Idea Warna Cat dari Tukang Cat Rumah Selangor

January 12, 2019 by No Comments

Antara warna yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia ialah idea warna cat untuk bahagian dalam (dan luar rumah). Lamani Homme atau turut dikenali dengan ‘Tukang Cat Rumah Selangor’ akan berkongsikan tips dan beberapa teknik yang boleh digunapakai untuk rumah kita.

Asyik berkira-kira, nak hijau ke warna ungu. Si isteri suka merah jambu sementara suami suka biru. Kesudahannya warna putih atau krim yang menjadi pilihan bagi mengelakkan sebarang konflik di kemudian hari.

Impak Cat Warna Rumah

Bukan senang nak cari idea cat warna rumah sebab ianya bukan perkara yang kita buat setiap hari. Kita hanya cat rumah apabila nak masuk rumah baru iaitu mungkin sepuluh atau dua puluh tahun sekali.

Namun tahukah Tuan/Puan, warna cat pada dinding rumah kita dapat memberikan impak terhadap mood kita seharian.

Maksudnya cat pada dinding dalam dan luar rumah kita sangat penting untuk hari kita.

Idea Cat Rumah Warna Hijau

Warna hijau memang ramai peminatnya. Ia memberikan kedamaian dan ketenangan dalam jiwa yang memandang. Warna hijau juga adalah warna pilihan utama rakyat Malaysia dan hampir seluruh dunia untuk bahagian dalam rumah.

Dark Green Living Room

Tenang mata memandang warna hijau.

Apabila berurusan dengan Lamani Homme, kita boleh dapatkan konsultasi untuk memilih warna yang sesuai untuk kediaman kita.

Servis Tukang Cat Rumah

Warna hijau sendiri ada banyak jenis hijau dan kita tak mahu tersalah dalam membuat satu keputusan yang besar. Nak cat rumah lain kali bukan satu tindakan yang mudah. Baik buat yang betul terus.

Waranti dua tahun bagi setiap kerja cat yang dilakukan oleh Lamani Homme – Tukang Cat Rumah Selangor dan Kuala Lumpur.

Idea Cat Rumah Warna Kuning

Kalau dulu-dulu orang kata warna kuning buat kita pening. Namun sebenarnya kalau kena warna dan hiasannya, warna kuning buat kita ceria!

Cat Rumah Selangor Cantik

Warna kuning atau ke arah jingga ini sesuai digunakan di bahagian dapur dan juga ruang makan kerana ia menyemarakkan rasa untuk berinteraksi secara sosial.

Namun warna kuning yang berlebihan juga boleh menyebabkan anak kecil rasa resah dan gelisah serta sukar untuk tidur

JIKA TUAN/PUAN SEDANG MENCARI TUKANG CAT RUMAH YANG BERKREDIBILITI, BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI WARANTI, HUBUNGI BRO LAMANI HARI INI JUGA DI LINK INI (KLIK SAHAJA UNTUK WHATSAPP)

Lamani Homme menyediakan rangkaian pilihan untuk home improvement secara keseluruhan.

Idea Warna Biru untuk Rumah

Servis Cat Rumah Kuala Lumpur

Warna biru ialah warna yang sangat tenang dan lembut untuk jiwa. Warna biru sesuai untuk warna bilik tidur bagi tujuan berehat.

Selain itu kombinasi beberapa warna biru juga sesuai untuk tempat bekerja yang memerlukan kita menghasilkan idea-idea kreatif seperti dalam gambar diatas.

Jika mencari cat untuk kedai hubungi Lamani Homme.

Pemilik perusahaan seperti kedai makan, cafe dan butik pakaian juga boleh memilih dari pilihan warna pop untuk keceriaan pelanggan. 
Pelanggan yang ceria membawakan banyak senyuman dan kebahagiaan kan?

Apa kata pelanggan Lamani Homme?

HUBUNGI LAMANI HOMME

JIKA TUAN/PUAN SEDANG MENCARI TUKANG CAT RUMAH YANG BERKREDIBILITI, BERPENGALAMAN DAN MEMPUNYAI WARANTI, HUBUNGI BRO LAMANI HARI INI JUGA DI LINK INI (KLIK SAHAJA UNTUK WHATSAPP)

Kunjungi laman Facebook Lamani Homme supaya tak ketinggalan dengan sebarang tips, perkongsian dan promosi yang sedang berlangsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.