Khasiat Madu Kelulut Asli | FZ Agro PeDAS

February 13, 2020 by No Comments

Bagi yang baru pertama kali singgah di page ini, “Khasiat Madu Kelulut Asli | FZ Agro PeDAS” adalah entri ketiga dan terakhir untuk usahawan luar bandar FZ Agro Products and Services di bawah program perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS). Anda boleh membaca ulasan lanjut mengenai program ini di bahagian nota kaki artikel.

Jika anda baru sahaja mengikuti siri usahawan ini, anda boleh mengikuti siri terdahulu di link di bawah ini ya (。•̀ᴗ-)✧

Entri pertama || PeDAS Trigona| Pembekal Madu Kelulut Perak
Entri kedua || Madu Kelulut Trigona Bee Honey | PeDAS


Madu kelulut dulu-dulu orang kita kena masuk jauh ke dalam hutan untuk mengumpulnya. Sebab itu madu jenis ini sangatlah rare dan mahal. Bila adanya kajian untuk memaksimumkan pengkomersialan madu kelulut ini (link) seperti cara yang lebih mudah untuk membuat ladang ternak dan sebagainya sekitar tahun 2014, barulah naik nama madu kelulut ini.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Cik LIS akan share dengan pembaca semua khasiat madu kelulut asli.


Khasiat Madu Kelulut Asli

Khasiat Madu Kelulut Asli-1
Gambar sebagai hiasan (sumber dari thestar.com.my)

Salah satu kajian yang saintis kita buat di Malaysia tentang khasiat madu kelulut ini adalah tentang bagaimana madu ini dapat mempercepatkan proses pemulihan luka.

Menurut reviu kajian pasukan saintis dari MARDI ini, antara penyebab madu kelulut asli sebagai penyembuh luka adalah kerana:

|1|Kehadiran agen antioxidant membantu menghalang proses ‘proliferation phase’ dalam proses penyembuhan luka

|2|Sifatnya sebagai ‘antimicrobial mechanism‘ melawan jangkitan pada luka

|3|Mengurangkan keradangan pada luka, dan seterusnya menghilangkan parut luka tersebut

|4|Sifatnya sebagai pelembap semulajadi membantu di dalam proses penyembuhan luka

(sumber: Stingless Bee Honey, the Natural Wound Healer: A Reviewlink untuk artikel penuh)

Madu Kelulut Asli Untuk Kegunaan Am

Sebelum wujudnya kajian rasmi lagi, Al-Quran sudah merungkai khasiat madu lebah. (sumber: link)

Madu kelulut pula biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa. (link)

Madu adalah pemanis semulajadi. Lagi elok menggunakan madu di dalam makanan dan minuman kita seharian berbanding dengan pemanis buatan macam gula yang diproses. Namun, dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu jika anda ada penyakit-penyakit tertentu yang menghalang anda mengambil pemanis di dalam makanan anda ya, termasuklah madu.

Madu Kelulut Untuk Kecantikan

Tadi Cik LIS dah share yang madu kelulut mempunyai sifat sebagai pelembab semulajadi kan? Sebab itu ada inovasi produk kecantikan yang menggunakan madu kelulut sebagai bahan utama untuk produk seperti lip balm, pencuci muka, scrub badan, sabun dan sebagainya.

Okay, dah tahu khasiat madu kelulut kan? Mari Cik LIS share dengan anda semua cara untuk mengambil madu kelulut oleh pembekal madu Trigona Bee Honey, usahawan PeDAS kita ini.

Tips|Selera Makan
Minum 1-3 sudu kecil madu kelulut 3 kali sehari.

Tips|Kecergasan Umum
Minum 1-2 sudu kecil madu kelulut tiga kali sehari iaitu sebelum sarapan pagi, sebelum makan tengahari dan sebelum tidur.

Tips|Bibir Lembap
1 sudu kecil madu kelulut disapukan dibibir setiap hari.

Pesanan dari Pembekal: Bayi berumur 1 tahun ke bawah tidak tidak sesuai untuk menggunakan madu kelulut.


Haaaa…apa lagi? Jom cepat dapatkan produk ini segera! Anda boleh menghubungi pembekal ini di laman sosial Facebook, Instagram ataupun beli secara online di Shopee tau!

Link-link berguna untuk anda: WhatsApp | Facebook | Instagram | Shopee |

Nak singgah kedai atau ladang mereka pun boleh:


Sekian sahaja daripada Cik LIS. Jumpa lagi di siri pengenalan usahawan PeDAS yang akan datang ya. (。•̀ᴗ-)✧


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program ini. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN. SILA DAPATKAN NASIHAT PERUBATAN DAN RAWATAN DI KLINIK ATAU HOSPITAL BERTAULIAH.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.