Review Filem Maleficent

October 26, 2019 by No Comments

Setelah hampir lima tahun berlalu untuk filem Maleficient yang pertama, kali ini LunaStory akan kongsikan ulasan review filem Maleficent Mistress of Evil.

Angelina Jolie memainkan watak Maleficent

Maleficent ialah sebuah watak antagonis yang paling ngeri dicipta oleh Disney. Maksud penulis, ianya lebih ngeri berbanding Aurora, Cinderella, Snow White dan puteri-puteri yang lain.

Maleficent Bangkitkan Sleeping Beauty – Review Filem Maleficent

Daripada filem yang pertama, perkara yang membangkitkan Sleeping Beauty Aurora ialah kasih seorang ibu biarpun ibu angkat iaitu Maleficent dan bukanlah ciuman putera raja seperti dalam dongeng sebelum ini.

Intro Maleficent yang Seram

Seramkah ayat yang sesuai ya. Mungkin creepy. Dimana Maleficent tinggal disuatu tempat yang tinggi dan diberitahu oleh pembantunya bahawa Aurora akan berkahwin dengan Putera Philips.

Rasanya yang creepy itu adalah raut wajah solekan Maleficent itu dengan tulang pipinya yang tinggi dan taringnya yang kelihatan apabila beliau senyum.

Dan untuk Maleficent kali ini kami dapati penonton di pawagam boleh ketawa dengan keseriusan Maleficent dan menerima watak ini berbanding filem pertama dahulu.

Mungkin kerana penonton tahu walaupun Maleficent wajah dan suara sahaja garang, namun hatinya lembut.

Review Filem Maleficent
Puteri Aurora dilakonkan watak Elle Fanning

Penyatuan Dua Bangsa, Dua Negara

Kisah bermula dengan persetujuan Puteri Aurora, ratu Bangsa Moors (iaitu bangsa pari-pari) untuk berkahwin dengan Putera Philips (lakonan Harris Dickinson) putera negara Ulstead (iaitu manusia).

Bermula dengan makan malam bersama Raja dan Permaisuri Ulstead, iaitu King John dan Queen Ingrith (lakonan Michelle Pfeiffer).

Ada scene yang kelakar dan comel bila Maleficent berlatih senyum untuk bertemu bakal biras beliau di istana.

Princes Aurora juga menghadiahkan scarf untuk Maleficent tutup tanduk Maleficent yang mungkin menakutkan makhluk manusia.

Review Filem Maleficent Tiba di Ulstead

Banyak magiknya dan kuasa Maleficent ni sebab pergi ke Ulstead pun jalan kaki je. Nak seberang sungai pun guna akar pokok sahaja.

Beliau juga ditakuti oleh penduduk manusia walaupun dia datang dengan niat baik suci murni iaitu menjalinkan ukhuwah gittew dengan kerajaan Ulstead.

Review Filem Maleficent
Pertemuan Maleficent dan King John serta Queen Ingrith

Nampak gaya macam Queen Ingrith ni sesuatu juga dimana dia tak suka Princess Aurora pada mulanya. Namun Prince Philips boleh menarik nafas lega bila ibunya mula sukakan Aurora.

Sumber Google

Kisah Cinta Philips-Aurora

Kisah cinta mereka berdua ditampilkan dengan ringkas dan sederhana dan tidaklah beria-ria. Mereka cuma saling menyukai dan mencintai serta mahu berkahwin.

Namun ianya dilihat sebagai sebuah tindakan yang bijak oleh King John kerana perkahwinan ini akan menyatukan dua bangsa.

King John mempunyai pendirian untuk menyatukan dua bangsa dan negara yang saling berseteru ini.

Queen Ingrith sebagai watak antagonis

Namun Queen Ingrith adalah sebaliknya dan mempunyai misinya tersendiri.

Review Filem Maleficent – Semua orang Menuduh Maleficent

Queen Ingrith mempengaruhi Aurora tentang kejahatan ibu angkatnya.

“Lihat sahaja bagaimana beliau menyembunyikan tanduknya pada majlis makan malam kita”

Queen Ingrith

Pada ketika ini Princess Aurora sudah mula ragu terhadap ibu angkatnya. Ditambah dengan sumpahan yang berlaku pada King John yang dikatakan dilakukan oleh Maleficent.

Sekalipun Maleficent nafikan, beliau masih dituduh.

Maleficent juga cuba dibunuh. Sehinggalah sese’jenis’nya menyelamatkannya dan membawanya ke kumpulan keturunan mereka.

Disini Maleficent melihat bagaimana manusia telah membunuh kebanyakan dari mereka dan kami kira ini adalah ‘turning point’ untuk Maleficent.

Samada meneruskan misi beraman dengan manusia atau meneruskan peperangan terhadap makhluk yang mereka benci ini.

Ketika ini 70% diri saya percaya yang Maleficent akan membuat kebaikan namun 30% lagi merasa Maleficent sudah patah hati.

Beliau patah hati dengan Princess Aurora yang ternyata menyebelahi Queen Ingrith sebagai bakal ibu mertuanya.

Kisah Cinta Princess Aurora dan Prince Philips

Kisah cinta putera puteri ni tak banyak sangat scene. Cukup rasa. Cukup untuk tahu Prince Philips sukakan Aurora kerana dirinya dan Aurora sendiri sukakan Philips bukan demi status.

Highlight pun pada Maleficent ye tak. Maka kita alihkan perhatian kepada Maleficent ya Tuan Puan.

Timbang tara Maleficent

Dalam segerombolan makhluk sejenis Maleficent ni adalah yang jenis sukakan keamanan dan ada juga yang mahukan keadilan dan peperangan dengan manusia.

Disebabkan Maleficent mempunyai kuasa luar biasa kerana keturunannya iaitu ketua, maka semua mahluk sejenis mereka mengharapkan Maleficent membela mereka.

Ianya sebuah keputusan besar untuk Maleficent

Sewaktu menonton filem ini bagi tujuan review filem Maleficent memang penulis dah agak Maleficent ialah ketua yang bertimbang rasa NAMUN MUNGKIN MENUNTUT BELA DEMI MAKHLUKNYA.

Dia memang ada kuasa pun setakat flip wing kiri semuanya terbang, flip wing kanan dan semuanya terbalik.

SPOILER : Selepas individu penting dalam hidupnya mati atas kekejaman manusia, Maleficent menjadi lebih berang.

Ulasan Review Filem Maleficent

Ceritanya simple, ada pengajaran, cantik pemandangan dan kekuatannya pada Angelina Jolie, Elle Fannings dan Queen Ingrith. Tiga orang ni.

Baca Review Filem Joker disini ya!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.