Sakit Gigi Ketika Hamil | Apa yang Ibu Perlu Tahu?

August 23, 2021 by No Comments

Masalah sakit gigi ketika hamil mungkin dialami oleh ramai wanita mengandung. Malah, ada yang mengaitkan masalah seperti gigi tercabut, gigi berlubang, tercabut dan sebagainya disebabkan perubahan badan yang hanya wanita mengandung akan mengalaminya.

Sebenarnya, apa yang mengaitkan sakit gigi dan wanita mengandung ini? Jom baca artikel LunaStory untuk merungkai topik ini bersama.

Bagaimana Sakit Gigi Ketika Hamil Boleh Berlaku?

Sama ada pesakit itu mengandung atau tak, penyebab sakit gigi nombor satu adalah disebabkan oleh penjagaan gigi yang kurang memuaskan.

  1. Mual dan kerap muntah

    Mual-mual semasa mengandung adalah satu benda yang biasa dialami oleh semua ibu disebabkan perubahan hormon. Jadi, tidak hairanlah jika ada yang jadi sangat sensitif dengan bau-bauan, terutamanya bau ubat gigi.

    Yang menjadi masalahnya adalah bila ibu mengelak terlalu kerap untuk memberus gigi dan flos dengan betul. Jangkaan masa untuk satu sesi memberus gigi adalah 2 hingga 4 minit bagi yang dewasa yaa.

    Ibu yang kerap muntah seharusnya perlu berkumur selepas mual, jika tidak tahan berus selalu. Hal ini kerana refluks asid akibat muntah boleh mendatangkan kemudaratan kepada gigi. Asid yang berlebihan boleh menyebabkan hakisan enamel, seterusnya lebih berisiko untuk masalah gigi berlubang atau reput.

  2. Pengambilan gula berlebihan

    Mengidam makanan itu juga adalah biasa. Jadi, memang faham sangatlah kalau selera makan tu jadi luar biasa kannn. Rasanya, tak ada orang lain terutamanya suami akan halang bab makan ni bila berbadan dua. Kejam noookkk….

    Namun, ibu-ibu masih perlu beringat untuk jaga pengambilan GULA dan KARBOHIDRAT dalam makanan dan minuman. Bakteria di dalam mulut menggunakan gula dan karbohidrat untuk menghasilkan asid.

    Senang cerita, lagi banyak asid, lagi terdedahlah gigi kepada kaviti. Maka, terjadilah sakit gigi ketika hamil.

Salah faham tentang bayi sedut kalsium ibu

Ada yang mengaitkan masalah sakit gigi ini dengan kurangnya kalsium untuk ibu mengandung. Kalsium juga penting sepanjang kehamilan bagi mengelakkan kekejangan otot kaki ibu. Sekiranya ibu hamil kekurangan kalsium, ia turut menyebabkan berlaku kekejangan otot dan kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Namun, dakwaan yang kurangnya kalsium disebabkan bayi ‘sedut’ daripada anda adalah mitos semata-mata ya. Kalsium tersebut hanya diserap masuk kepada bayi dari pengambilan susu dan makanan lain yang mengandungi kalsium

Ibu ibu jangan pandang remeh masalah sakit gigi ketika hamil. Antara bahaya jika membiarkan masalah ini melarat adalah:

#1

Sakit gigi boleh melarat kepada masalah gusi

Plak atau karang gigi yang terbentuk boleh mengakibatkan kepada sakit gusi. Gusi adalah antara struktur yang menyokong gigi. Antara masalah gusi yang boleh timbul adalah keradangan gusi (gingivitis) dan periodontitis

sakit gigi ketika hamil periodontitis

#2

Risiko untuk melahirkan bayi pra-matang atau kematian

Menurut artikel yang dikeluarkan oleh KKM ini, terdapat hasil kajian yang menyokong kaitan jangkitan bakteria mudah masuk ke dalam salur darah melalui gusi yang seterusnya masuk ke dalam rahim. Secara tidak langsung, masalah ini menyumbang kepada faktor risiko kelahiran bayi pra matang ini. Bakteria tersebut seterusnya merangsang pengeluaran prostaglandin yang mempercepatkan pengecutan rahim dan kelahiran bayi pada masa yang lebih awal dari yang sepatutnya.

Jadi, jangan pandang enteng bab sakit gigi ketika hamil ya.

