Makanan Frozen Aini Pinky Food |PeDAS

February 17, 2020 by No Comments

Artikel pertama siri usahawan PeDAS “Makanan Frozen Aini Pinky Food |PeDAS” ini dibawakan kepada anda oleh LunaStory. Pembaca boleh merujuk di nota kaki artikel ini untuk sedikit penjelasan tentang program usahawan PeDAS.


Tarik nafas.
Hembuuuussss…..
Tarik lagi….dan lepasssss…
….dan repeat semula seratus ribu kali.

Eh ¬‿¬

Bagi kaki foodie macam Cik LIS ni, menulis artikel tentang makanan sedap time tengah lapar gila macam ni meeeeeemang buat Cik LIS terlebih excited (*≧▽≦) . Sampai tak cukup nafas.

Anyways, tak payah Google pun orang dah tau makanan frozen food ni apa. Kalau pergi dekat pasar raya, frozen food untuk kegunaan seisi keluarga di rumah siap tersedia di bahagian yang ada peti ais industri tu.

Frozen food sekarang kualitinya hampir setanding dengan makanan restoran bila dipanaskan. Good for some people’s seasonal craving but limited time to reach for an actual one like me? Daripada frozen pizza dan lasagna…

via GIPHY

…hinggalah ke makanan seperti steamboat dan oden…(ke odeng?)

…dan yang paling klasik – makanan pasar malam a.k.a. street food macam yong tau foo!

Gambar sebagai hiasan.
kredit gambar: buatoranglapo.com

Okay…dah habis Cik LIS belanja gambar untuk trigger semua orang. Anyways, dengan berlambakan resepi kuah yang sesuai untuk makanan-makanan frozen food yang jenis rebus ni terutamanya, maknanya permintaan makanan frozen untuk makan di sendiri di rumah pun makin tinggi lah kan?

Nak kuah oden macam beli dekat kedai Jepun? Google aje. Nak kuah pekat yong tau foo? Google aje. Nak lebih twist, letak ekstra kacang dan bijan.

Problem dia satu je: dekat mana nak cari frozen food condiment-condiment macam fish cake, fish ball, isi ketam dan sebagainya yang terjamin halal dan sedap setanding yang dihidangkan di kedai?


Usahawan PeDAS -Makanan Frozen Aini Pinky Food!

Bermula dengan skala kecil-kecilan memproses makanan frozen di rumah sekitar tahun 2015, produk Aini Pinky Food ini telah makin berkembang dan mampu untuk diproses dalam skala yang lebih besar di Sungai Mati, Tangkak, Johor.

Frozen Food 100% Milik Bumiputera Muslim

Pemiliknya, Noraini binti Nordin mengimpikan produk Aini Pinky Food menjadi produk pilihan outlet dan isi rumah seluruh Malaysia.

Frozen Aini Pinky Food-1
Frozen Aini Pinky Food-2

Popularnya produk ini di media sosial!


Kata-kata Inspirasi Daripada Founder

“Be Passionate, then the Grit and Perseverance Will naturally Come”


Di mana anda boleh mencari dan menghubungi usahawan PeDAS Aini Pinky Food? Ataupun follow mereka di laman sosial untuk mengetahui promosi semasa?

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Tempahan secara online di laman web rasmi – link

Dan alamat kedai untuk anda singgah!

NO 19 BAWAH, JALAN SATRIA 3,
TAMAN SEROM UTAMA,
84410 SUNGAI MATI,
TANGKAK, JOHOR.


Antara produk-produk yang paling popular keluaran Aini Pinky Food adalah fish ball dan fish cake sedap! Cik LIS akan review satu persatu di artikel kedua dan ketiga siri berikutnya ya. Klik sahaja link dibawah ini tau! (*・∀-)☆

Entri kedua||Fish Ball Keluaran Bumiputera ||Aini PeDAS

Entri ketiga||Fish Cake Sedap Johor ||Aini PeDAS


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.