Review Filem Wangi Erra Fazira

September 2, 2019 by No Comments

Review Filem Wangi yang merupakan filem terbaru Erra Fazira ini MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER. Para pembaca dicadangkan menonton filem Wangi di pawagam pada 5 September 2019 dan kembali membaca artikel LunaStory semula selepas itu.

Bagi membaca review Paskal The Movie disini.
Review Filem Fly By Night disini.

Pembukaan Filem Wangi

Filem ini dimulakan dengan scene Erra Fazira yang memainkan watak Nor yang baru melahirkan bayi dan berpantang dirumah.
Sharnaz sebagai bapa kepada dua orang anak iaitu Khiri berusia 6 tahun dan bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Pelbagai peristiwa aneh berlaku dirumah mereka sejak dari momen itu. Peristiwa aneh mula berlaku dan dirasai oleh emak mertua Nor iaitu ibu Khuzairi (suaminya) yang menjaga semasa Nor didalam pantang.

Ada tulisan Wangi yang lalu beberapa kali permulaan cerita agak mengganggu pemandangan saya.
Sementara sound effect thriller dari awal filem memberikan emosi seram dari mula filem ini ditayangkan.

Watak-watak didalam Review Filem Wangi

Khiri anak istimewa yang tidak banyak bicaranya. Namun watak beliau yang istimewa (autistik mungkin) memberikan lebih thrill dalam filem Wangi ini. Dengan dialog yang sedikit, Khiri tetap misteri dan memberikan impak didalam filem Wangi ini.

Momen Nabila Huda (Bella) sebagai adik angkat kepada Nor diluar negara dimulakan dengan scene mereka berdua membeli minyak wangi.

“Signifikan tajuk Wangi diberikan kepada filem ini adalah berkaitan dengan momen Bella dan Nor yang sangat rapat ketika di UK dan pernah membeli minyak wangi bersama.

Dalam tenang dan damainya sebuah keluarga yang wangi, biasanya tetap ada kebusukan yang dilalui. Namun kita tetap positif dan mahukan sesuatu yang wangi”

Yeop Hitler, Pengarah Filem Wangi

Bella yang dilakonkan oleh Nabila Huda digelar Ibu Bella oleh Khiri tinggal dirumah Nora dan Sharnaz. Sewaktu Nora melahirkan bayi di hospital, Bella dikhabarkan pulang ke UK oleh Sharnaz.

Bella bersama teman lelakinya, Azlan lakonan Syazwan Zulkifly

Ruminah Sidek ialah nenek kepada Bella yang boleh tahan seram anehnya. Pesanan beliau kepada Nor combine dengan sound efek amboi lengkap sangat pakej filem physco thriller ini.

Syazwan Zulkifly menjadi Azlan iaitu teman lelaki Bella sewaktu di UK. Beberapa scene beliau datang ke Malaysia untuk berhadapan dengan Khuzairy.

Plot Cerita Wangi


Penggambaran si UK dan Malaysia ini diselangselikan jika ada flashback.

Sambutan hari lahir Khuzairy dan Bellaakan disambut bersama keempat-empat mereka menunjukkan keakraban mereka (rasanya).

Saya sangkakan mereka berempat bersama-sama di UK sejak belajar namun ketika ni Sharnaz dah kelihatan berusia jadi keliru sedikit dengan garismasa. Nor dan Khuzairy sudah berkahwinkah? Sepatutnya sudahlah sebab anaknya Khiri sudah berusia hampir enam tahun. Cuma masa di UK tu siapa jaga Khiri? Adakah mereka pergi belajar atau bekerja?

Sewaktu sidang media, Yeop Hitler memaklumkan bahawa Khiri adalah anak angkat mereka yang baru diambil sejak dua tahun lepas. Ada dialog ibu Khuzairy “Dah ada baby baru, anak yang ni jangan diabaikan. Dia ni istimewa”. Masa ni kami sangkakan istimewa bermaksud autisme dan bukannya anak angkat yang baru diambil.

Bila Bella Mengandung?

