Tiada Tajuk Filem Mawi – Lima Sebab Utama Kenapa Perlu Menontonnya

April 5, 2019 by No Comments

Tayangan perdana Tiada Tajuk Filem Mawi adalah sesi yang dinanti-nantikan oleh kami sebagai blogger dan penggiat seni tanahair. Tayangan filem Tiada Tajuk ini akan menemui peminat di seluruh Malaysia bermula 4 April 2019.

Memenuhi undangan sebagai wakil Blogger Malaysia Lunastory – Puan Suraya Ali

Majlis tayangan perdana bermula pada 7 petang dimana pendaftaran dan makan malam disediakan untuk tetamu yang sudah hadir.

Sementara menanti waktu tayangan pada jam 9 malam, Mawi dan pelakon lain membuat persembahan nyanyian untuk menghiburkan tetamu yang mula memenuhi bahagian luar panggung. Semuanya tak sabar menonton hasil air tangan pertama Mawi World dalam bidang perfileman.

Barisan Online Marketing Trainer

Apa yang menarik tentang filem pertama Mawi iaitu Tiada Tajuk ini ialah cara pemasaran secara digital yang dilakukan oleh tim beliau. Filem ini sengaja dibiarkan ‘Tanpa Tajuk’ untuk memberi ruang kepada penonton memberikan tajuk sendiri dengan cara menyertai peraduan.

Setiap orang boleh menyertai sebanyak mungkin pertandingan ini dengan cara:

Download Applikasi Mawi World di telefon kita

Ambil gambar tiket kita menonton filem ini

Berikan tajuk yang dirasakan sesuai untuk filem ini

Hadiah yang ditawarkan juga bukan biasa-biasa kata orang sekarang. Sebuah kereta Bezza menjadi hadiah utama jadi kawan-kawan semua, berbaloilah menonton berulang kali (katan 10 kali dengan kos RM150) untuk mendapatkan hadiah bernilai puluhan ribu kan?

10 kali menonton Tiada Tajuk Filem Mawi mesti ada tersangkut hadiah-hadiah yang lain seperti pakej umrah, pakej percutian ke Sydney dan juga sebuah motor yang cun sangat untuk digunakan seharian.

Baca artikel LunaStory sebelum ini tentang Tiada Tajuk Filem Terbaru Mawi yang berkongsikan kisah pelancaran filem ini di hadapan Sogo Kuala Lumpur.

Kami kongsikan lima (5) perkara menarik sepanjang filem Tiada Tajuk Filem Mawi ini ya.

Puan Suraya Ali bersama Puan Salwa Saleh bergambar bersama Mawi dan Ekin dihadapan bilik panggung

Perkara Menarik #1 Tiada Tajuk Filem Mawi ialah Sinematografi nya

Untuk seorang visual, sorotan kamera (atau video) didalam filem ini sangat cantik dan kena. Sudut-sudut yang diambil membuatkan kita rasa kita benar-benar berada didalamnya.

Lokasi penggambaran yang dikatakan dilakukan dibeberapa negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Kuala Lumpur.
Lokasi Kampung Laut Menyanyi memang tenang dan damai.
Ketiga-tiga watak utama dalam cerita ini menetap di kampung ini dengan sebuah cita-cita mahu menjadi penyanyi rock.

Visual apabila mereka ke bandar pula tidak kelihatan sangat bandar namun bagi mata yang menontonnya, kita akan tahu itulah Kuala Lumpur. Pejabat rakaman yang tidak seperti kita bayangkan dan sorotan kamera sepanjang kehidupan mereka di bandar juga cukup cantik.

Ia masih membawa imej kampung yang damai dan tenang.

Perkara Menarik #2 Barisan Pelakon

Seperti yang pernah dikongsikan oleh Mawi selaku pengarah, 90% barisan pelakon yang beliau mahukan untuk melakonkan cerita ini bersetuju untuk membarisi filem pertamanya.

Dan tiga pelakon utama iaitu Hazama sebagai Abadi, Along Cham sebagai Kuswadi dan Joey Daud sebagai Rumi menjayakan watak mereka dengan cukup berkesan. Kena dengan watak mereka. Couldn’t agree more yang watak itu diciptakan untuk mereka.

Abadi, Rumi dan Kuswadi bertolak ke bandar demi mencapai cita-citanya

Ketiga-tiga watak ini mempunyai personaliti berbeza dimana Abadi lebih tenang dengan dialog yang sering diulangnya iaitu tentang keikhlasan. Joey lebih agresif dengan imej rock beliau. Jiwa rockers beliau memang terserlah berbanding kedua rakan beliau.

