Diet Sihat Tanpa Gula, Baik Untuk Anda!

June 20, 2022 by No Comments

Diet sihat tanpa gula? Maksudnya, tak perlu ambil gula langsung? Sihat ke macam tu? Tak dapat makan dessert lagi ke? Ish, habis la nanti rasa tawar je semua makanan atau minuman… Dah la kebanyakan makanan dan minuman zaman sekarang ni pun, memang gunakan gula. Jadi, kalau nak diet secara sihat dengan cara tidak menolak penggunaan gula, boleh ke?

Haaa, susahkan kalau perkara yang melibatkan gula ni? Anda susah hati ke tu? Perlukan bantuan atau jawapan? Tenang dahulu, sebab Perkongsian Cik Min pada kali ini tentang ‘diet sihat tanpa gula’ pasti akan membantu anda. Jom baca!

Apa Itu Diet Sihat Tanpa Gula?

Diet Sihat Tanpa Gula
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Maksud ayat ‘tanpa gula’ ni, jika difahamkan, ia seperti menolak pengambilan gula secara terus dalam pemakanan seharian. Tapi sebenarnya, tubuh badan masih memerlukan gula sebagai sumber tenaga tauuu…

Untuk pengetahuan anda, pengambilan gula dalam pemakanan amat penting. Namun, pengambilan gula secara berkurangan atau berlebihan boleh mendatangkan risiko tersendiri. Kalau nak tahu tahap serious terlebih atau terkurangnya pengambilan gula ni, boleh teruskan membaca. Cik Min dah siap listkan!

Risiko Pengambilan Gula Secara Berlebihan

Cik Min yakin ramai yang dah tahu risiko pengambilan gula secara berlebihan ni, tapi Cik Min tetap nak kongsikan juga antara risiko yang bakal dihadapi oleh anda. Tapi jangan takut, sebab Cik Min bukan nak takutkan anda ya! Namun, Cik Min nak anda jadikan ia sebagai ilmu tambahan.

Antara risiko yang akan anda hadapi jika ambil gula berlebihan adalah:

📍 Obesiti
📍 Diabetes
📍 Penyakit jantung
📍 Peningkatan keradangan
📍 Kolesterol tinggi
📍 Tekanan darah tinggi

Risiko Tidak Mengambil Gula Dalam Pemakanan 

“Kalau tak ambil gula langsung, okay ke Cik Min?”

Semestinya tak okay! Mana boleh tak ambil gula langsung… Nanti lain pula jadinya! Tak percaya? Okay, mari sini Cik Min kongsikan sekali risiko yang akan anda hadapi jika tidak mengambil gula langsung. Anda kena alert tau! 

Antara risiko yang akan dihadapi:

📍 Gula darah rendah
📍 Kekurangan tenaga
📍Menurunkan kecerdasan otak
📍 Mengganggu fungsi sistem saraf

Jadi, anda jangan pernah berniat untuk tidak mengambil gula langsung ya! Risiko yang Cik Min beritahu ni juga boleh menjadi lebih teruk dari semasa ke semasa jika tidak dirawat.

Tips Mulakan Diet Sihat Tanpa Gula

Anda ingin memulakan diet secara sihat dengan cara tidak mengambil gula, untuk menjaga kesihatan? Atau mungkin anda ingin mulakan diet sihat dengan mengurangkan atau tidak mengambil gula kerana sedang mengalami risiko-risiko penyakit yang Cik Min ceritakan di atas tadi?

Baiklah, mari Cik Min nak kongsikan sedikit tips untuk anda ikuti jika ingin memulakan diet sihat dengan cara tidak mengambil gula.

1) Cuba beransur-ansur

Anda mungkin perlu mulakan dengan kurangkan pengambilan gula, sedikit demi sedikit sebagai langkah awal sehingga anda berjaya untuk tidak mengambil gula secara berlebihan.

2) Potong sumber yang jelas

Apa yang pasti, anda hanya perlu mendisiplinkan diri untuk mengurangkan pengambilan ‘gula semula jadi’. Gula semula jadi ini selalunya padat dengan nutrien, dan tinggi serat.

3) Mula membaca label makanan

Terdapat gula tersembunyi yang anda perlu ketahui apabila membeli sesuatu makanan atau minuman. Jadi, pastikan senarai ramuan pada produk makanan dan minuman tu dibaca dengan teliti.

