Review Filem Kron

September 2, 2019 by No Comments

Review Filem Kron – Mati Tetap Mati, Hajat Tidak Tercapai adalah tagline filem ini. Apabila mendapat jemputan untuk menghadiri preview Filem KRON, saya tertanya tanya apa itu KRON?

Tidak ramai penerbit filem yang mampu untuk menerbitkan filem berunsurkan fiksyen yang kebiasaannya menelan belanja yang besar untuk menghidupkan suasana filem dengan menggunakan teknologi terkini dan kesan khas yang sesuai.

Dengan kekangan modal dan bajet yang minimum Opy Global Pictures mengambil inisiatif untuk menerbitkan filem KRON arahan oleh Opie Zami yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Ogos 2019.

Menurut Opie, beliau telah mendapat kerjasama pihak Muzium di Kedah dalam penghasilan filem ini. Penggambaran filem KRON ini telah telah mengambil masa 28 hari di Baling Kedah dan Kuala Langat pada tahun 2017.

Oleh kerana masih tidak berpuas hati dengan hasil filemnya, ianya terpaksa di lakukan semula beberapa babak tertutamnya dalam teknologi CGI

SINOPSIS FILEM KRON

REVIEW FILEM KRON – SINOPSIS

Filem Kron mengisahkan Profesor Daud (Aman Graseka) seorang pengkaji sejarah di sebuah muzium di Kedah dan pembantunya Sham (Zahiril Adzim) mahu melakukan pengembaraan menjejaki laluan Raja Siam untuk membawa bunga emas ke negaranya.

Namun begitu dia tidak mendapat kebenaran daripada pihak atasannya kerana khuatir dengan bahaya yang menimpa. Walau bagaimanapun seorang ahli perniagaan bernama Melur Seri (Dayana Roza) telah membantu merealisasikan pengembaraan tersebut.

Pada mulanya, perjalanan mereka berjalan dengan lancar mengikut laluan bersejaran itu. Namun dipertengahan perjalanan, mereka telah diganggu oleh makhluk misteri iaitu KRON.

REVIEW FILEM KRON – BARISAN PELAKON

Dayana Roza sebagai Suri memang comel dan cantik melakonkan watak usahawanita dan juga keturunan ketujuh Suri. Sementara Zahiril Adzim memainkan watak Sham iaitu pembantu Profesor Daud.

Apa kata Zahiril tentang review filem Kron ini disini.

Aman Graseka, sebuah nama hebat didalam industri perfileman negara ini memainkan watak sebagai Profesor Daud. Ellie Suriati menjadi Bonda Iring dimana beliau adalah diantara rombongan yang membawa bunga emas ufti dari kerajaan Kedah ke Siam.

Ruminah Sidek menjadi watak nenek Suri yang keluar di awal filem juga agak menyeramkan wataknya.

Peristiwa Aneh dan Pelik

Memang banyak peristiwa aneh dan pelik yang berlaku didalam filem ini. Namanya pun filem fiksyen kan. The sky is the limit jadi pengarah bereksplorasi mengikut imaginasi dan sebagai penonton, kita menghargai usaha ini.

Dimaklumkan hampir 60% daripada usaha menyiapkan filem ini disiapkan melalui kesan efek CGI. Dan bajet yang diletakkan untuk CGI ini juga tidaklah tinggi seperti filem luar negara.

Untuk tujuan review filem Kron, LunaStory bersetuju bahawa Opie Zami telah menyahut cabaran ini dengan baik. Hasilnya cukup cantik dan boleh dibanggakan.

Kami Suka

Secara personal, saya suka usaha dan komitmen Opie Zami sebagai pengarah mahupun sebagai pelakon iaitu Ketoi. Ianya cukup memberikan kesan suspens dan tertanya-tanya kepada penonton.

Filem tidak relaks dan santai namun seandainya ia menimbulkan tanda tanya ia lebih baik kan?

Mantera oleh orang asli keturunan Ketoi juga sangat indah bahasanya. Sayang saya tidak dapat merakamnya atau mencatitnya biarpun Yeop Hitler beritahu ianya tiada makna apa-apa dan sekadar ciptaan sahaja.

Cadangan LunaStory

KRON merupakan nama makhluk yang mengganggu manusia keturunan Suri dan orang asli (Ketoi). Sekiranya ia dinamakan dengan nama nusantara ianya lebih ‘kena’ dengan masyarakat kita. Namun ia adalah sekadar cadangan sahaja.

LunaStory mengharapkan lebih banyak filem Malaysia berani menampilkan kesan khas seperti filem Kron ini.


NOTA PRODUKSI

FILEM TERBITAN - OPY GLOBAL PICTURES SDN BHD
PENGARAH - OPIE ZAMI
PENERBIT - ZAINUDIN BAHARI
PENERBIT EKSEKUTIF - AMIR ZAINUDIN
PENYUNTING - MOHAMED SUFIANDIN
PENULIS SKRIP - M.HITLER ZAMI / OPIE ZAMI
GUBAHAN MUZIK - OPIE ZAMI
PEREKA KOSTUM - ZUBAIDAH SUAL
PENGARAH CASTING - ABDUL MUTALIF ABU BAKAR

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.