Fish Cake Sedap Johor ||Aini PeDAS

February 17, 2020 by No Comments

Artikel ketiga dan terakhir siri usahawan PeDAS “Fish Cake Sedap Johor ||Aini PeDAS” ini dibawakan kepada anda oleh LunaStory. Pembaca boleh merujuk di nota kaki artikel ini untuk sedikit penjelasan tentang program usahawan PeDAS.

Anda terlepas entri profil usahawan PeDAS dan produknya yang lain ini? Klik sahaja link entri pertama di bawah ini ya.

Entri pertama|| Makanan Frozen Aini Pinky Food |PeDAS

Entri kedua||Fish Ball Keluaran Bumiputera ||Aini PeDAS


Sebelum Cik LIS kenal dan follow drama-drama Korea dan Jepun, fish cake yang Cik LIS selalu order bersama dengan yong tou foo di pasar malam adalah berbentuk petak dan tebal. Ada gerai yang akan siap potong kecil-kecil sedikit. Ada juga yang berbentuk bulat lonjong dan nipis.

Fish Cake Sedap Johor-1
Gambar sebagai hiasan. Kredit: images.japancentre.com

Tu pun sebab zaman mengaji dekat uni dulu, yong tau foo pasar malam je yang Cik LIS larat makan bila busy sangat. Haha…kenangan semua itu.

Fish Cake Sedap Johor-2

Fish cake yang trending sekarang adalah jenis fish cake yang memanjang dan nipis, dicucuk ke batang panjang dalam bentuk lipatan.

Fish Cake Sedap Johor-3
Gambar sebagai hiasan. Sumber: pinterest.com

Anyways, hidangan oden yang biasa kita nampak di kedai-kedai Jepun terutamanya dah ramai orang boleh buat sendiri sahaja di rumah. Pengeluar fish cake sedap Johor ini ada kongsikan resepi untuk kuah oden yang menarik yang boleh kita follow!


Resepi Oden Aini Pinky Food

Fish Cake Sedap Johor-4

Bahan-bahan utama:

  • 3 sudu besar pes tom yam
  • 2 sudu besar pes asam pedas
  • Fish ball dan Fish Cake keluaran Aini Pinky Food
  • Air secukup rasa
  • Bahan-bahan lain mengikut citarasa sendiri

Cara penyediaan? Untuk kuah oden, gunakan pes tom yam dan pes asam pedas mengikut kuantiti yang telah diberikan dan campurkan di dalam air sehingga menggelegak.

Penyediaan adalah dijangka untuk satu periuk bersaiz standard.

Apa yang istimewanya produk keluaran Aini Pinky Food ini? Selain daripada produk 100% keluaran bumiputera Melayu yang terjamin halalnya, rata-rata pelanggan memuji kualitinya yang cukup tip-top! Kata mereka, rasa isi ikannya penuh, kenyal dan lembut!

Produk popular fish cake dan fish ball di Jepun…eh, Johor Aini Pinky Food ni dah ramai yang cuba dan suka!

Pesanan Pembekal: Produk perlu disimpan pada suhu bawah 5°c atau sejuk beku – 18°c. Produk yg telah di sejuk bekukan perlu direndamkan @ (direbus utk fishball) di dalam air panas selama 5 minit selepas dikeluarkan dari peti beku..kemudian sedia untuk dimasak atau dimakan.


Di mana anda boleh mencari dan menghubungi usahawan PeDAS Aini Pinky Food? Ataupun follow mereka di laman sosial untuk mengetahui promosi semasa?

Facebook – link

Instagram – link

WhatsApp – link

Tempahan secara online di laman web rasmi – link

Dan alamat kedai untuk anda singgah!

NO 19 BAWAH, JALAN SATRIA 3,
TAMAN SEROM UTAMA,
84410 SUNGAI MATI,
TANGKAK, JOHOR.


Sekian sahaja dari Cik LIS untuk kali ini. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang ya!


Program Perkhidmatan e-dagang setempat (PeDAS) adalah satu program untuk memperkasakan usahawan luar bandar. Pembaca boleh membaca dengan lebih lanjut tentang program PeDAS anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) serta agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) di link ini. [link]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.