Susu Kambing Formula Terbaik? Baca Dahulu Disini

February 10, 2021 by No Comments

Sebelum kita sentuh tentang tajuk topik susu kambing formula yang terbaik, mari kita baca sedikit mengenai susu formula secara amnya.

Umum ramai yang tahu jika kita sebut tentang susu formula, ianya merujuk kepada susu rumusan, seperti mana maksudnya di dalam bahasa Melayu.

Susu Kambing Formula Terbaik 1

Sesungguhnya, susu ibu adalah susu terbaik untuk anak tidak kira spesies pun. Bayi manusia memerlukan susu ibu seawal 1 jam sejak kelahirannya lagi. Ibu-ibu disarankan untuk menyusu secara ekslusif (menyusu badan) sehinggalah bayi sekurang-kurangnya berumur 6 bulan. Namun, ada beberapa keadaan tertentu yang unik tetapi tidak terpencil yang menyukarkan seseorang ibu untuk memberi susu badan.

Hanya selepas ibu dan bapa mendapatkan khidmat nasihat yang betul daripada pakar dalam bidang ini seperti pakar perubatan, pakar laktasi dan sebagainya barulah anda mungkin akan diberi beberapa opsyen beberapa produk tersenarai untuk makanan bayi.

Menurut sumber, definisi Makanan Bayi adalah merangkumi “rumusan bayi, rumusan susulan, rumusan khas dan makanan yang dpasarkan untuk bayi sehingga umur 6 bulan serta makanan pelengkap.

Dan di dalam sumber yang sama, kategori susu rumusan secara tidak langsung diterangkan lagi di bawah definisi Produk Tersenarai iaitu:

  • rumusan bayi (bagi bayi berumur 0-12 bulan) termasuk rumusan sedia diminum
  • rumusan susulan (bagi bayi 6 bulan hingga 3 tahun) termasuk rumusan sedia diminum
  • rumusan khas (rumusan bayi atau susulan bagi keperluan dietari atau perubatan yang khusus) termasuk rumusan sedia diminum;

Keliru lagi tentang susu rumusan atau formula? Sedikit ringkasan:

  • Rumusan bayi dihasilkan daripada susu haiwan yang boleh dimakan atau tumbuhan yang terbukti sesuai bagi bayi sebagai alternatif kepada susu ibu.
  • Rumusan khas pula adalah susu rumusan yang diproses khas untuk memenuhi keperluan diet yang spesifik dan diakui timbul kerana sesuatu gangguan fizikal atau/dan fisiologi. Contoh bagi keadaan ini adalah
    • bayi pramasabayi rendah berat lahir hipersensitiviti susu lembukekurangan toleransi terhadap karbohidrat dan gangguan metabolik lain
  • Rumusan susulan merujuk kepada makanan di dalam bentuk cecair diet untuk bercerai susu untuk bayi yang berumur 6 bulan ke atas serta kanak-kanak kecil. Ianya dihasilkan daripada susu haiwan yang boleh dimakan atau tumbuhan yang terbukti sesuai bagi bayi berumur 6 bulan ke atas.

Dekat sini secara tidak langsung, kita akan faham yang hanya bila bayi berumur selepas 6 bulan sahaja barulah boleh makan atau minum selain daripada susu ibu kecuali di dalam keadaan tertentu yang diperakui oleh pakar yang berkaitan. Lepas 6 bulan inilah ibu-ibu dah siap nak cuba anak bagi makan makanan pejal puri, bubur dan sebagainya kan. Dan tidak lupa juga, susu rumusan susulan.

Namun malangnya, mungkin ada di kalangan anak-anak yang disahkan mempunyai alahan dengan protein sesetengah susu haiwan seperti susu lembu. Ataupun, anak tersebut mempunyai masalah intelorans laktosa.

Ada perbezaan di antara alahan protein susu lembu dengan masalah intolerans laktosa.

Alahan susu lembu – terjadi disebabkan tindak balas sistem imun tubuh terhadap protein susu lembu

Intoleransi laktosa – puncanya adalah badan kekurangan enzim laktase.

Simptom bagi kedua-dua keadaaan ini juga ada perbezaan yang ketara.

Baca Tentang Susu Kambing Terbaik: Ada Apa Dengan Kambing disini

Jika ada alahan dengan protein susu lembu, maka susu kambing antara yang terbaik di antara susu haiwan yang lain. Hal ini kerana protein yang terkandung dalam susu kambing tidak alergenik seperti protein dalam susu lembu.

Tetapi, jika ada masalah intoleransi laktosa, susu kambing juga ada juga sejumlah laktosa (atau gula susu), walaupun lebih kecil daripada susu lembu. Hanya selepas berbincang dan mendapatkan konsultansi daripada doktor, pakar nutrisi kanak-kanak atau individu yang berkaitan sahaja barulah ibu bapa boleh pertimbangkan untuk memberi anak produk daripada susu kambing.


Jadi, ada tak diantara ibu bapa mencari produk susu kambing formula terbaik? Cuba susu formula dari Nouqman.

Terdapat 3 jenis perisa susu formula Nouqman yang berada di pasaran. Perisa Asli boleh diambil untuk bayi seawal 6 bulan ke atas. Manakala perisa Vanilla dan Coklat boleh diambil untuk kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas.

Sudah ramai ibu bapa yang sudah mencuba dan berpuas hati dengan susu formula Nouqman.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh rujuk dan tekan link-link Nouqman di bawah ini.

Facebook Nouqman | Laman Web Nouqman | WhatsApp: Puan Anis (60193605242)


Sumber dan bacaan lanjut (tidak mengikut turutan tertentu):

  1. Intoleransi Laktosa (Pengenalan, Punca & Simptom) – MyHealth[dot]gov[dot]my
  2. Alahan Protein Susu Lembu – MyHealth[dot]gov[dot]my
  3. Tata etika pemasaran makanan bayi dan produk berkaitan – nutrition[dot]moh[dot]gov[dot]my

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.