Projek Batch#1 Telekung Wakaf untuk Jepun
Ianya bermula dengan pertemuan saya dengan Puan Emy Dahlia (mesra dipanggil Kek Mie) di Cafe My Story, Kota Kemuning diaturkan oleh sahabat Nasruna Rahmat.
Kek Mie berkongsi tentang pengalaman jatuh bangun bisnesnya sejak hampir 10 tahun yang lepas.
EDKL hari inimerupakan satu jenama yang sudah beberapa kali berurusan dengan Go Shop. Bukan main main jenama ini kan!
Yang paling menarik hati saya ialah koleksi Telekung yang Emy Dahlia Kuala Lumpur (EDKL) ada.
Semuanya dari material yang baik dan tukang jahitnya dipantau olehnya sendiri.
Kek Mie berkongsi cerita dengan kawan kawan ketika itu tentang tentang mahu buat Projek Telekung Wakaf di Malaysia.
Saya teliti mendengarnya sebab saya tak pernah terlibat dengan projek sebegini.
Antara perjuangan bisnes yang dikongsikan — katanya “Sue, kita berniaga bukan untuk diri kita seorang. Bayangkan wajah-wajah yang bergantung harap kepada pendapatan dari perniagaan kita ini. Jangan pernah putus asa”
Alahai Kek Mie, memang tak boleh tidur malamlah saya bila mengenangkan bagaimana agaknya Siti Khadijah (isteri Nabi Muhammad S.A.W) tabah berusaha, meniaga dan mengurus keluarga. Lagilah — keyakinan pada Tuhan tahap pertama.
Semuanya — dan tak tinggal apa diserahkan ke jalan menaikkan Islam.
Alahai Suraya — apa yang telah kau buat sampai hari ni. Macamtu lah bunyi-bunyi dalam hati sambil teringat trip Osaka Jepun yang tak lama lagi (kurang 2 minggu ketika itu).
Teringat kenangan semasa di Tokyo, pengalaman solat didataran. Dari rumah tidak bersedia apa-apa jadi apa adanya sahaja. Alhamdulillah.
Pagi sebelum tu hujan jadi baju hujan jadi alas dahi.
Pernah juga beberapa kali kami ke kedai makan yang mempunyai kemudahan surau (comel) tapi tiada telekung.
Disini semua orang solat terus sebab sudah menutup aurat.
Tapi agaknya orang Malaysia — mesti nak telekung juga hihi. Dah terbiasa kan?
Jika tiada telekung tu, kami solat sahaja terus. Kenapa tak bawa dari guesthouse?
Saya baru berjinak-jinak dengan dunia pentravelan dan selalu travel light — dalam masa yang sama sering terlupa bajet macam di Malaysia. Terutama ketika awal-awal travel ke Jepun dahulu.
Sekarang bila dah berkali-kali kesana (sahaja), semakin hafal apa yang perlu disedia.
Namun saya percaya, kebanyakan traveller atau pelancong mungkin pertama kali disini. Dan pastinya kemudahan telekung yang disediakan sangat membantu sebab tak perlu bawa beliau (telekung) dalam beg berjalan-jalan seharian kan?
Terus saya hubungi Kek Mie dan beritahu “Biar Sue bawa Emy Dahlia (EDKL) ke Osaka!”
Tempat kami akan tinggal disana (Osaka) tidak jauh dari Masjid Central of Osaka.
Kek Mie terus atur tukang jahit untuk menyediakannya dan memberikan harga istimewa untuk pewakaf.
Lalu bermulalah batch pertama Projek Telekung Wakaf Traveluna.
Untuk batch pertama ini, saya bawa 25 helai dahulu. Tudung Mudah Solat ini dari jenis kain berat iaitu lycra jadi ianya memerlukan ketabahan kerana saya akan pergi seorang (maksudnya tanpa encik suami).
Perjalanan dari airport menuju ke guesthouse kami tidak dekat (hampir 11 ribu langkah dalam 9km)
Kawan-kawan dalam trip yang sama turut membantu Cik Sue membawa beg ditangan, hadapan dan belakang.
Kami tiba ke guesthouse sewaktu hari hampir gelap. Berehat sebentar sebelum berkunjung ke Masjid Osaka yang berada dalam jarak jalan kaki sahaja.
Ini adalah Masjid Osaka yang baru sahaja didirikan khabarnya oleh orang Islam Pakistan yang menetap di kawasan sekitar.
Memang terdapat beberapa buah kedai runcit dan makan Halal dari Pakistan disini. Kadangkala melihat mereka berbual dalam bahasa Jepun biarpun sesama mereka dari satu negara.
