Madu Kelulut FZ Agro Bee Honey | PeDAS

February 13, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, “Madu Kelulut FZ Agro Bee Honey | PeDAS” adalah entri kedua untuk usahawan luar bandar FZ Agro Products and Services di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.

Jika anda baru sahaja mengikuti siri usahawan ini, anda boleh membaca profil penuh pengeluar produk Madu Kelulut Trigona Bee Honey ini di link di bawah ini ya (。•̀ᴗ-)✧

Entri pertama || PeDAS FZ Agro Pembekal Madu Kelulut Perak


Hai semua! Siri usahawan kali ini memang menarik buat Cik LIS sebab Cik LIS belajar banyak benda baru berkaitan dengan makanan yang hampir satu Malaysia pernah menikmatinya, iaitu madu. Lebih-lebih lagi, usahawan PeDAS kita kali ini adalah salah seorang penternak dan pembekal madu kelulut asli!

Trivia: Lebah madu kelulut jenis trigona adalah jenis lebah yang tidak mempunyai sengat (stingless bee). Lebah madu bersengat biasanya adalah lebah madu biasa (contoh: Apis mellifera Linnaeus).

Sebelum Cik LIS pergi ke highlight utama macam khasiat madu kelulut seperti yang dikongsikan oleh founder produk ini, mari Cik LIS cerita sedikit tentang produk anak bumiputera kelahiran Perak ini, okay? (*・∀-)☆

Jika anda sudah membaca entri pertama Cik LIS sebelum ini, FZ Agro Products and Services mengeluarkan dua jenis produk madu kelulut, iaitu

  • Madu Kelulut Trigona Bee Honey (jenis makanan tambahan) dan;
  • Sabun Kecantikan Madu Kelulut

Produk Madu Kelulut FZ Agro Trigona Bee Honey Madu Asli

Trivia: Untuk lebah madu kelulut sahaja, terdapat lebih kurang 150 jenis lebah madu kelulut yang telah direkodkan di seluruh dunia. (sumber: link)

Menurut sumber yang sama (link), antara jenis lebah madu kelulut yang tersenarai dalam 150 jenis tadi adalah Trigona scaptotrigonaTrigona laevicepsTrigona apicalis, Trigona thorasicaTrigona itama dan lain-lain lagi.

Okay, trivia tamat di sini. Terdapat dua jenis madu kelulut yang dijual oleh FZ Agro Products and Services iaitu madu kelulut dari spesies itama dan dari spesies thoracica.

Produk FZ Agro Trigona Bee Honey dari usahawan bumiputera PeDAS ini adalah dijamin 100% segar dari ladang! Malah, ianya juga diiktiraf halal oleh JAKIM tau (。•̀ᴗ-)✧

Madu Kelulut Trigona Bee Honey-1
Gambar ladang tuaian madu lebah kelulut Trigona keluaran FZ Agro Products and Services di Gunung Semanggol, Perak

Spesies Itama dijual mengikut berat botol:

  • RM40/botol untuk berat 120 gram
  • RM100/botol untuk berat 400 gram

Manakala untuk spesies Thoracica pula:

  • RM50/botol untuk berat 120 gram
  • RM120/botol untuk berat 400 gram

Trivia: Madu kelulut rasanya sedikit masam manis dan cair berbanding madu lebah biasa yang lebih manis dan pekat

Cara makan produk Trigona Bee Honey ini senang sahaja tau! Sama ada dimakan terus, buat pengganti gula dalam minuman teh (dan perah sedikit lemon macam yang Cik LIS suka) dan lain-lain lagi.

Seperti kebanyakan madu yang lain, jangan guna sudu besi. Ambil satu sudu teh besar satu jam sebelum sarapan dan sebelum tidur malam atau mengikut keperluan atau keselesaan pengguna. Madu kelulut juga boleh disapu terus pada anggota badan sebagai pelembap semulajadi.


Produk Sabun Kecantikan Madu Kelulut FZ Agro

Produk sabun usahawan PeDAS kita yang ini boleh daripada kulit kepala hinggalah ke muka sekali. (。•̀ᴗ-)✧

Sabun ini merupakan produk hiliran yang berasal daripada tiga bahan hasilan kelulut iaitu madu kelulut, propolis dan roti lebah. Selain itu, sabun ini juga mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti minyak kelapa dara buatan sendiri dan juga kulit kayu manis.

Harga sebuku sabun ialah RM 25 dengan berat 50 gram.

Madu Kelulut Trigona Bee Honey-2
Cara penggunaannya? Cuci muka dengan Sabun Madu Kelulut tiga kali sehari (pagi, tengah hari dan sebelum tidur) atau mengikut keselesaan dan kesesuaian pengguna)

Pesanan Pembekal: Bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak tidak sesuai untuk minum dan menggunakan produk makanan tambahan dan sabun kesihatan ini.


Haaaa…apa lagi? Jom cepat dapatkan produk ini segera! Anda boleh menghubungi pembekal ini di laman sosial Facebook, Instagram ataupun beli secara online di Shopee tau!

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp | Facebook | Instagram | Shopee | Youtube (Video dari PeDAS)

Nak singgah kedai atau ladang mereka pun boleh:


Disebabkan kekangan masa, Cik LIS akan sambung khasiat dan keistimewaan madu kelulut penuh ini nanti di blog entri yang seterusnya. Anda hanya perlu klik dibawah untuk sambungan seterusnya. Jumpa lagi di entri akan datang ya! (*・∀-)☆

Entri ketiga || Khasiat Madu Kelulut Asli | FZ Agro PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.