Review Filem Motif

September 26, 2019 by No Comments

Review Filem Motif kali ini membawakan nama-nama hebat didalam industri lakonan tanahair iaitu Sharifah Amani, Datuk Rosyam Nor dan Sherry Merlis. Review ini mungkin mempunyai SPOILER dan pembaca dicadangkan membaca artikel ini semula selepas menonton filem Motif di pawagam pada 26 September 2019 ini.

Poster filem Motif


Apabila menerima undangan sebagai media untuk review filem Motif ini, pastinya kami teruja nak menonton filem yang pernah ditayangkan di Udine’s Far East Film Festival ini.

Mengenali kedua tonggak utama dalam filem ini iaitu gandingan hebat Datuk Rosyam Nor dan Sharifah Amani, fuhhh filem penutup suku terakhir 2019 pastinya!

Datuk Rosyam Nor dan Sharifah Amani di luar set. Gambar Harian Metro.


Filem arahan Nadiah Hamzah ini juga mempunyai ulasan didalam laman web The Hollywood Reporter. Membaca ulasan tak sama dengan menonton sendiri and here we are, menonton dengan mata hati sendiri untuk menulis review filem Motif.

Misteri Kehilangan Anna

‘Merungkai misteri..di sebalik kisah tentang poligami’

Motif, 2019


Kisah dimulakan dengan kes kehilangan Anna, gadis belasan tahun iaitu anak kepada Hussein (lakonan Rosyam Nor) dan Suri (lakonan Sherry Merlis) yang telah hilang ketika pergi ke tuisyen pada suatu malam.
Inspektor Rizal (lakonan Taqim Zaki) merupakan pegawai polis di kawasan Tanah Merah yang bertanggungjawab untuk kes ini.


Inspektor Dewi (lakonan Sharifah Amani) ditugaskan untuk membantu Inspektor Rizal menyelesaikan misi mencari remaja wanita yang hilang ini.


Hussein pada mulanya (dan sehingga filem berakhir) agak tidak senang dengan kemunculan Inspektor Dewi yang dikatakannya ‘seperti budak baru habis sekolah’ untuk mengendalikan kes kehilangan anaknya.

Pada ketika ini situasi yang dapat kami sebagai penonton fahami ialah kesukaran bekerja sebagai wanita seperti untuk diterima oleh rakan kerja dan juga orang awam sebagai seorang yang boleh ‘buat kerja’.

Belum lagi Inspektor Rizal yang seolah-olah tidak mahu bekerjasama dengan Dewi untuk penyiasatan ini. Entah tak tahulah apa yang tak kena tapi sebaik sahaja Dewi tiba, Rizal terus rasa Dewi ni ‘poyo’ dan bertindak membabi-buta.

Ke Rizal ni ada kaitan dengan kes kehilangan Anna? Soal hati kami.

Inspektor Rizal tidak mahu bekerjasama dengan Inspektor Dewi


Disinilah juga penonton akan mula keliru samada Hussein terlibat dengan misteri kehilangan anaknya cuma takkanlahhhhh…itukan anak dia.
Isteri Hussein sendiri iaitu Suri juga kelihatan sedih dan mengesyaki suaminya amboi lagila keliru kami semua. Takkan sampai bunuh-membunuh kalaupun marah! Anak sendiri pula tu!

Pertama kali Hussein bertemu dengan Dewi beliau sudah tidak senang duduk

Hussein merupakan seorang usahawan yang mempunyai 2 orang anak iaitu Anna dan Anis. Kisah rumahtangga Hussein yang dikatakan tegang dimana isterinya pernah membuat laporan polis tentang keganasan yang berlaku dalam rumah mereka membuatkan Inspektor Dewi amat mencurigai Hussein dalam kes kehilangan Anna.

Kaitan Peribadi Dewi

Dewi pula merupakan isteri kedua yang sedang menghadapi konflik dengan suaminya.
Sepanjang misi Inspektor Dewi di Tanah Merah, perbualan telefon beliau dan suaminya tidak berapa baik tambahan lagi apabila menyentuh topik isteri pertama dan anak suaminya.

Situasi keluarga beliau bercampur baur dengan kerja siasatan mungkin kerana ianya ada kaitan dengan poligami lalu ianya menjadi perkara yang sensitif buat beliau.

Dewi bertengkar dengan suaminya di telefon

Beberapa dialog seperti “Semua lelaki sama!” getusan Dewi membawa penonton untuk memahami rasa kesal yang dialaminya. Konflik poligami dikongsikan melalui dialog pelakon seperti “Dari dulu U dah tahu kita akan begini kan. Dulu U kata ok?” soal sang suami.

