Jenama Tudung Raya yang Mampu Milik

March 29, 2024 by No Comments

Trend fesyen terkini semakin berkembang di seluruh pelusuk dunia. Bak cendawan tumbuh selepas hujan, setiap jenama tudung mengeluarkan design yang berlainan dengan harga yang berpatutan. Golongan wanita semua sudah ada ke belum tudung raya? Kalau belum, baca artikel Cik Luna ini sampai habis ya!

Di bawah ini, Cik Luna senaraikan 5 jenama tudung raya yang mampu milik untuk puan semua tengok mana yang berkenan di hati :

1. Tudung Ruffle | Jenama Tudung Raya

Tudung Ruffle ini pernah menjadi fenomena berkenaan founder yang begitu cantik. Founder Tudung Ruffle ini dipanggil sebagai Nonones. Jenama tudung ini banyak mengeluarkan desig yang cantik serta kualitinya juga sangat bagus. Bagi harganya pula, ia bermula dari RM29.

Sumber : Tudung Ruffle

2. Shawlpublika

Nama Shawlpublika ini mesti puan semua ingatkan mereka hanya menjual shawl sahaja kan? Sebenarnya, mereka juga menjual baju kurung, tudung bawal, shopping bag dan lain-lain! Design tudungnya pula setiap keluaran memang menjadi rebutan ramai kerana mudah dibentuk, harga juga bermula dari RM29 dan yang paling penting pattern tudungnya memang cantik seperti gambar di bawah.

Jenama tudung raya
Sumber : Shawlpublika

3. Euniescarves

Ada yang belum pernah dengar lagi nama Euniescarves ini, betul? Cik Luna saje lah nak bagitahu yang Cik Luna dah ada banyak koleksi tudung dari Euniescarves tau! Jenama ini menjual tudung bawal dengan batu-batu yang bercorak cantik seperti bentuk love, rama-rama dan bermacam jenis lagi! Selain itu, mereka juga mempunyai keluaran printed bawal.

Sumber : Euniescarves

4. Cakenis | Jenama Tudung Raya

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan aktres tanah air yang mempunyai raut wajah yang begitu cantik iaitu Hanis Zalikha! Beliaulah yang membawa fenomena shawl keknis dulu tau sehingga Cik Luna ada setiap warna shawl keknis itu. Sekarang, beliau telah mempunyai jenama sendiri iaitu Cakenis! Cakenis menjual pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung sehingga ke beg tangan.

Jenama tudung raya
Sumber : Cakenis

5. Waarna

Waarna terkenal dengan material tudungnya iaitu satin matte. Jenama ini mengeluarkan tudung jenis bawal serta shawl. Cik Luna memang masukkan Waarna ini sebagai favourite juga ya sebab Cik Luna sendiri dah ada 2 koleksinya! Memang selesa dan mudah dibentuk. Harganya pula bermula dari RM49 dan packagingnya juga memang cantik sehinggakan sayang betul nak buang kotaknya!

Sumber : Waarna

Sampai sini sahaja perkongsian dari Cik Luna ya. Puan-puan semua bolehlah check jenama mana satu yang menambat hati untuk dipakai raya nanti! Jangan lupa share OOTD di laman media sosial masing-masing ya!

Setakat ini sahaja perkongsian dari Cik Luna dalam artikel ini. Sekiranya anda mahukan artikel-artikel yang lebih banyak daripada kami, anda boleh layari laman portal Lunastory.


Penafian: Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.