyak yang anda mahu dan simpan sebagai stok di rumah. Bila nak makan nanti, tinggal goreng dan hidangkan terus untuk seisi keluarga.

Di sini Cik Min kongsikan alamat kedainya juga, No.3, Jalan Intan 2, Taman Intan, 84900 Tangkak, Johor. Anda juga boleh hubungi Abim Best di talian, 016-888 9957.

Kalau nak beli satu sahaja pun boleh, kalau nak beli secara borong pun boleh! Cuma Cik Min sarankan, jika anda berniat untuk membeli atau memborong secara banyak, pastikan anda tempah atau inform pihak Abim Best terlebih dahulu ya.

Peraduan MERDEKA Bersama ABIM BEST

Ayam Gunting Tangkak

Berita baik untuk anda semua: ABIM BEST sedang mengadakan peraduan beli dan menang pelbagai hadiah menarik. Pembelian terbanyak, akan menjadi pemenangnya tau!

Jadi, kepada anda yang ingin memenangi hadiah-hadiah tersebut, anda boleh ke mana-mana kiosk ABIM BEST sekarang juga. Peraduan berlangsung bermula 1/8/2022 sehingga 31/8/2022 sahaja! Untuk ketahui cara penyertaan dengan lebih lanjut, tekan di sini.

Jom layari Facebook ABIM BEST dan Instagram ABIM BEST untuk dapatkan update terkini, atau WhatsApp sahaja team Abim Best di talian 016-888 9957 untuk maklumat lanjut.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini. Nak baca lebih banyak artikel menarik? Jom layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.