Doorgift Biskut Kelapa Perak | Shahrinie PeDAS

April 14, 2020 by No Comments

Artikel “Doorgift Biskut Kelapa Perak | Shahrinie PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Niat di hati hendak menyediakan cenderahati berupa snek untuk tetamu bawa pulang bersama. Bukannya apa, jauh mereka datang untuk meraikan bersama hari kebesaran yang anda dan keluarga kecil anda anjurkan. Mudah-mudahan snek tersebut dapat mengalas perut tetamu yang kembali lapar semasa di dalam perjalanan pulang ke tempat masing-masing selesai sahaja majlis yang berlangsung.

Selain daripada bahulu, apa lagi idea snek dan kuih yang anda boleh sediakan untuk para tetamu anda? Pembekal kuih untuk door gift rata-ratanya sudah celik dengan perkembangan semasa untuk memberikan servis yang terbaik, memuaskan dan memahami keadaan masa kini seperti packaging yang menawan, isi yang banyak dan sedap serta pantas.

Berpengalaman selama 20 tahun di dalam industri pembuatan kuih dan roti berasaskan kelapa, usahawan ini bersedia untuk memberikan khidmat yang terbaik di dalam penyediaan door gift untuk hari bahagia anda!

Doorgift Biskut Kelapa Perak

Doorgift Biskut Kelapa Perak-3

Produk-produk di bawah jenama Shahrinie Food Industries diperbuat daripada tepung yang dibuat sendiri. Selain daripada itu, produk paling popular keluaran Shahrinie seperti biskut kelapa diperbuat daripada kelapa parut yang masih ada santan! Patutlah terasa lemak dan sedap biskut tradisi ini.

Kelapa segar dari ladang digunakan di dalam pembuatan biskut kelapa legend

Harga dan pakej doorgift yang disediakan oleh Shahrinie Food Industries:

Mereka mampu menyediakan tempahan di dalam kuantiti yang besar dengan berkat usaha dan pengalaman selama dua dekad.


Nak cuba tak produk biskut kelapa legend Shahrinie ini? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk ini:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:

Lot 342, Kg. Enggor, Jln. Kuala Kangsar, 33600, Karai, Perak Darul Ridzuan

Ada yang nak belajar cara membuat roti kering di rumah? Baca artikel seterusnya di sini ya!

Entri ketiga|| Resepi Roti Kering Homemade | Shahrinie PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.