Tempat Makan Laksa Sedap Kuala Lumpur Selangor
Siapa suka makan laksa? Angkat tangan sikit! Pernah tak anda semua tercari-cari tempat nak makan laksa yang sedap di Kuala Lumpur dan Selangor?
Untuk pengetahuan semua, baru-baru ini, perdebatan tentang laksa telah menjadi trending di Facebook. Kisahnya bermula apabila seorang pengguna akaun Facebook mencetuskan isu yang membangkitkan kemarahan penduduk negeri lain. Beliau mengatakan bahawa hanya ikan parang dan ikan tenggiri sahaja yang layak digunakan untuk membuat laksa Johor. Jika sebaliknya, akan menjatuhkan standard orang Johor. Di sinilah tercetusnya idea untuk menulis tentang Tempat Makan Laksa Sedap di Kuala Lumpur dan Selangor. Alang-alang dah trending tentang laksa, eloklah kita cari tempat makan laksa sedap, kan?
Jom tengok 10 Tempat Makan Laksa Sedap di Kuala Lumpur dan Selangor!
Kesemuanya dijamin halal dan sedap. Boleh makan tanpa ragu-ragu!
1. D’Laksa -Tempat Makan Laksa Sedap Kuala Lumpur Selangor
Buat yang sememangnya tinggal di Kuala Lumpur dan Selangor, D’Laksa bukanlah suatu jenama yang asing bagi penduduk di sini. Apabila menjejakkan kaki ke kompleks membeli-belah AEON, sudah pastinya anda akan bertemu dengan kiosk D’Laksa. Laksa ini dijual berkonsepkan fast food. Jadi, mudahlah untuk penggemar laksa makan di mana- mana sahaja.
Bagi penggemar asam laksa Penang, datanglah ke sini untuk mencubanya. Rasanya sungguh autentik dan dilengkapi isi ikan sardin yang banyak dan pekat, serta hirisan bawang, timun, nenas dan salad segar.
Lokasi: Seluruh AEON cawangan Kuala Lumpur & Selangor
*turut mempunyai cawangan di Johor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka Negeri Sembilan, Perak, dan Singapura
Waktu beroperasi: 10 AM – 10 PM setiap hari
2. MyLaksa -Tempat Makan Laksa Sedap Kuala Lumpur Selangor
Jika dilihat sekali imbas, MyLaksa kelihatan serupa dengan D’Laksa, betul tak?
Jangan keliru. Kedua-duanya mungkin mempunyai persamaan dari segi imej dan packaging, namun menunya mempunyai keisitimewaan dan ciri-ciri yang tersendiri. Keunikan rasanya juga berbeza meskipun laksa ini juga merupakan Asam Laksa citarasa asli Penang KAW KAW. Kalau nak tahu, kenalah cuba dahulu!
Lokasi: Wangsa Walk Mall, KL & LOTUSS Shah Alam
*turut mempunyai cawangan di Perlis, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Perak,
Waktu beroperasi: 10 AM – 9.30 PM setiap hari
3. Sepiring Uniquely Malaysian Food
Jika anda pergi ke Mid Valley, bolehlah singgah ke restoran Sepiring untuk mencuba laksa yang sedap di sini. Pilih dari 3 jenis laksa iaitu Penang Assam Laksa, Nyonya Laksa, ataupun Curry Laksa untuk dinikmati bersama keluarga tercinta. Restoran ini merupakan restoran yang berkonsepkan keunikan citarasa Malaysia, oleh itu makanan yang disediakan adalah bercirikan dari pelbagai negeri.
Lokasi: Mid Valley Megamall, F-046, Mid Valley City, 58000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
*turut mempunyai beberapa cawangan di kompleks membeli-belah yang lain seperti The Mines dan Central i-City)
Waktu beroperasi: 10 AM – 10 PM setiap hari
4. Restoran Azira
Bagi penggemar laksa Johor, anda wajib cuba Laksa Johor daun ketapang Restoran Azira yang terletak di Seksyen 10 Shah Alam, di belakang Masjid Besar Shah Alam ini. Spageti dan sayuran segar dimakan bersama kuah ikan yang pekat, dan digandingkan pula dengan sambal belacan. Kemudian, ditambah pula dengan perahan limau kasturi. Fuh, memang terangkat! Ramai pelanggan yang berpuas hati dengan keenakan rasa laksa tersebut. Selain itu, restoran ini turut menjual pelbagai makanan tradisi Melayu yang terdiri daripada lebih 50 jenis kuih dan 50 jenis lauk pauk. Hebat, bukan?