Selepas kewujudan masjid ini, barulah Moosa Muslim Guesthouse yang kami duduki mula ditubuhkan oleh pemiliknya bagi membantu umat Islam yang berkunjung ke Osaka untuk tinggal di kawasan yang mudah mendapatkan makanan halal dan dekat dengan masjid.
Masjid disana kecil tak seperti masjid (dan tak terbanding pun dengan surau kita).
Ianya dalam shoplot dan tak ada kubah.
Ada karpet dan sentiasa dalam keadaan yang bersih pastinya.
Nanti saya sambung cerita tentang masjid ini ya.
Alhamdulillah, 25 helai telekung wakaf ini semuanya diwakafkan oleh rakan rakan dari FB dan kenalan yang sudah lama bersahabat.
Nampak macam mudah kan 25 kg sahaja tapi bila membahagi-bahagikannya dengan 17kg di bahagian belakang, 5 kg di hadapan dan 3 kg di tangan — baru tahu bagaimana rasanya.
Ini saya — memakai Tudung Mudah Solat EDKL ini. Ianya mempunyai dagu dan dari material berbeza untuk bahagian leher dan labuh.
Sejuk dan selesa.
Lega melihat kawan-kawan traveller dapat bersolat di masjid ini dengan telekung wakaf ini. Terdapat beberapa pasang telekung berwarna putih disini yang mungkin dibeli oleh pengurusan masjid ini.
Masjid-masjid disini boleh membeli telekung dari Japan Halal Association.
Sebanyak 8 helai Tudung Mudah Solat kami tinggalkan di sini semoga pahala dan kebaikannya berganda untuk individu yang telah menyertai projek ini.
Hari seterusnya, setiap kali keluar ke mana-mana, kami akan bawa telekung ini untuk ditinggalkan di kawasan yang tiada telekung atas niat — untuk memudahkan orang lain yang mengembara.
Membiasakan Muslimah lain untuk selesa labuh menutup ketika bersolat.
Kenangan di Osaka Station, dengar cerita ada prayer’s room baru dibuka disini. Haha bukan main lagi dengar cerita ya. Maksud saya, baca di Google.
Prayer’s room terletak di Ground Floor tapi kita kena naik tingkat 3 minta kebenaran untuk bersolat selama sekian-sekian minit yang dibenarkan.
Untuk kami bertujuh (ketika ini), kami diberikan 15 minit.
Kelam kabut dengan ruang yang muat 4 orang sekali solat (seperti dalam gambar – seorang sedang sujud), kami solat berganti-ganti.
Ruang solatnya memang bersih dan tiada telekung.
Bimbang pula mahu meninggalkan telekung wakaf disini. Jadi kami tidak tinggalkan telekung di stesen ini.
Mungkin lain kali, jika perlu tulis surat, saya akan lakukannya (lain kali) ya!
Ketika ini Zuhur masuk awal dalam pukul 11 am ++
Setiap hari tanpa jemu saya tumpang beg kawan-kawan sorang satu telekung untuk dihadiahkan kepada Muslimah disini. Dan kawan-kawan juga tanpa jemu membantu.
Ada terserempak dengan Muslimah Japan ketika kami mahu keluar dari prayer’s room di Osaka Station namun saya tak siapkan pula paper bag comel-comel sebagai hadiah.
Ah lainkali saya dah tahu apa yang perlu dilakukan bila bawa telekung wakaf.
Gambar dibawah ialah di Osaka Castle Garden.
Selepas menikmati makan tengahari dibawah pokok dengan daun autumn yang cun, kami menunaikan kewajipan.
Tudung Mudah Solat EDKL memang sentiasa dalam handbag beberapa orang kami untuk ditinggalkan di tempat yang memerlukan.
Alhamdulillah, ianya memudahkan.
Selepas meninggalkan lapan helai telekung di Masjid Osaka, beberapa hari terakhir sebelum pulang ke Malaysia, saya ke Japan Halal Association yang beribu pejabat di Osaka.
Masih ada berbaki 17 telekung, jadi 9 helai saya bawa ke sini.
Dalam gambar ialah Hind Hitomi yang merupakan Presiden untuk Japan Halal Organization (JHO) ini.
Ini facebook mereka https://www.facebook.com/nihonhalalkyokai/
Putih bersih wajahnya macam orang Jepun (memang orang Jepun pun). Terima kasih kerana menerima Tudung Mudah Solat EDKL disini.
Japan Halal Association selalu membeli telekung dan sejadah dari supplier dan kemudian apabila sebarang hotel atau restoren memerlukan telekung, mereka akan membeli dari persatuan ini.
