Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

October 27, 2021 by No Comments

Para pelanggan dah mula merentas negeri dan dine in di kedai makan, jadi usahawan boleh merancakkan semula aktiviti perniagaan dengan mengikuti tips menarik pelanggan ke kedai makan! Memang ia adalah khabar gembira buat semua tidak kiralah pelanggan atau usahawan itu sendiri.

Jangan risau! Dalam posting kali ini, Cik Min akan kongsikan beberapa tips bermanfaat yang dapat memikat hati pelanggan datang ke kedai makan usahawan. Tips yang Cik Min kongsi ini berdasarkan maklumat yang Cik Min dapat daripada laman Instagram Lunaworks.co.

6 Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

Usahawan boleh menggunakan tips berguna ini bagi memastikan lebih ramai lagi pelanggan datang ke kedai makan. Dengan ini, masalah seperti perniagaan menjadi slow kerana kekurangan pelanggan dapat diatasi. Cik Min tahu serba-sedikit ada juga kerisauan dalam kalangan usahawan mengenai bilangan pelanggan yang semakin berkurangan disebabkan oleh pandemik Covid-19 yang melanda negara kita sejak tahun lepas.

Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

1. Servis yang Cekap

Bercakap mengenai servis, ini merupakan aspek pertama yang perlu usahawan highlightkan untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai makan. Ramai pelanggan di luar sana lebih suka kedai makan yang menyediakan servis layanan yang cepat dan cekap. Misalnya, apabila pelanggan order makanan, mereka tidak perlu menunggu dalam tempoh yang lama untuk makanan sampai.

Selain itu juga, Cik Min rasa kedai makan usahawan perlu lebih mesra pelanggan. Para pekerja perlu dilatih untuk sentiasa senyum dan ramah melayani pelanggan. Ini juga dapat menarik ramai pelanggan ke kedai makan usahawan.

Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

2. Makanan yang Enak dan Kualiti Sentiasa Dijaga

Tips yang seterusnya ini juga perlu diambil berat oleh usahawan. Kedai makan yang dipenuhi ramai orang kebiasaannya adalah kerana makanan yang dijual sedap dan enak. Penggunaan bahan dalam resipi masakan perlu segar dan berkualiti agar dapat memikat hati lebih ramai pelanggan.

Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

3. Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan – Harga yang Berpatutan

Pendapat Cik Min sebagai pelanggan, seseorang usahawan perlu tetapkan harga yang berpatutan bagi makanan yang dijual. Harga tersebut perlulah tidak terlalu mahal sehingga pelanggan tidak mampu membelinya. Berdasarkan pengalaman, makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan memang dapat menarik ramai pelanggan!

Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

4. Premis dalam Keadaan yang Bersih

Sebagai seorang usahawan, anda perlu memastikan premis perniagaan sentiasa berada dalam keadaan bersih, tidak kira ketika waktu perniagaan atau selepas tamat waktu perniagaan. Hal ini kerana, premis yang bersih, kemas dan teratur dapat menarik lagi ramai pelanggan untuk datang di samping menunjukkan etika berniaga yang baik.

Cik Min selalu pergi premis yang bersih di luar, tetapi bila ke tandasnya, Subhanallah, teruk! Jadi, sebab itulah kebersihan premis perlu diutamakan oleh usahawan.

5. Kongsikan Testimoni daripada Pelanggan Terdahulu

Mungkin tak ramai usahawan yang lakukan perkara ini, namun ia dapat membantu menarik lebih ramai lagi pelanggan ke kedai makan usahawan. Usahawan perlu berkongsi testimoni bergambar atau review daripada pelanggan terdahulu yang makan di kedai menerusi pelbagai platform media sosial seperti Instagram, Twitter dan Facebook.

Pelanggan-pelanggan yang hadir ke kedai makan usahawan sebenarnya boleh menjadi duta kecil yang boleh promosikan kedai makan usahawan. Dengan ini, pelanggan yang berminat dengan kedai makan usahawan tersebut dapat mengetahui testimoni yang positif dan menarik. Berkongsi testimoni pelanggan kepada pelanggan lain merupakan salah satu tips menarik pelanggan ke kedai makan.

Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan

6. Buat Promosi untuk Lunch dan Dinner

Usahawan boleh mengambil langkah untuk melakukan promosi jualan makanan pada waktu lunch dan dinner. Hal ini kerana, pada waktu berkenaan merupakan waktu puncak dan orang ramai akan berada di kedai makan.

Mengapakah Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan penting?

Tips yang telah Cik Min senaraikan di atas sebenarnya amat penting dalam membantu para usahawan meningkatkan jualan di kedai makan. Kita semua tahu pendapatan usahawan perniagaan kedai makan juga terjejas ketika musim pandemik ini.

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Tips Menarik Pelanggan ke Kedai Makan kali ini. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan. Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.