Review Fly By Night – 5 Sebab Anda Kena Tonton sebagai Rakyat Malaysia!

April 6, 2019 by No Comments

Ramai kawan kawan minta saya untuk tulis review Fly By Night filem pertama arahan Zahir Omar. Filem Malaysia ini dibintangi oleh Sunny Pang, Bront Palarae, Fabian Loo, Eric Chen dan Jack Tan (sekadar menyebut beberapa nama watak utama).

Penulis : Suraya Ali
Untuk membaca tulisan lain tentang Tiada Tajuk Filem Mawi disini
Review Redha disini

Filem ini memaparkan kisah jenayah sekumpulan pemandu teksi yang memeras ugut penumpang yang kaya. Dengan genre thriller, filem sebegini memang banyak peminatnya tak kira jantina mahupun bangsa.

Filem Fly By Night ini memang bakal menjadi kesukaan rakyat Malaysia dan ianya mula ditayangkan pada 11 April 2019.

5 sebab mengapa anda perlu menonton filem ini selepas membaca Review Fly By Night ini.

Sebab pertama #1
Genre neo-noir yang segar

Genre neo-noir merupakan drama misteri beserta jenayah dan tidak ramai pengarah yang berani ‘bermain’ dengan genre ini. Yang paling saya tak sangka ialah saya sendiri seronok menontonnya!

Review Fly By Night
Penulis LunaStory.com Puan Suraya Ali hadir ke sesi Tayangan Perdana Fly By Night

Maksudnya jika Tuan/Puan seorang yang girlish dan tak suka filem thriller sangat, saya pasti anda boleh mempertimbangkan untuk menonton filem ini di panggung wayang berdekatan anda!

Memang pada mulanya saya ‘takut’ tak dapat tulis review Fly By Night ini namun selepas habis sahaja tayangan terus tak sabar nak menulis mengenainya kerana ia saaaaaaaangat best dan berbaloi untuk ditulis!

Suraya Ali
Sumber Gambar Asianfilmstrike

Poster Rasmi Review Fly By Night

Sebab Kedua #2
Filem ini mendapat pengiktirafan antarabangsa


Menurut sumber daripada hollywoodreporter.com menyatakan tayangan perdana antarabangsa filem Fly By Night ini diadakan di Busan pada tahun 2018 dan sudah mula mendapat pujian oleh penonton sejak detik itu. Dikatakan filem ini merupakan salah satu daripada enam projek yang menerima Dana Pasca Penerbitan daripada Asean Cinema Fund (ACF) semasa Pesta Filem Antarabangsa Busan ke 23.

Filem Fly By Night yang menggunakan bahasa Mandarin, Malaysia dan Kantonis ini turut ditayangkan di Pesta Filem Antarabangsa Santa Barbara 2019 di Amerika Syarikat.

Filem ini turut mendapat pengiktirafan apabila ditayangkan di International Film Festival & Awards Macao (IFFAM) dan Pesta Filem Asia Jogja-NETPAC.

Pastinya ini adalah langkah permulaan bagi penambahbaikan industri filem Malaysia ke peringkat antarabangsa. Proud to be Malaysian!

Sebab Ketiga #3
Ianya Bukan tentang Bangsa, Filem ini Adalah Tentang Malaysia

Perkara ini saya sedar apabila saya kerapkali berulang ke Jepun. Ketika itu saya sedar yang Jepun adalah sebuah negara yang hampir semua rakyatnya berbangsa Jepun. Haha maksud saya apabila kita sebut ‘orang Jepun’ kita sudah dapat agak muka mereka kan?

Tapi bila kita sebut ‘orang Malaysia’, what will come across our mind? Orang Melayu, Cina, India dan bumiputera Sabah Sarawak.

Filem Fly By Night ini adalah ‘sangat Malaysia’. Walaupun penggunaan bahasa dalam filem ini kebanyakannya adalah dalam Bahasa Mandarin, kita akan merasai itulah kita sebagai sebuah negara.

Penggunaan Bahasa Malaysia para pelakon dalam filem ini juga adalah ‘biasa-biasa’. Saya pernah bertemu dengan mereka yang berbangsa Cina dan India yang menguasai Bahasa Malaysia dengan sangat baik namun didalam filem ini, Bahasa Malaysia mereka ialah bahasa yang pendek serta boleh difahami. Cukup untuk ‘sampai’ kepada penonton.