4) Ketahui kod nama untuk gula

Kebiasaannya, gula mempunyai nama lain atau nama tambahan. Jika anda menjumpai bahan yang berakhir dengan ‘-ose‘, ia memang merupakan sejenis pemanis atau gula.

5) Jangan minum sembarangan

Elakkanlah beberapa jenis minuman yang tinggi gula dijual di pasar raya seperti:

✅ Soda
✅ Minuman buah-buahan 
✅ Minuman berperisa coklat, kopi dan sebagainya

7) Pilih makanan atau minuman versi tanpa gula

Kebiasaannya, sesetengah makanan atau minuman yang dijual, akan dilabel sebagai ‘tanpa gula’. Tetapi, anda tetap perlu peka dengan senarai yang ada pada label tersebut, kerana berkemungkinan besar terdapat juga gula dalam bentuk lain yang dicampurkan.

8) Tambah lagi rasa tanpa tambah gula

Ketika berdiet sihat tanpa gula, anda boleh cuba menggunakan bahan semula jadi seperti rempah, herba dan sebagainya untuk menambahkan rasa dalam makanan atau minuman.

9) Pastikan anda mendapat nutrien yang mencukupi daripada sumber lain

Jika anda mengamalkan diet sihat yang tidak mengambil gula, semestinya nutrien daripada sumber makanan yang lain adalah penting! Misalnya, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Info Tepat | Diet Sihat Tanpa Gula

Diet Sihat Tanpa Gula
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Malas nak fikir atau cari menu diet yang sihat dengan tidak perlu mengambil gula? Jangan risau… Mari Cik Min beritahu satu rahsia yang selama ni Cik Min simpan sendiri untuk turunkan berat badan.

Untuk pengetahuan anda, EATSLIM LIFESTYLE merupakan salah satu brand yang menyediakan makanan, menu dan juga resipi berkaitan diet Keto, buat mereka yang ingin mencuba diet secara sihat dengan cara tidak mengambil gula! Anda juga boleh dapatkan info berkaitan melalui:

1) Website EATSLIM LIFESTYLE;

2) Klik link Linktr.ee ini untuk option yang lebih luas. 

Resipi | Diet Sihat Tanpa Gula

Diet Sihat Tanpa Gula
Sumber: Instagram EATSLIM LIFESTYLE

Kalau anda layari website EATLIM LIFESTYLE, ada akan dapati terdapat banyak resipi menarik yang dikongsikan! Paling penting, kesemua resipi yang dikongsikan itu adalah makanan diet yang mengikut selera dan citarasa rakyat Malaysia. 

Tambahan lagi, menu EATSLIM LIFESTYLE memang tidak mengandungi gula! Sesuai sangat untuk anda yang sedang atau baru nak mulakan amalan diet sihat tanpa mengambil gula. Jadi, inilah antara resipi yang turut dikongsikan:

◾ Chocolate moist cake
◾ Pulut Panggang
◾ Jenahak bakar cicah air asam
◾ Kuey teow udang
◾ Cincau susu lemak manis keto
◾ Coconut shake

Cara Penyediaan Makanan Diet Sihat Tanpa Gula

Sebelum mengakhiri posting kali ini, Cik Min nak anda tonton video di bawah tentang cara penyediaan menu diet Keto, daripada pengusaha EATSLIM LIFESTYLE yang dikenali sebagai Puan Adda Uwais (AU)

Menu : Ayam Bakar Thai

Menarik kan perkongsian Cik Min kali ni? Mesti anda pun dah mula teruja untuk mengamalkan diet secara sihat dengan tidak mengambil gula kan? Ya, betul… Mula-mula memang sukar, tapi kemudian, pasti anda akan terbiasa juga. 

Bak kata pepatah, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit! Usaha yang perlahan, pasti membuahkan hasil yang lumayan. Yang penting, niat dan usaha anda bergerak seiring. Cik Min doakan semoga perjalanan diet sihat tanpa gula anda dipermudahkan ya!

Setakat ini sahaja perkongsian Cik Min pada kali ini tentang, “Diet Sihat Tanpa Gula”. Jumpa lagi di postingan seterusnya ya! Untuk lebih banyak artikel yang menarik, anda boleh layari portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.