“Mencegah lebih baik daripada mengubatinya” – Cliché, tapi benar, kan?

Antara langkah yang patut diambil untuk mengelakkan sakit gigi ketika hamil adalah:

Buat pemeriksaan kesihatan mulut dengan doktor gigi

sakit gigi ketika hamil vadc

Di Malaysia, setiap ibu mengandung dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan mulut sebagai langkah pencegahan bagi mengelak masalah yang mungkin akan timbul ketika mereka mengandung. Ibu-ibu boleh juga bertanya kepada doktor jika perlukan tunjuk ajar untuk menjaga kesihatan gigi jika perlu. Mereka boleh mengesyorkan mengikut keperluan dengan pandangan profesional mereka (customized oral hygiene instruction).

Berus gigi dengan kerap dan konsisten setiap hari dengan ubat gigi berfluorida

Ibu hamil perlu memberus gigi sekurang-kurangnya 2 hingga 3 hari sekali serta flos ya. Time tengah mabuk sangat tu sampai tengok berus gigi pun rasa nak muntah (belum lagi picit ubat gigi atas tu), berkumurlah selalu, terutamanya selepas muntah.

Ada yang mengesyorkan untuk berkumur dengan satu sudu teh soda penaik yang dicampurkan dengan air setelah muntah untuk mencairkan dan mengimbangi kandungan asid di dalam mulut anda, namun berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu sama ada cara ini selamat atau tidak untuk anda.

Jaga pemakanan anda

Ibu mengandung jarang tak manis air mukanya. Ehhh.

Bahaya gula dan karbohidrat berlebihan tu rasanya tak perlu diceritakan lagi dah. Semua orang faham. Cumanya, tak salah jika diingatkan untuk kepentingan bersama, kan? Dapat makan makanan sedap dan manis pelbagai rasa tu memang satu nikmat yang besar. Cuma, jangan lupa untuk bersihkan gigi selepas itu ya. Dan makanlah mengikut saranan yang telah digariskan. Lama lagi nak pakai gigi tu haha.

“Aduh….sakit sangat dah gigi ni. Tapi hari appointment doktor gigi lambat lagiiiii” – keluhan seorang mak buyung

Sementara menunggu hari temujanji bersama doktor gigi anda, apa yang anda boleh lakukan untuk melegakan kesakitan gigi tersebut?

Berikut merupakan antara petua – petua yang ada sebagai pelega sementara menunggu rawatan dari pakar:

  • berkumur dengan air garam
  • gunakan Benzokin (gel kebas)
  • Asetaminofen yang jenis selamat untuk ibu mengandung

Paling-paling pun ibu boleh tuam pipi di bahagian gigi bermasalah dengan ais yang berbalut kain untuk mengecutkan salur darah di bahagian tersebut.

Untuk pengetahuan, rawatan untuk sakit gigi ibu hamil berbeza mengikut peringkat kehamilan. Dan terdapat pelbagai pendapat dan kajian tentang kaitan antara selamat atau tidak untuk membuat rawatan seperti scaling treatment, penggunaan mesin x-ray semasa mengandung, menampal gigi berlubang dan sebagainya.

Apapun, seperti biasa, anda boleh berbincang dengan doktor yang mengikuti perkembangan anda sepanjang kehamilan, atau dalam kes sakit gigi ketika hamil ini, berbincanglah dengan doktor gigi ya.

Psttt… team Dr Putra dari Klinik Pergigian Verde Amani (dahulu dikenali sebagai Klinik Pergigian Nazurah) bersedia untuk menjawab persoalan ibu-ibu tentang perihal gigi dan gusi semasa mengandung.

Jika anda memerlukan rawatan atau khidmat perundingan kaunseling berkaitan sakit gigi ketika hamil, anda boleh hubungi team Dr. Putra untuk temujanji atau appointment di talian nombor +60175771657 atau klik disin

i untuk WhatsApp.

Baca mengenai Klinik Pergigian Verde Amani dari Klang di sini. Ramai yang datang dari jauh untuk mendapatkan rawatan disini!


Artikel ini tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan. dan sama sekali tidak bertujuan untuk menggantikan nasihat pengamal perubatan yang berlesen dalam mendiagnosis atau merawat sebarang masalah kesihatan. Segala maklumat di laman blog ini adalah semata-mata bersifat rujukan umum.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.