Sementara Kuswadi memang kelakar. Jiwa lembut tetapi punk woooo. Tak sangka watak Along Cham dalam Filem Tiada Tajuk adalah sebegitu namun itulah penyeri sehingga habis cerita.

Watak tambahan juga tidak seperti dibuat-buat. Ropie yang menjadi Pak Imam membuatkan kita sebagai penonton ‘jatuh kasih’ pada semua kebaikan yang dilakukannya.

Heroin dalam cerita ini ialah Amira Othman sebagai Cahaya. Tidak banyak adegan beliau rasanya dua ke tiga kali sahaja, cukup-cukup cantik untuk menyerikan filem Tiada Tajuk Mawi ini.

Saya paling suka cameo ataupun penampilan sekejap oleh pelakon seperti Nana Why Not dan juga Johan As’ari. Rasa tak puas menonton lakonan mereka namun itulah cameo – sekejap sekejap pun cukup mengujakan!

Perkara Menarik #3 Teguran Bersahaja yang Memerlukan Kita Berfikir

Sangat banyak teguran bersahaja yang didalam filem ini. Ada antaranya yang memerlukan kita sebagai penonton berfikir dimana ‘eh aku pun macamtu’. Kebanyakan teguran dalam bentuk dialog mahupun scene akan mencetuskan ‘ting’ ataupun ‘thoughts’ kepada kita.

Antara yang saya terkesan ialah adegan Kuswadi yang sangat penakut. Sangat takut sehingga dalam satu scene, hanya beliau yang nampak pocong yang berupa wajahnya sendiri!

Orang lain semua ternganga-nganga kerana tak nampak apa yang beliau nampak. Dan beliau takut bukan main dengan pocong itu sehingga pengsan. Nah sesuatu untuk kita fikirkan!

Dalam kehidupan ini, siapa yang paling kita takuti. Kita kata takut pada Allah namun kebanyakan masanya orang yang kita takut ialah diri sendiri terutama kata-kata kita kepada diri kita sendiri kan?

Opening filem Tiada Tajuk dengan bait-bait kata ‘Kau kata kau kenal Tuhan, namun sudahkah kau mengenali dirimu?’ adalah sangat dalam dengan hashtag #deep kata orang sekarang.

Bo dan sahabat artis kerdil hadir dengan pakaian ihram sebagai gimik sebelum tayangan bermula

Bo adalah antara watak didalam filem ini yang sering melaungkan “Kiamat makin dekat, mustahil makin jauh” betul juga!
Dalam gila yang kita kata, ianya logik untuk kepala kita.

Perkara Menarik #4 Punchline Hebat

Jarang kami menonton sebuah filem yang dari mula sehingga hujungnya kami ketawa. Hampir satu panggung setuju bahawa setiap bait kata yang keluar dari pelakon memang menceriakan dan kena punchline nya.

Kita tak akan kata ‘lawak bodo’ atau ‘hambar’ mahupun ‘bosan’ biarpun lawak itu pernah kita dengari sebelum ini.

Perkara Menarik #5 Mesej Dalam Komedi

Tiada Tajuk Filem Mawi ini menyampaikan mesej dalam genre komedi.
Bagaimana perjalanan menuju impian biar apa sahaja impian kita itu tidak pernah mudah dan sentiasa berliku.

Satu demi satu ujian akan mengunjungi kita dan cukup ikhlaskah kita dengan Allah? Ianya kata-kata oleh Abadi. Cukup ikhlaskah kita?

Yang paling saya suka ialah mesej kebaikan yang bila kita lakukan tanpa mengharap balasan sangat terkesan dihati orang-orang sekeliling kita. Mungkin kita bukan siapa-siapa untuk mengubah dunia namun dunia kecil milik kita ialah kegembiraan insan disekeliling kita.

Dari tim LunaStory mendoakan kejayaan filem Tiada Tajuk arahan Mawi ini mendapat sambutan dari seluruh peminat seni Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Blogger Malaysia LunaStory memulakan tugasan dari dalam panggung sebaik sahaja filem bermula.
Ucapan terima kasih dari Mawi kepada semua rakan artis dan sahabat media yang hadir selepas tayangan perdana Tiada Tajuk.

Blogger LunaStory boleh dihubungi melalui emel ke lunastory.com@gmail.com untuk servis review servis dan produk.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.