Tips Rumah Sentiasa Wangi | Bloomer Queen:PeDAS

February 14, 2020 by No Comments

Siri pengenalan usahawan program PeDAS ini diteruskan lagi di dalam artikel ketiga dan terakhir “Tips Rumah Sentiasa Wangi | Bloomer Queen:PeDAS” Anda boleh melihat di nota kaki artikel untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program PeDAS ini.

Terlepas entri-entri terdahulu? Jangan risau. Cik LIS letak link di bawah. Baca tau (*・∀-)☆

Entri pertama|| Bloomer Queen: Pengeluar Pewangi Rumah Terbaik | PeDAS

Entri kedua||Bloomer Queen: Pakar Hilang Bau Hapak |PeDAS


Bila rumah wangi, hati pun tenang. Terus hilang serabut kepala di tempat kerja tadi, kan? Atau pun, at least anda boleh rasa kurang stress lah sedikit berbanding di office kan…

Tapi kan, pakailah sedozen pewangi rumah pun. Kadang-kadang, bau kuat masa masak goreng ayam ikan tadi tu habis melekat satu rumah! Nak kata tak on ventilator, nampak merah je lampunya. Maknanya memang dah on.

Tips Rumah Sentiasa Wangi-1

Musykil kan?

Cuba tengok checklist tips rumah sentiasa wangi dekat bawah ni. Dah buat ke belum kawan-kawan?


Checklist: Tips Rumah Sentiasa Wangi

Rajin-rajinlah anginkan tempat tidur

Kalau lah pun hari-hari bilik tidur tu macam kubey lana (bersepah), sebelum tidur cuba kemaskan balik. Tarik cadar dan tegangkan. Kibas-kibas sikit.

Hujung minggu kalau ada masa, basuh semua cadar tilam bantal langsir dan seangkatan dengannya. Anginkan juga bantal tidur. Kalau anda jenis tidur atas tilam toto atau futon Jepun tu (echeeewah…), letak dan anginkan juga di ampaian.

Anda boleh rasa perbezaannya nanti. Segar je bau bilik tidur tu.

Buka tingkap di siang hari, jika keadaan mengizinkan

Logiknya? Untuk peralihan udara. Biarkan udara kotor dalam rumah keluar dan udara di luar rumah masuk. Keluar, masuk, keluar. Omputeh panggil good natural ventilation gituuuuhhh.

Tips Rumah Sentiasa Wangi-2

Takkan setiap masa nak ber air cond koooottt. Sesekali kena juga biar angin masuk dalam rumah. Jimat elektrik juga tak perlu on ventilator selalu.

Cepat-cepat keringkan air yang tertumpah

Ohohoho…kalau rumah ada anak kecil, ataupun binatang peliharaan memang selalulah jadi begini, kan? Tapi kalau dah terbiasa, patutnya anda dah jadi pro la kan? Terus ke dapur dan basahkan sedikit kain atau span dengan sabun pencuci pinggan sebelum membersihkan air tumpah tadi.

Tips Rumah Sentiasa Wangi-3

Kalau dibiarkan, lama-lama nanti kain yang terkena air tumpah tadi berbau masam. Ughhhhhhhh~

Buang sampah sisa makanan di dapur tu at least dua hari sekali

Ada orang buat setiap hari. Dua hari sekali tu yang paling-paling malas lah sekali pun. Lori angkat sampah majlis perbandaran pun datang selang sehari. kan?

Tips Rumah Sentiasa Wangi-4

Oh ya, kalau tinggalkan rumah lama pun pastikan semua sampah dalam rumah sudah dibuang. Common sense, but worth to always be reminded.

Jika boleh, tandas cuba dibiarkan sentiasa kering

Hmmmm….susah sikit nak capai benda di di rumah orang Melayu terutamanya. Urusan kita di tandas memang kena banyak pakai air. At least, cuba ya. Fikir secara kritis dan kreatif.

Tips rumah sentiasa wangi yang terakhir – Gunakan Pewangi Fabrik Bloomer Queen!

Pewangi ini adalah pewangi serbaguna tau! Bukan sahaja untuk baju, cadar, langsir dan fabrik yang lain sahaja, untuk semburan am pun boleh!

Nak buat mop rumah? Campurkan sedikit cecair Bloomer Queen ke dalam baldi air sebelum mengemop.

Sebelum tinggalkan bilik untuk keluar dari rumah? Semburkan Bloomer Queen.

Nak pakai baju wangi? Semburkan padanya sebelum menggosok baju.

…dan macam-macam lagi!


Cepat dapatkan penyembur wangi Bloomer Queen untuk seisi keluarga anda sekarang! Anda boleh menghubungi pembekal ini di laman sosial Facebook atau Instagram atau WhatsApp mereka untuk pembelian dan pertanyaan lebih lanjut.


Sekian sahaja daripada Cik LIS. Lepas ni kita akan berkenalan dengan usahawan barang kosmetik lipstik pula ya (◕‿◕✿) . Stay tuned with LunaStory, people!


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar yang terpilih di dalam program anjuran kerjasama antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.