Temerloh Catering – Pakar Hidangan Patin Tempoyak No. 1 di Malaysia

November 26, 2021 by No Comments

Ada sesiapa yang pernah berkunjung ke Restoran Temerloh Catering sebelum ini?

Bagi sesiapa yang menggemari hidangan patin tempoyak, restoran ini merupakan salah satu lokasi yang wajib dituju. Memang rugi kalau tak pergi!

Siapa Temerloh Catering?

Untuk pengetahuan semua, Temerloh Catering ialah sebuah restoran yang menawarkan menu masakan negeri Pahang. Lebih menarik lagi, restoran yang dikenali sebagai Restoran Temerloh Catering – PATINiers ini terkenal dengan hidangan utamanya yang berasaskan masakan ikan patin. Kalau anda semua nak tahu, hidangan patin tempoyak merupakan bestseller di sini.

“Kelazatan terasa hingga titisan tempoyak terakhir.”

– Restoran Temerloh Catering
Temerloh Catering
Patin Tempoyak

Bertepatan dengan slogannya, memang tak hairanlah hidangan patin tempoyak menjadi tarikan utama di sini. Tengok gambar pun dah terliur, kan?

Mengapa Temerloh Catering Menjadi Pilihan Ramai?

Sudah tentulah restoran ini menjadi pilihan ramai disebabkan oleh keunikan dan kelazatan rasa asli hidangan di sini, terutama ikan patinnya yang tiada tandingan. Selain daripada itu, mereka juga menawarkan menu lain seperti Baung Tempoyak dan Kerai Goreng. Kuih-muih juga terdapat di sini, termasuklah pencuci mulut yang popular di negeri Pahang, iaitu Puding Raja.

Puding Raja – pencuci mulut popular di negeri Pahang

Yang paling penting, harganya berpatutan dan tempat makannya juga bersih dan selesa. Kalau anda nak tahu, restoran ini juga berjaya mendapat rating 4.1/5 di Google Reviews.

Aneka Masakan Patin

Dengan tagline PATINiers, sudah tentunya restoran ini menawarkan aneka masakan patin kepada pengunjung. Dimaklumkan bahawa sebanyak 300 hingga 400 ekor patin dijual sehari dan semuanya diperoleh secara segar dari Temerloh, Pahang.

Disebabkan kepakaran mereka, hidangan ikan patin di sini juga mempunyai kelazatan rasa yang istimewa dan yang paling penting, ikannya tidak hanyir. Jadi, anda tidak perlu ragu-ragu untuk mencuba ikan patin di sini.

1. Patin Tempoyak

Temerloh Catering

Sebagai pakar hidangan Patin Tempoyak No. 1 di Malaysia, gulai masam patin tempoyak ini merupakan menu yang paling marvellous di sini. Rasa kuahnya yang seimbang dengan rasa masam tempoyak, pedas cili padi dan manis isi patinnya, memang terangkat! Sedar tak sedar, nasi pun dah bertambah 2 pinggan.

2. Pais Patin

Temerloh Catering

Pais patin ialah masakan menggunakan ikan patin yang dilumurkan dengan tempoyak, dan kemudiannya dibakar. Bagi yang belum pernah mencuba, anda wajib order menu ini apabila datang ke sini. Pergh, memang sedap!

3. Patin Asam Pedas

Temerloh Catering

Selalunya kalau asam pedas, kita lebih sinonim dengan asam pedas ikan pari, betul tak? Tapi, kalau nak tahu, asam pedas ikan patin pun sedap juga tau. Kalau tak percaya, cuba dahulu. Dijamin puas hati.

4. Patin Goreng

Temerloh Catering

Anda mungkin menyangka patin goreng ini biasa sahaja, kan? Masak di rumah pun boleh. Tapi, usah menilai dari luaran sahaja. Anda wajib datang ke sini dan rasai dahulu keenakannya. Digandingkan pula dengan nasi panas, ulam, dan sambal belacan, memang boleh tergugat iman.

Selepas melihat gambar kesemua patin ini, terus berkeroncong perut dibuatnya, betul tak? Rasa macam nak pergi sekarang juga, tapi di mana agaknya lokasi restoran ini?

Lokasi Restoran Temerloh Catering

Untuk pengetahuan semua, restoran ini terletak di Selangor dan memiliki enam cawangan termasuklah Bangi, Shah Alam dan Wangsa Maju. Baru-baru ini, restoran ini telah membuka cawangan ketujuhnya di Setia Alam.

Cawangan baharu Restoran Temerloh Catering di Eco Ardence, Setia Alam

Yang lebih istimewanya, cawangan Setia Alam ini juga bakal melancarkan drive-thru khas untuk para pelanggannya. Senanglah nak drive-thru Patin Tempoyak lepas ni!

Dalam majlis perasmian pembukaan cawangan tersebut, Pengarah Urusan Temerloh Catering Sdn. Bhd., Khairul Izwandy Abdul Jazam (dalam gambar) berkata, restoran ini bakal membuka tiga lagi cawangan baharu yang dijangka dibina di Putrajaya, Cyberjaya, Subang Jaya, Gombak atau Kuala Lumpur.

Hebat sungguh Temerloh Catering! Bagi usahawan kedai makan yang ingin mengetahui tips-tips bermanfaat untuk menarik pelanggan ke kedai makan, boleh baca di sini.

Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai restoran ini, boleh klik pautan di bawah ya.

Facebook

Instagram

Apa tunggu lagi? Jom warga Lembah Klang, kita dine-in di sini hujung minggu ini! Jangan lupa bawa sekali keluarga tercinta, barulah best makan sama-sama. Kalau nak bungkus pun boleh juga. Order sahaja di GrabFood, Foodpanda, ShopeeFood atau Maynuu.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.