Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjong:PeDAS

March 25, 2020 by No Comments

Artikel “Resepi Biskut Kelapa Legend | Rasso Tanjong:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Semasa artikel ini ditulis, umat Islam seluruh dunia bakal menyambut bulan mulia bulan Ramadan. Menyusuri selepas bulan tersebut adalah bulan kesyukuran bulan Syawal. Kanak-kanak di Malaysia yang paling seronok untuk beraya pada bulan Syawal nanti dengan adanya pelbagai juadah kuih-muih berwarna warni dan sedap, tetapi jarang jumpa pada hari biasa.

Bagi pembuat biskut dan kuih-muih yang ‘diamanatkan’ oleh keluarga untuk ‘bertugas’, bulan puasalah yang paling sibuk. Kadang-kadang, resepi dah siap simpan dimana-mana sebagai rujukan semasa hari kejadian biskut dibuat nanti.

Biskut kelapa adalah antara biskut yang banyak dibuat kerana ramai yang mengaitkan biskut ini dengan kenangan zaman silam. Orang dulu-dulu banyak menghidangkannya pada hari raya dan resepi yang digunakan dikatakan resepi urun-temurun.

Jadi, bagaimana nak mendapatkan rasa biskut kelapa yang legendary penuh tekstur dan berlemak ini? Penulisan LunaStory hanya berkisar tentang tips penting setiap resepi yang dikongsi oleh berlainan sumber.

Resepi Biskut Kelapa Legend

Rata-rata resepi biskut ini mencadangkan untuk menggunakan pelbagai jenis tepung untuk mendapatkan rasa unik biskut kelapa.

Youtube dan Homepage (2 jenis tepung): daridapur.com

Resepi Biskut Kelapa Legend-1

Dengan jumlah sebanyak 60,676 tontonan, resepi ini menggunakan tepung ubi dan tepung gandum. Tips penting untuk menaikkan rasa ikonik biskut kelapa adalah dengan menyangai tepung-tepung tadi sehingga terasa sedikit kering, Tujuannya supaya bahan-bahan tadi tiada lembapan dan kering bagi tujuan penyimpanan dalam satu tempoh yang lama dengan lebih baik disamping untuk membangkitkan bau unik biskut ini.

Resepi 3 jenis tepung

Resepi yang menggunakan 3 jenis tepung selalunya menggunakan tepung ubi, tepung gandum dan tepung kastard. Resepi ini antara yang popular di internet.

Resepi paling simple 1 jenis tepung

Yang ini…lebih kepada versi sihat? Hahaha. Resepi asal di dalam bahasa Inggeris. Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • Tepung penaik (1 cawan)
  • Kelapa parut (1 cawan) – Cik Lis rasa perlu disangai dahulu seperti kebiasaan resepi yang lain bagi mendapatkan rasa biskut kelapa a la kita.
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan butter yang dicairkan

Cara penyediaan pun sangat mudah. Setelah digaulkan hanya perlu dibakar dengan suhu 180 °C selama 12 minit bagi setiap batch biskut.

*sesuaiuntukorangbujangmalasnakbuatyanglecehasaladakotttthahahaha

Kredit untuk sumber rujukan:

  • Youtube: Daridapur.com – Resepi Biskut Kelapa Untuk Koleksi Biskut Raya (16 Februari 2018)
  • bestrecipes.com.au – Coconut Biscuits by Bernice

Ada satu lagi jenis biskut menggamit kenangan silam, tetapi mungkin ramai yang tidak tahu akan kewujudannya. Biskut lutut adalah sejenis biskut yang terkenal dengan kekerasannya. Biasanya, ia dimakan dengan minuman panas seperti kopi-o atau teh. Bila ia dicicah, teksturnya yang keras menjadi lembut kerana daya serap airnya sangat tinggi.

Nak cuba tak biskut lutut ini? Ataupun, nak cuba kembali ke zaman membesar dengan biskut yang jarang jumpa di bandar-bandar besar? Layari laman-laman ini untuk mengikuti perkembangan dan promosi-promosi semasa dari produk Rasso Tanjong, produk usahawan PeDAS:

Facebook|Instagram|WhatsApp

Ataupun, kalau nak cuba sampel atau beli terus dari HQ, alamatnya di sini:

Kedai Bukit Rasso Tanjong, B3, Bengkel Mara Sri Kendong, 71350, Kota, Negeri Sembilan

*Rasso Tanjong juga ada mengeluarkan produk biskut kelapa dari resepi turun-temurun.

Resepi Biskut Kelapa Legend-2

Sekian sahaja dari Cik Lis untuk edisi pengenalan usahawan PeDAS Rasso Tanjong. Jumpa lagi di siri lain pula ya!

Anda boleh membaca profil penuh usahawan ini di sini:

Entri pertama|| Biskut Lutut Rasso Tanjong | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.