Review Filem My Name is Loh Ki Wan

March 3, 2024 by No Comments

Cik Luna nak review filem My Name is Loh Ki Wan (2024) dari Korea Selatan yang baru sahaja ditayangkan pada 1 Mac 2024 di Netflix . Dilakonkan oleh Song Joong-ki dan Choi Sung-eun. 

Filem ini ambil masa 2 jam 15 minit. Macam lama kan 2 jam tu tapi bila dah tengok filem ni, tak terasa masa berlalu. Cerita ini lakonan Song Joong-ki dan dia tak hensem dalam ni. Biasa je, macam watak yang dilakonkan iaitu sebagai pelarian dari Korea Utara (dalam translation dia sebut pembelot Korea Utara iaitu defector).

Kisah ini akan membawa kita sedikit latar belakang Loh Ki Wan dari Cina sehingga beliau sampai ke Belgium. Beliau berusaha mendapatkan permit untuk menetap di Belgium dan perlu membuktikan yang beliau betul-betul datang dari Korea Utara dan bukannya orang China yang mahu menetap di Belgium (lalu menipu). Masa ni saya baru tahu yang ada negara yang menerima orang dari Korea Utara.

Review filem My Name is Loh Ki Wan

Dalam proses Loh Ki Wan mendapatkan permit, beliau kenal seorang gadis bernama Marie. Marie ni terlibat dengan aktiviti yang (apa nak tulis ni ye, tidak halal? Tidak bermoral? Ha tulis aktiviti tidak baik ajelah ye).

Dalam kalut-kalut tu mereka jatuh cinta.

Cerita dia ringkas aja tapi setiap plot tu buat mata kita terpaku sampai ke penghujung filem.

Saya teringat masa Joong Ki berlaku jadi mafia dalam filem sebelum ni (lupa nama apa). Bila dalam filem ni dia gaduh fighting biasa-biasa, kita pulak geram hahaha. Sebab kalini dia jadi orang biasa yang sedang apply permit sis. Bawa bersabar. Takkan semua Joong Ki nak menang. Kali ini dia jadi Loh Ki Wan.

Review filem My Name is Loh Ki Wan

Kasih Sayang

Bila dah habis filem ni saya sedar yang tema kasih sayang dalam filem ni sangat kuat. Kasih sayang ibu, ayah, kawan sekerja dan orang yang mencintai kita.Bila tengok Marie, saya teringat pada Katy Louise Sander isteri Joong Ki sebenar. Maybe sebab latar belakang cerita di Belgium walaupun Katy bukan orang Belgium haha.

Cerita ni ada sex scene jadi tidak sesuai ditonton bersama anak kecil.

Kalau kalian suka cerita berat, suka Song Joong Ki, you should watch this. Cerita yang meninggalkan kesan. Berkorban untuk orang yang kita sayang kadangkala melibatkan wang, masa dan nyawa. Masa juga akan merawat dan membawa kita kepada sebuah harapan.

Filem My Name is Loh Ki Wan ni nak ajak penonton untuk menyelami mesej pengarah tentang kebanggaan kita pada sebuah nama. Loh Ki Wan berjaya redeem nama dia untuk mempunyai sebuah decent life di Belgium. Dia tidak boleh balik ke China kerana menjadi buruan. Sekaligus saya rasa bangga dan bahagia menjadi rakyat Malaysia tanpa perlu memohon apa-apa selain memohon kemaafan pada keluarga haha ok itu lain.

Macam ada satu kata-kata dalam filem ini. Kadangkala kita ingat kita mahu diterima di suatu tempat rupanya kita cuma boleh pergi apabila mahu berangkat.

Lakonan Song Joong Ki memang feeling. Comot sungguh, real macam pelarian. Nak bawa balik rumah pun takut hahaha.
Link review filem dan drama di sini.
Lagi blog review filem dan drama – Cerita Malaysia di sini.

Siapa dah tonton boleh tinggalkan komen di bawah tentang pendapat kalian?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.