Aafiyat Group Melalui Penjenamaan Baharu – Aafiyat Holdings Sdn. Bhd.

November 17, 2021 by No Comments

Baru-baru ini, Aafiyat Group telah melancarkan penjenamaan baharu identiti korporatnya kepada Aafiyat yang bernaung di bawah Aafiyat Holdings Sdn. Bhd.

Sebelum ini, syarikat yang terkenal dengan jualan produk minyak zaitun jenama Olive House ini berada di bawah OHR Marketing Sdn. Bhd., iaitu salah satu anak syarikat Aafiyat Group.

Latar Belakang Aafiyat Group

Menurut presiden kumpulan tersebut iaitu Aidil Azwal Zainudin, pelancaran penjenamaan semula identiti korporat baharu Aafiyat itu menandakan satu lagi pencapaian kejayaan mereka setelah ditubuhkan sedekad yang lalu, iaitu pada 14 November 2011.

Aafiyat Group
Aidil Azwal (kanan) di majlis pelancaran ibu pejabat baharu Aafiyat Group di Alor Setar. – Sumber: Kosmo!

Presiden kumpulan ini turut merasmikan ibu pejabat korporat terbaharunya di Kompleks Perniagaan Ampang, Alor Setar, Kedah. Kompleks ini turut merangkumi 15 jabatan lain seperti kewangan, sumber manusia, pemasaran dan perhubungan korporat.

Meskipun begitu, ibu pejabat lama yang terletak di Taman Bandar Baru Mergong masih kekal beroperasi sebagai gudang utama dan juga menempatkan jabatan operasi.

Bagi sesiapa yang masih belum mengenali syarikat ini, Aafiyat Holdings Sdn. Bhd. telah mempunyai beberapa anak syarikat di bawah naungannya. Antaranya termasuklah:

  • OHR Marketing Sdn. Bhd.
  • Aafiyat Digital Sdn. Bhd.
  • Aafiyat Store Sdn. Bhd.
  • Aafiyat Academy
  • Dulce Media Sdn. Bhd.
  • Yayasan Jariah Aafiyat
Aafiyat Group

Hebat sekali, bukan?

Aafiyat Lifestyle

Pernah dengar tentang Aafiyat Lifestyle?

Jenama Aafiyat melambangkan kumpulan usahawan dinamik yang berusaha meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat melalui gaya hidup holistik berdasarkan nilai dari Al-Quran dan dijelaskan oleh sains.

Aidil Azwal Zainudin, Presiden Aafiyat Group

Rentetan itu, konsep Aafiyat Lifestyle ataupun Gaya Hidup Sihat Aafiyat telah diperkenalkan. Konsep ini diilhamkan daripada perkataan “Aafiyat” yang bermaksud kesejahteraan; yang merangkumi aspek kesihatan dalam kehidupan.

Sehubungan dengan itu, Olive House dan Aafiyat Synergy menjayakan misi konsep tersebut dengan menerapkan budaya pengambilan makanan semulajadi dan organik yang berkualiti tinggi serta terbukti secara saintifik. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.

Untuk pembacaan lebih lanjut, boleh klik di sini.

Top 3 Produk Bestseller Olive House – Aafiyat Group

Olivie Plus 30x (Minyak zaitun ‘extra virgin’)

Aafiyat Group

Diimport dari El-Borouj, Morocco Tinggi, minyak zaitun ini mempunyai nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan. Selain itu, produk ini telah mendapat pengiktirafan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU).

Tidak hairanlah produk ini menjadi salah satu top bestseller di Olive House!

Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan

Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan

Sehebat namanya, madu ini dihasilkan oleh lebah liar yang mengumpul nektar dari ribuan bunga (multiflora) di kawasan pergunungan Kyrgyzstan yang segar dan jauh dari pencemaran. Dengan kandungan sukrosa rendah dan kombinasi fruktosa dan glukosa yang tinggi, sudah pastinya madu asli ini menjadi pilihan ramai!

Minyak Habbatus Sauda

Minyak Habbatus Sauda

Tidak dapat disangkal lagi, habbatus sauda sesungguhnya mempunyai pelbagai khasiat untuk kegunaan sepanjang hayat. Minyak Habbatus Sauda Olive House yang diimport dari Izmir, Turki ini juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Nak minum pun mudah kerana rasanya yang unik dan tidak memeritkan tekak.

Kaum wanita sangat sesuai dan disarankan mengambil produk ini. Baca mengenai 13 Khasiat Minyak Habbatus sauda untuk Wanita Berkerjaya.

Aafiyat Group

Aafiyat Group juga telah berjaya membuktikan konsep Aafiyat Lifestyle yang dibawanya kepada masyarakat menerusi pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Nak Tahu Lebih Lanjut Mengenai Aafiyat Group?

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan info tentang Aafiyat Group, boleh klik link di bawah tau!

Website Aafiyat Group

Jika tuan puan berminat nak beli produk-produk keluaran syarikat ini, boleh dapatkan daripada ejen-ejen rasmi Olive House yang berdekatan. Kalau nak beli secara online pun boleh, klik sahaja link di bawah!

Website Aafiyat2U untuk pembelian produk Olive House

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.