Sebab Ketiga #3 Perlu Menonton Fly By Night ialah Ianya Penuh Makna Tersirat

Antara dialog didalam filem ini ialah ‘Bukan semua perkara dapat kita lihat dengan mata. Kadangkala ianya kita dapat dengar menggunakan telinga.’ Ketika itu lensa kamera disorotkan didalam rumah Tai Lo (Sunny Pang) yang kelihatan daif walaupun mempunyai wang yang banyak sebenarnya hasil dari peras ugut yang dilakukan.

Apabila ditanya kepada Zahir Omar iaitu pengarah tentang metafora kumpulan pemandu teksi, beliau berkata ianya adalah sebuah perspektif baru tentang sisi kedua insan yang kita kenali namun tidak kita ketahui. Seperti pemandu teksi yang melakukan jenayah ini.

Kepercayaan kita juga diserahkan hampir semua kepada insan-insan yang tidak kita kenali dimana dalam filem ini, pemandu teksi yang membawa kita ke destinasi. Kita beri semua makluman kita kepada mereka bukan.

Sailo didalam filem ini yang merupakan seorang pemandu teksi

Sebab Keempat #4 Keluarga Adalah Keutamaan

Senang bercakap berbanding perlu melakukannya kan? Antara watak utama dalam filem ini iaitu Tailo (Sunny Pang) yang menjaga adiknya Sailo (Fabian Loo) sejak dari ayah mereka meninggal dunia. Jarak usia mereka juga agak jauh.

Abang inilah yang berjanji mahu menjaga, menyekolahkannya dan membelikan apa sahaja mahunya dengan bekerja ‘membawa teksi’. Tailo juga menjaga ibunya yang sudah tua dan gemar menjahit pada masa lapang.

“Ma, nanti bila kita free kita pergi bercuti ya” janji Tailo kepada ibunya sambil disambut senyuman sang ibu. Ibunya hanya mahu mereka bekerja kuat dan bahagia bersama sekeluarga.

“Awak tak jaga adik ya?” seringkas itu satu soalan sang ibu apabila Tailo beritahu mereka perlu pergi segera dan Sailo akan datang kemudian. Aduh, pedih sungguh pertanyaan ibu itu seolah-olah kita turut berada didalam filem itu dan ditanya ibu. Tailo dengan baju t-shirt berkolar beliau adalah sangat tenang dan berhati-hati.

Sebab Keempat #5 untuk Menonton Fly By Night ialah tentang Tamak dan Ketenangan

Berapa ramai diantara kita yang sanggup bertahan dengan keadaan sekarang terutama apabila ditegur oleh orang yang lebih tua? Kita ada cara tersendiri ketika bekerja dan itulah perasaan Sailo.

Sailo bersama Gwailo melarikan diri menggunakan motosikal

Apa sahaja yang mahu dilakukannya kebanyakannya ditentang sang abang yang pada beliau adalah ayah keduanya.

“Tailo seorang yang cerewet dan sukar percaya pada orang lain.”

Sailo

Ini membuatkan beliau mengambil tindakan tergesa-gesa diluar pengetahuan sang abang sehingga menyusahkan kumpulan mereka. Gwailo (Jack Tan) merupakan seorang lagi ahli kumpulan yang menemani Sailo melakukan kegiatan ini.

Sailo ketika disiasat oleh Inspektor Kamal

Kerosakan yang dilakukan oleh Sailo bukan sedikit menyebabkan kita semua sebagai penonton akan berasa ‘geram’ dan diluar sedar menyebelahi sang abang berbanding Inspektor Kamal (Bront Palarae) dalam filem ini.

Sempat juga hati saya menggetus “Eh kenapa pula aku sokong watak antagonis ni?” sambil ketawa sendiri.

Inspektor Kamal (Bront Palarae)

Tentang lokasi penggambaran mahupun kualiti lakonan pelakon, jika ada lima bintang semuanya saya berikan kepada mereka sepenuh hati.

Sebaik sahaja lakonlayar selesai dan tayangan perdana ini menerima tepukan daripada penonton didalam panggung

Dan pastinya review ini ditulis bukan atas dasar support filem Malaysia semata-mata. Ianya benar-benar berbaloi untuk masa dan tenaga anda ke panggung!

Pengarah dan barisan pelakon selepas Tayangan Perdana Review Fly By Night

Ending Filem Fly By Night?

Ianya unexpected! Diluar jangkaan. Saya menanti sequel cerita ini.
Tahniah Zahir Omar dan seluruh warga produksi filem Fly By Night!

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.