Lokasi: No. 5, Jalan Ceongsam 10/11, Seksyen 10, 40100 Shah Alam, Selangor
Waktu beroperasi: 7 AM – 7 PM setiap hari
5. Alia Corner -Tempat Makan Laksa Sedap Kuala Lumpur Selangor
Alia Corner bukanlah sebuah tempat makan yang berkonsepkan restoran mahupun kafe hipster. Sebaliknya, Alia Corner ialah tempat makan yang berkonsepkan food truck dan menjual beberapa jenis menu seperti mi rebus, bihun sup dan pasembor. Namun demikian, makanan yang disajikan adalah sama tarafnya, malah lebih enak berbanding di restoran yang terkemuka. Harganya juga amatlah berpatutan dan murah. Tak percaya? Kenalah cuba dulu, baru tahu.
Lokasi: Di hadapan Banjaria Court Batu Caves, Gombak
Waktu beroperasi: 3 PM – 7 PM setiap hari kecuali Rabu
6. Laksa Cendol Pak Din
Seperti Alia Corner, Laksa Cendol Pak Din juga beroperasi sebagai sebuah food truck.
Bayangkan, menikmati semangkuk laksa yang berkuah pekat bersama cendol yang sejuk dan lemak manis. Sudahlah portion besar, harganya pula berpatutan. Pendek kata, memang sedaplah laksanya sehingga mendapat sambutan yang hebat dari para pelanggan.
Lokasi: Persiaran Saujana 3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor (Depan Petronas Saujana Utama)
Waktu beroperasi: 11.30 AM – 6.15 PM setiap hari kecuali Rabu & Khamis
7. Eat & Repeat Cafe
Eat & Repeat Cafe Shah Alam sangatlah terkenal di Shah Alam, lebih-lebih lagi di kalangan pelajar universiti. Hal ini kerana kesemua makanan dan minumannya dijual dengan harga RM1.90 semangkuk. Murahnya! Meskipun harganya sangat murah, semua makanannya sangatlah sedap, termasuklah laksa utara yang terdapat di sini. Portionnya juga tidaklah terlalu sedikit. Anda juga akan rambang mata untuk mencuba kesemua menu di sini. Sedar-sedar dah bertingkat-tingkat susunan mangkuk di atas meja.
Lokasi: YG24, Jalan Plumbum Y 7/Y, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
* turut mempunyai cawangan di Melaka dan Seri Iskandar, Perak
Waktu beroperasi: 11 AM – 11 PM setiap hari kecuali Isnin
8. Kafe Laksa Buyung Kedah
Ada sesiapa yang tinggal di Subang Jaya? Ha, kalau ada, rugilah jika anda tak pernah datang ke sini. Laksa asli Kedah ini boleh didapati dengan hanya RM6.50 sahaja. Dipadankan pula dengan mangga susu yang pekat likat dan masam manis, memang kombinasi yang tepat!
Lokasi: B-11-G, Jalan SS 15/8a, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Waktu beroperasi: 10 AM – 10 PM setiap hari kecuali Isnin
9. Dayang Sarawak Corner (Mee Kolok & Laksa Sarawak)
Buat penggemar laksa Sarawak, ataupun anak-anak Sarawak yang tidak boleh pulang disebabkan PKP, ayuhlah datang ke sini. Rasa laksa Sarawak yang unik ini sudah pastinya akan membuat anda terpaut untuk datang lagi ke sini. Selain itu, hidangan Sarawak yang lain seperti Mee Kolok juga ada dijual di sini.
Lokasi: Park N’ Ride Sungai Besi, Jalan Suasa, Pekan Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
Waktu beroperasi: 8 AM – 10 PM setiap hari (Ahad 8 AM – 10 PM)
10. Rumah Laksa
Rumah Laksa merupakan sebuah kedai laksa yang beroperasi secara online dan menawarkan perkhidmatan penghantaran kepada pelanggan. Sesuai sangatlah untuk kita pesan di musim PKP ini, kan? Terdapat 4 pilihan iaitu Laksa Johor, Laksa Kedah, Laksa Sarawak, dan Laksa Siam. Tengok gambar pun dah terliur, kan?
Lokasi: Damansara
Waktu beroperasi: Setiap Selasa dan Sabtu sahaja
Untuk membuat pesanan, sila tekan link ini.
Fuhhh! Boleh tahan juga menariknya kesemua tempat makan laksa tersebut. Semuanya nampak sedap dan memang boleh buat anda terliur, kan? Jadi, apa tunggu lagi? Bolehlah ajak kawan-kawan dan keluarga ke tempat makan laksa sedap tersebut. Ada juga di kalangan tempat tersebut yang menawarkan servis penghantaran ke kawasan tertentu. Boleh buat semakan di Google, Facebook ataupun Instagram page mereka.
Sekian, perkongsian kami kali ini. Semoga berjumpa lagi dan jangan gaduh-gaduh pasal laksa ya!