Ada juga kerisauan disuarakan Dewi kepada suaminya seperti “Nanti kita ada anak nanti macamana? Takkan macamni juga?”

Biarpun hanya dengan suara di telefon dan tanpa wajah, watak si suami dapat dirasai memberi kesan kepada emosi Dewi.

Review Lakonan Pelakon Motif

Mungkin ia hanya saya namun penulis merasakan lakonan Sharifah Amani agak ‘intense’. Seperti mahu beritahu ‘relakslah inspektor’ haha.

Tapi kalau dia relaks, dah tak jadi inspektor yang bersungguh-sungguh menyiapkan tugasannya. Mungkin juga dia mahu selesaikan segera kes kehilangan Anna ni supaya dapat pulang segera bertemu suami beliau dan menyelesaikan salah faham antara mereka?

Raut wajah Inspektor Dewi sentiasa berkerut.

Dewi bersama Suri isteri Hussein
Wajah Inspektor Dewi

Lokasi Penggambaran Filem Motif

Lokasi penggambaran filem selama 14 hari ini berlokasi di Kuala Lumpur, Sungai Penchala, Nilai dan Bukit Fraser, Pahang dengan peruntukan bajet RM1.5 juta.

Kan saya beritahu tadi, watak Dewi penuh dengan bayang-bayang gelap dan berat. Dari satu plot ke satu plot tak banyak scene Dewi senyum dan gembira.

Pelakon lain seperti Inspektor Rizal, Yasmin (lakonan Emma Tosh) dan Faisal (Iedil Dzuhrie Alaudin) nampak kekurangannya. Mungkin kerana scene mereka kurang untuk memperkukuhkan peranan mereka. Pengakhiran review filem Motif ini membuatkan penonton tertanya-tanya biarpun sudah mendapat jawapan kepada misteri kehilangan Anna.

Scene kelakar ialah semasa Dewi di Songkla untuk menyambung siasatan beliau. Agak tidak kena bilamana kadi di Songkla terus bercerita tentang pelanggan-pelanggannya namun apabila ditanya lebih lanjut, beliau baru tersedar yang beliau mungkin telah ‘pecah lobang’ kepada isteri pertama pelanggannya!

Watak kadi di Songkla yang menghiburkan

Pengarah filem Motif Nadiah Hamzah berkata, idea menghasilkan filem berkenaan adalah cetusan ilham penerbitnya sendiri iaitu Muhammad Bahir.
“Beliau mendapat ilham untuk filem ini berdasarkan pengalaman pakciknya yang menguruskan perkahwinan di Songkla, Thailand” ujar Nadiah yang meminati drama siri pembunuhan dari negara Scandinavia.

Nadiah Hamzah, Pengarah Filem Motif

Perkara yang dirasakan kurang dalam review filem Motif ini ialah:


1. Tajuk filem ini boleh disesuaikan dengan sesuatu yang lebih panjang lagi seperti ‘Dia yang Kedua’ haha ataupun ‘Motif yang Pertama’ dah kenapa nak panjangkan tajuk filem orang niiiii. Bila ianya hanya ‘Motif’ jadi masa kita nak review tu macam terberhenti di bahagian motif.

2. Anna hilang apabila dia merayau di sebuah rumah tinggal. Kenapa dia ke sana in the first place sangat mengganggu penulis. Ada temujanji dengan sesiapakah? Atau mencari sesuatu kah?

3. Adik Anna iaitu watak Anis diwujudkan untuk membantu Dewi melakukan siasatan. Beliau seolah takut-takut-berani dalam memberitahu informasi kepada Dewi. Sehingga ke akhir filem, tidak banyak yang Anis bantu selain daripada terketar-ketar bercakap dan berlari apabila Dewi macam tak mahu membantunya.

Penghujung Filem Motif

Ianya agak terkejut, tiba-tiba sahaja dan sudah habis. Bagus kerana penonton tak sempat bosan, asyik dengan puzzle jalan cerita dan tidak tertidur. Rasa kekurangan apabila kita rasa ianya boleh jadi lebih baik lagi.

Review Filem Motif LunaStory bersetuju bahawa ianya adalah sebuah filem yang mesti ditonton kerana kecantikan dan ketelitian pengarah muda yang berbakat ini.

Review filem Wangi di link ini.
Review filem Kron disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.