Tiada Tajuk Filem Terbaru Mawi

March 2, 2019 by No Comments

Selama hampir setahun peminat Mawi dan media tertanya-tanya tajuk filem terbaru arahan beliau dan majlis pelancaran 1 Mac 2019 menjawab persoalan tersebut dimana Tiada Tajuk filem terbaru Mawi.

Gambar daripada Cinema.com.my

Selepas berjaya dalam bidang nyanyian yang diceburinya, selebriti Asmawi Ani iaitu Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga melebarkan sayap ke bidang pengarahan filem pula. Teka-teki yang ditimbulkan dikalangan peminat ialah mengenai tajuk judul filem pertama arahannya.

Sesi perlancaran berlangsung di Sogo KL pada 1 Mac 2019

Menurut Mawi, ketika pendaftaran tajuk filem ini di FINAS beliau meletakkan tajuknya “Rock Sangkut” sebelum menukar semula kepada “Tiada Tajuk”.

“Tiada Tajuk” telah menjadi pilihan asal untuk nama filem ini sejak daripada detik penerbitannya”


Asmawi Ani (Mawi)

Tiada Tajuk Filem Pertama Mawi adalah Tanda Penghargaan Kepada Peminat.

Sejak penglibatan beliau didalam industri nyanyian, Mawi menerima hadiah yang sangat banyak daripada peminatnya dan ada juga hadiah berbentuk kereta! Beliau sangat terharu dengan sokongan ini dan mahu membalas semula kebaikan peminat menerusi filem pertama “Tiada Tajuk” ini.

Penonton Boleh Menyertai Peraduan Tiada Tajuk Filem Pertama Mawi

Cara-cara untuk menyertai peraduan ini adalah:
1. Muat turun applikasi Mawi World di telefon
2. Isikan maklumat yang diperlukan
3. Tonton Filem “Tiada Tajuk” Filem Pertama Mawi di pawagam pada minggu pertama dan berikan tajuk filem ini
4. Pemenang akan dipilih oleh juri professional

Sumber gambar Gempak.com

Tayangan Tiada Tajuk Filem Pertama Mawi akan diadakan bermula 4 April 2019. Ianya mengisahkan tentang tiga sahabat dari kampung yang bercita-cita untuk menjadi penyanyi rock.

Perjalanan mereka mengejar cita-cita di bandar tidaklah semudah yang dijangkakan. Pelbagai peristiwa berlaku sepanjang perjalanan tiga sahabat untuk bergelar artis ini.

Pelakon bagi filem Mawi “Tiada Tajuk” terdiri daripada Joey Daud, Along Cham , Hazama dan Amira Othman. Filem ini turut dibantu oleh pelakong pembantu yang hebat-hebat orangnya.

Hadiah bagi pemenang yang dapat memberikan tajuk-tajuk terbaik untuk filem ini ialah pakej pelancongan umrah, pakej pelancongan ke Australia, motosikal Yamaha Y15(YSuku) dan juga Perodua Bezza.

Tiada Tajuk Filem Pertama Mawi

Hadiah-hadiah ini merupakan daripada syarikat milik Mawi World Entertainment dan bukannya daripada mana-mana tajaan.

“Menerusi peraduan ini kami mahu penonton memberikan tajuk filem dan tagline yang bersesuaian dengan jalan cerita filem ini dan memikat hati juri.”

Asmawi Ani

Untuk membaca ulasan dari mStar disini

Review Movie Paskal disini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.