Konfliknya bermula apabila Bella mempunyai hubungan dengan Khuzairy dan mengandung.
Dalam masa yang sama, Nor juga mengandung dan jarak masa mereka bakal melahirkan tidak jauh beza. Sepanjang mengandung, Bella tinggal dirumah pusaka ayah Nor.

Sinematografi


Penggambaran banyak dilakukan didalam rumah ini. Besar dan agak menyeramkan apabila digabungkan dengan sound effect yang cukup kuat didalam pawagam.

Namun kebanyakan shot memang cantik.

Skrip


Beberapa kali perkataan yang sama diulang terutama apabila menyambut bayi. Panggilan ‘sayang’ juga biasa dituturkan oleh Nor.

Ada bahagian yang Nor bahasakan dirinya Nora terutama ketika bercakap dengan ahli keluarganya.

Beberapa Perkara yang Tidak Logik

Pastilah mana ada yang logik dalam pembikinan filem dan ini adalah pendapat sahaja. Tuan/Puan boleh tidak bersetuju dengan kami di LunaStory.

1. Khiri sering main seorang diri di bilik. Kadangkala bercakap sendiri dan seakan berbual-bual dengan ‘seseorang’. Bagi keluarga yang ada anak yang istimewa dan seorang sahaja biasanya anak tersebut akan berada berhampiran dengan kita.

2. Ada satu scene suara bayi menangis menggunakan suara baby dah besar anggaran enam ke tujuh bulan dan bukannya bayi kecil baru nak cukup 100 hari. Masa tu saya dah keliru, eh baby Nor ni dah besar ke. Disedarkan yang bayi masih kecil bila Nor dan Khuzairy buat majlis 100 hari bacaan Yaasin dirumah mereka.

3. Ada satu scene dimana Nor diganggu dan sangat takut tinggal bertiga dirumah lalu duduk gelap-gelap tengah rumah bertiga. Lampu sekeliling rumah juga gelap ketika itu. Bila suaminya balik, Nor kelihatan sangat takut.
Namun bila dah malam dan sebelum tidur, Nor bercerita macam muhasabah semula “Emm..Bella bukan jenis yang percaya benda-benda macamni”. Cukup gigihlah beliau untuk tidak takut pada esok harinya.

Lain-lain Tambahan Review Filem Wangi

Erra ada jerawat untuk beberapa scene dan pastinya penggambaran ni kombinasi a few scenes pengambaran.
Skrin layar lebar bukan main besar. Jadi jelaslah segalanya.
Tak dapat disangkal, beliau memang antara primadona lakonlayar jadi memang cantik dan menarik lakonan beliau. Mekap yang digunakan pun nampak ‘kena’ pada beliau.

Misteri Terungkai

Misteri dalam filem Wangi ini dirungkaikan oleh keberanian Nor. Betul juga, ini rumah pusaka tinggalan ayahnya jadi beliau nak lari ke mana pula. Teruslah beliau menghadapi segalanya.

Review Filem Wangi Filem Physco Thriller

Ketika mengarahkan filem ini, Yeop Hitler telah ‘feel’ mengarahkan filem jadi keseluruhan shotnya memang untuk filem dan bukan tayangan TV seperti perancangan awal. Physco thriller ditekankan dalam kesemua watak terutama pada watak Sharnaaz (Khuzairy) dan Nabila Huda (Bella).

Review Filem Wangi

Beberapa plot yang sudah boleh dijangkakan oleh penonton namun tetap ada kesegaran dalam review filem Wangi ini iaitu filem terbaru Erra Fazira.

Kekurangan Yang Jelas

Beberapa scene yang penting telah ditapis sebelum ditayangkan membuatkan jalan cerita yang agak mengelirukan. Terutama sekali ialah bahagian mengapa karektor Khuzairy menjadi sebegitu.

Ada juga scene ‘berdarah’ yang dibenarkan kerana tidak menunjukkan bahagian yang hancur.

Filem Wangi akan menyemarakkan lagi industri filem Malaysia dan memberikan perspektif berbeza tentang kehidupan. Tonton 5 September 2019 di pawagam untuk menjawab persoalan demi persoalan dalam filem psycho thriller ini.

Baca lagi tentang Review Filem Wangi di blog Saudah Salleh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.