Pati Delima Organik Terbaik Dunia – Olive House

September 4, 2017 by 6 Comments

Siapa yang sedang mencari pati delima terbaik yang organik?

Saya pasti ramai ibu-ibu diluar sana terutama ibu hamil yang mencari pati delima terbaik di Malaysia (kalau boleh sluruh dunia) organik tanpa pengawet, tanpa pewarna, tanpa gula dan tanpa GMO (genetically modified).

Saya juga seperti anda!
Mengetahui kebaikan antioksidan yang tinggi didalam pati delima, saya mahu amalkannya untuk anak-anak dan seisi keluarga.

Bila mula berkenalan dengan pati delima terbaik di Malaysia iaitu keluaran Olive House ni, saya study tentang tempat asalnya. Ditanam dan dikilangkan di Az-Granata yang terletak di daerah Agsu, Azerbaijan.
Pati delima dari Az-Granata ini dieksport ke hampir 25 negara seluruh dunia.

Yang paling special bila Az-Granata hanya mengedarkan pati delima organik sahaja dan Olive House adalah wakil tunggal di Malaysia menyebabkan pati delima Olive House adalah pati delima terbaik Malaysia.

Tak ada jenama lain dah.

Pati delima organik tu apa?

  • Ianya adalah jus delima yang direbus menjadi pekat. 100% organik tanpa sebarang perasa, gula dan warna tambahan.
  • Sangat kaya dengan potassium yang memberikan kesan positif kepada jantung dan sistem kardiovaskular.
  • Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah anemia, darah tinggi mahupun masalah pada sistem urinary digalakkan mengambil pati delima Olive House. Ia dalam membantu meningkatkan jumlah hemoglobin dalam darah.

delima terbaik malaysia

Kebaikan pati delima terbaik Olive House

Kebaikan Pertama #1 Mengurangkan jerawat

Masa mula mula amalkan pati delima Olive House ni, saya nak perbaiki keadaan kulit.
Mudah sangat berjerawat dan mengetahui kebaikan lainnya, membuatkan hati rasa suka dan memberikan seisi keluarga pati delima Olive House.

Memang nampak pengurangan jururawat (jerawat) itu hihi. Selalunya mereka beramai-ramai keluar di wajah namun sejak amalkan pati delima organik sebagai minuman harian, jerawat di wajah semakin berkurangan.

Kalau nak kata menghilangkan terus, macam tiba-tiba pula kan.
Tapi saya percaya jika diamalkan, kita akan nampak kebaikannya.

Pati delima dari Az-Granata ini bersifat anti allergik dan dapat membantu mencantikkan kulit.

Manfaat Kedua #2 Merawat Anak Kecil dan Ibu Hamil

Kalau ibu-ibu muda ada anak kecil dirumah yang mula batuk dan selsema, ia mungkin tanda-tanda menuju ke arah demam dan athma. Bancuhkan sesudu pati delima bersama 200 ml air dan berikan anak minum sedikit-sedikit.

Ianya tidak manis namun ianya adalah yang terbaik. Manis masam buah.
Pati delima ni direbus bersama kulit dan bijinya. Nah! Memang takkan sama dengan hanya makan buah delima yang kita beli di pasaraya tu kan.

Bagi ibu hamil, pati delima ni membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan apabila pati delima di ambil setiap hari.
Ibu hamil juga kerap letih dan lesu kan?
Pati delima amalan setiap hari, memang membantu!

Dalam gambar di bawah ialah jus delima dan pati delima keluaran Olive House.

Jus delima organik tidak ditapis dengan menggunakan teknologi ‘direct extraction’ bagi mengelakkan penapisan tambahan dan meminimumkan kesan pempasturan.
Makna kata Az-Granata memang nak kita makan pati delima yang berkhasiat direct dari pokok di ladang Azerbaijan tu haaaa.

Oleh kerana itu, ianya kaya dengan kandungan vitamin dan mikro elemen serta memberikan rasa tajam dan masam semulajadi.

Jika beri ibu atau bapa kita yang sudah berusia minum pun bagus.
Kalau penghidap darah tinggi minum, mereka akan mula rasa ‘longgar leher’ selepas beberapa hari mengamalkan jus ataupun pati delima.

 

Khasiat Ketiga #3 Delima Olive House untuk Seisi Rumah

Jus delima Olive House ni kaya dengan kandungan tannin asid yang sangat baik untuk merawat cirit-birit(diarrhea) dan membantu menyembuhkan sakit tekak serta stomatitis. Ianya adalah keradangan membran mukus didalam mulut.

Kalau rasa dah mula sakit tekak, terus amalkan segelas jus delima atau bancuh pati delima ni.

Kalau ada masalah pencernaan, pengambilan pati delima setiap hari dapat membantu menormalkan saluran pencernaan. Cuba ya!
Memang mudah nak membuang air setiap hari.

Yang paling penting, jus delima organik ni mempunyai 15 asid amino yang terdiri daripada 6 asid amino yang tidak dihasilkan oleh badan.
Maksudnya memang kena minummmmmm.

Asyik cerita tentang buah delima yang tinggi antioksidan je. Apa benda antioksidan yang ada dalam jus dan pati delima terbaik yang diceritakan ni?

Kalau kita tahu dan ada ilmu tentangnya memang lain dengan saja saja makan kerana kawan kata bagus.
Saya dah rasai kebaikan dalam Pati Delima Olive House – pati delima terbaik Malaysia ni!

Yang pertama #1 Ellagitannins

Ianya adalah antioksidan yang hanya ada dalam buah delima.
Sangat baik untuk kesihatan jantung dan pembuluh darah.

Diusia lebih tiga puluhan ini, pati delima ni sangat membantu mengurangkan kolesterol, merendahkan tekanan darah dan mencegah ‘atherosclerosis’ iaitu pengumpulan lemak didalam arteri.

Kalau dah cuba, memang akan rasai kebaikan jus dan pati delima Olive House ni. Terasa ringannnnn aje badan.

Yang Kedua #2 Tannin Acid

Tannin Acid ialah antioksidan yang terdapat didalam buah delima yang memberi manfaat kepada imunisasi tubuh badan.

Ia membantu mencegah strok, serangan jantung dan juga anti kanser.

Mungkin ada insan yang dikenali yang memerlukan manfaat dari pati delima ini kan?

Yang ketiga #3 Anthocyanin

Ianya adalah antioksidan yang kaya dalam delima dan melindungi tiru-tidu daripada kerosakan oksidatif yang disebabkan oleh radikal bebas dan membantu mengurangkan inflamasi.

“Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan yang pelbagai dan kaya dalam delima mampu mengurangkan keradangan dan penebalan dinding arteri, mencegah strok dan memelihara kesihatan jantung”

Cara bancuh pati delima :
Sesudu pati delima campur dengan 200ml air.
Jangan tambah gula. Jika mahu tambah madu, boleh.

Jika suka sejuk, masukkan dalam peti ais ya.

Ibu menyusu yang nak tambah ilmu susu ibu boleh ke link ini

6 Replies to “Pati Delima Organik Terbaik Dunia – Olive House”

  1. Eve Ben says:

    Salam, di mana boleh saya dapatkan produk ni ya?

    1. Amar olive house says:

      Sy jual

      1. Sjaleha says:

        Sy nak bli.boleh ke dpt hari ni

  2. Google aje … nanti banyak keluar maklumat yang diperlukan

  3. (013) 445-0471 says:

    Saya baru beli td di MAHA MAEPS serdang. Ha

  4. Azmawida bt. Abdullah Azma says:

    Mcam mna ya cra nk minu. Jus delima ni utk tujuan naikkan hb

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.