Saya berikan demo bagaimana mudahnya memakai Tudung Mudah Solat EDKL hadiah dari kawan-kawan Muslim di Malaysia.
Orang akan bank in duit dan percaya begitu sahaja? Tanya nya.
Saya maklumkan, orang Malaysia dan Jepun pun bersaudara.
Mahu datang berdagang dan berdakwah, macam bukan kepakaran saya.
Namun menyampaikan rasa kasih sayang dari Malaysia ke Jepun (atau sebaliknya) — selagi daya, kita usaha.
Terima kasih kawan-kawan, kakak, abang, Dato’ yang menyumbang.
Terima kasih Hana yang menemani saya turun naik bas ke pejabat JHO ini.
9 helai telekung kami hadiahkan kepada Muslim.
Hind tanya lagi, Muslim Japanese atau any Muslim? Saya jawab — any Muslim.
Asalkan sampai kepada yang memerlukan untuk melakukan ibadah kan. Betul kan kawan kawan pewakaf?
Baki 8 helai lagi, 4 helai diwakafkan kepada Muslim Guesthouse Osaka.
Ini facebook guesthouse ini https://www.facebook.com/HalalTourJapan/
2 helai untuk tingkat 1 dan 2 helai untuk tingkat 3.
Setiap satu tingkat mempunyai lebih kurang 4 bilik.
Jadi kalau Muslimah datang menetap disini, ada telekung untuk mereka gunakan dan tak perlu bawa dari Malaysia.
Traveller selalu (mahu) bawa beg paling ringan waktu datang dan pulang.
Bestnya kalau segalanya (sudah) ada disini kan?
Berbaki 4 helai lagi, saya minta Kak Marlia (orang Malaysia menetap disana) untuk bawakan ke Hokkaido dan tinggalkan di surau yang memerlukan.
Pulang dari Hokkaido, beliau hantar gambar ini kepada saya. Katanya telekung ini diwakafkan di surau kedai makan Namba Station yang sangat sibuk dan seumpama Puduraya di Malaysia (dahulu Pudu paling sibuk tapi sekarang Hentian Bandar Tasik Selatan lagi sibukkan?)
Katanya dia dan suami sedang makan disitu dan pemilik kedai bertanya dimana dia boleh beli telekung untuk surau kedainya?
Lalu Kak Marlia teringat tentang Tudung Mudah Solat EDKL didalam beg kiriman adik comel mewakili pewakaf dari Malaysia haha.
Alhamdulillah, semua telekung wakaf batch pertama telahpun berada di tempat yang selamat.
InshaAllah mereka akan berkhidmat kepada penggunanya dan niat kita bersama untuk melihat Muslimah mudah beribadah di tanah yang bertuah ini dilancarkan Allah.
Terima kasih kepada semua penyumbang dan yang mengikuti perkongsian ini.
Allahuakbar.semoga Sue sentiasa dalam pandangan rahmat Allah.
Terima kasih Kek Mie beri peluang kepada penyumbang dan rakyat Jepun mahupun traveller merasa Tudung Mudah Solat EDKL
Baca tulisan ini buat mata berkaca. Bila hajat sama dapat disempurnakan walau jasad belum dapatssampaike sana.
Moga lebih ramai dapat tampil hulur bantu sama. Ia senantiasa usaha sama mencari kebaikan tanpa kenal siapa atau di mana.
Terima kasih juga sudi atur pertemuan dengan insan-insan haibat bawa kunjung cetus usaha ini di My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam ini.
.
Stori kebaikan Allah rahmati dan bantu ganti semua yang libat sama lipat kali ganda. Permudahkan urusan adinda kami cik Su senantiasa.
.
Terima kasih beri izin beri ruang sama berkongsi sungai pahala. Barakallah fiekum a’laih.
Abang Asrul dan Kak Rahimah, terima kasih selalu menyokong Sue dengan doa, tenaga, harta mahupun kata-kata. Semoga keluarga ini terus menerus dirahmati dan sentiasa tak putus dalam kasih sayang. Ameen.
Alhamdullillah. Bergenang airmata terharu membaca coretan Cik Sue. Bukan sebab gembira mewakafkan telekung tetapi terharu membayangkan kegigihan saudara ku Cik Sue mengagihkan telekung di bumi asing. Semoga Allah balas jasamu dengan keberkatan hidup dan teruskan usaha murni ini. Saya sentiasa menyokong.
Jika ingin memborong Telekung.. Boleh contact/ Whatsapp saya
0193127345