Sandwich Terliur Pelbagai Rasa | PeDAS
Salam sejahtera buat semua pembaca artikel “Sandwich Terliur Pelbagai Rasa | PeDAS“. Untuk pengetahuan semua, LunaStory melancarkan satu siri pengenalan kepada usahawan program PeDAS. Anda boleh membaca sedikit penerangan tentang program PeDAS di bahagian nota kaki artikel ini.
Perihal Sandwich
Sandwich adalah sejenis makanan yang terdiri daripada dua keping roti atau lebih yang berkapit dan berisi lauk di tengah-tengahnya. Ada banyak pendapat tentang sejarah dan inti asal sandwich, namun, apa yang dapat dirumuskan di sini adalah ianya bergantung kepada asal tempat tersebut.
Contohnya, di Amerika, sandwich lebih sinonim dengan isi daging ham, dan di Britain, isi pilihan adalah dengan daging lembu.
Hari ini, pelbagai jenis pilihan inti wujud untuk sandwich. Ada inti dengan karbohidrat klasik seperti daging dan telur, dan ada yang hanya menggunakannya dari sumber tumbuh-tumbuhan dan kekacang. Ada sandwich yang digril dengan inti keju cheese untuk menambah rasa dan tekstur supaya nampak menarik dan sedap untuk dimakan.
Salah seorang usahawan PeDAS kita adalah pembekal sandwich pelbagai inti, dan mereka menamakan jenama produk sandwich mereka sebagai Sandwich Terliur.
Sandwich Terliur Pelbagai Rasa
Usahawan PeDAS pembuat sandwich kita kali ini adalah Puan Siti Amirah Othman. Minat untuk berniaga mendorong untuk usahawan PeDAS ini untuk memulakan perniagaannya sendiri semenjak tahun 2013 dan berhenti daripada menjadi guru tadika.
Perniagaan Homemade Sandwich bermula pada tahun 2017 dengan jenama Sandwich Terliur dan terus berkembang sehingga hari ini. Antara kawasan yang popular dengan Sandwich terliur adalah kawasan di sekitar Lembah Kelang dan kawasan-kawasan yang berdekatan dengannya seperti Putrajaya, Semenyih, Cyberjaya, Kajang, Bangi dan Seri Kembangan.
Kelainan Yang Ada Pada Produk Sandwich Terliur
Apa yang membuatkan Sandwich Terliur menyerlah dan menggamit minat penggemar sandwich homemade ini?
[1] Ada 7 jenis inti Sandwich Terliur yang boleh dinikmati
Eggwich|Sandwich|Tunawich|Eggtuna|Chicksweety|Chicktuna|Eggfloss
[2] Sos untuk inti sandwich diperbuat daripada Cranberry dan Hickory
Sos Cranberry dan Hickory dimasak sehingga 6 jam untuk tahan lama dan hanya ada di homemade Sandwich Terliur sahaja! Inti sandwich homemade ini juga gemuk-gemuk dan dihantar kepada pelanggan ketika ia masih segar dan fresh!
[3] Pilihan packaging yang mengikut keperluan semasa pelanggan
Individual Pack|Economy pack (4 pcs)|Deluxe pack (24 pcs)
[4] Menyediakan khidmat “Surprise Delivery” untuk keraian tertentu
Contoh surprise delivery yang pernah disediakan adalah ulangtahun perkahwinan, hari lahir, majlis graduasi dan sebagainya. Juga menyediakan khidmat food delivery biasa (menggunakan kereta) di kawasan sekitar Putrajaya, Semenyih, Cyberjaya, Kajang, Bangi dan Seri Kembangan bermula dengan 90 sen per km.
[5] Testimoni daripada pelanggan rata-ratanya memuji kesedapan Sandwich Terliur
Teringin nak rasa produk Sandwich Terliur dari usahawan PeDAS yang ini? Atau ingin menghubungi mereka dan mengikuti perkembangan seperti promosi-promosi semasa? Ikuti mereka di laman media sosial di link-link berikut:
Entri kedua|| Sandwich Delivery Sedap Kajang | PeDAS
Artikel ini ditulis bersempena dengan program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dalam usaha untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [press release] [mdec e-commerce page]