Review Filem Busut Bonang

December 7, 2019 by No Comments

Happynya penulis bila dapat hadir ke Malam Gala Perdana seterusnya menulis review filem Busut Bonang. Dengan tagline ‘Apabila saka Kampung Bonang mengamuk dan menuntut pewaris baru’, filem genre seram komedi memang kegemaran kami ala ala Hantu Mak Limah.

Takut-takut Berani

Filem komedi seram memang akan menerbitkan rasa teruja namun tetap ketawa juga dalam masa yang sama.

Menyedari hakikat itu, maka Alfanazra Productions Sdn. Bhd. mengambil inisiatif untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Busut Bonang.

Pengarahnya, Khalid Nadzri berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan adalah cetusan bersama penulis skrip iaitu Siti Jasmina Ibrahim.

Menurutnya, dalam filem ini dia mengangkat tema urban legend, di mana kepercayaan masyarakat moden sekarang yang segelintirnya masih mempercayai tentang kejadian-kejadian urban legend.

”Menerusi proses perbincangan dan genre komedi seram yang dipilih bersama seorang lagi penulis skrip iaitu Aloy Paradoks, akhirnya ia diolah menjadi sebuah cerita mengenai saka sebagai isu utama.

”Malah, busut juga menjadi suatu tanggapan kisah rakyat yang berkait rapat dengan entiti, misalnya menjadi tempat pemujaan animisme dan pontianak bertenggek,” ujarnya. 

Antara sedutan dalam review filem Busut Bonang

Bakal ditayangkan di pawagam pada 19 Disember 2019, Busut Bonang menampilkan barisan pelakon seperti Nadzmi Adhwa, Along Eyzendy, Jasper Supayah, Rashidah Jaafar, Sahronizam Noor, Hairi Safwan, Aloy Paradoks, Abby Nadzri, Badrolshah @ Bard dan Ropie.

Review Filem Busut Bonang
Nadzmi Adhwa sebagai teraju utama

Mengenai pemilihan genre seram sebagai nashkah terbaharunya, Khalid menyatakan genre sedimikian bersifat universal dengan gabungan tragik dan komedi dalam penceritaannya.

Jelasnya, menerusi filem Busut Bonang ini ia menerapkan sebuah kisah seram yang dekat dengan rakyat, terutama yang masih mempercayai kisah mistik.

”Dalam filem ini, selain menerapkan elemen hiburan kepada penonton, ia juga memberi sindiran sinis terhadap masyarakat yang masih lagi tebal dengan kepercayaan mistik,” ujarnya.

Menurutnya, penggambaran filem berkenaan dilakukan pada Januari 2019 di dua buah lokasi iaitu di Kuala Kangsar dan Ipoh selama 20 hari.

Review filem Busut Bonang
Lokasi penggambaran filem Busut Bonang di sekitar bandar Kuala Kangsar dan Ipoh

Ketika ditanya tentang cabaran sepanjang pembikinan Busut Bonang, Khalid memberitahu antara yang paling sukar ialah untuk menerapkan dua elemen iaitu seram dan komedi.

”Bagi saya bukan mudah untuk menterjemahkan sebuah filem seram dengan menerapkan elemen komedi untuk membuatkan penonton ketawa.

”Bagaimanapun, lakonan yang ditampilkan barisan pelakon memang banyak membantu pembikinan filem ini berjalan dengan lancar,” ujarnya mengenai filem kedua arahannya itu setelah pernah muncul dengan filem Coverina sebelum ini.

Review filem Busut Bonang
Komedi dan seram dalam masa yang sama pastinya bukan perkara mudah untuk pengarah dan pelakon filem Busut Bonang

Salah seorang pelakon utamanya, Nadzmi Adhwa berkata, dia tertarik membintangi filem ini kerana tertarik dengan watak yang ditawarkan.

Memegang peranan sebagai Lutfy, pelakon tersebut menjelaskan wataknya itu adalah seorang lelaki berpelajaran tinggi yang datang ke sebuah kampung untuk menyelamatkan kampung tersebut.

”Dapat bekerja dengan pengarah seperti Khalid memang banyak memberi pengalaman baharu buat saya sebagai pelakon.

”Ketika penggambaran saya dan dia selalu berbincang, terutama untuk ’menghidupkan’ watak sebagai Lutfy dan dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya,”

Nadzmi Adha

Nadzmi berkata, untuk filem terbaharunya ini dia tidak meletakkan sebarang harapan yang terlalu tinggi kepada penonton.

”Apa yang saya mahukan agar penonton dapat menerima jalan cerita yang ditampilkan serta terhibur ketika menontonnya nanti,” jelasnya.

Nadzmi Adha mengharap filem Busut Bonang ini diterima oleh audiens

Sinopsis Review Filem Busut Bonang

Arwah Cikgu Hassan ditemui mati dalam keadaan yang menggerikan di Kampung Bonang. Sejak kejadian itu buah mulut tersebar dalam kalangan orang kampung bahawa arwah berkeliaran menuntut pewaris baru.

Sementara itu Julia anak kepada Arwah Cikgu Hassan sering tidak sihat dan mengalami gangguan makhluk halus.

Sementara itu, Joey pemilik rancangan televisyen Merungkai Misteri telah dipanggil untuk mencari kebenaran di sebalik semua kejadian itu dan membersihkan nama keluarga arwah Cikgu Hassan, dan untuk tujuan itu Joey telah menculik Lutfy dibawa ke Kampung Bonang untuk dijadikan krunya.

Review filem Busut Bonang

Lutfy hanyalah seorang penjual jeruk berhajat mahu mencuba pekerjaan baru dan datang ke sesi temuduga, namun diperdaya hingga ke Kampung Bonang. Kejadian menjadi semakin misteri apabila Julia, Lutfy dan Joey dalam perjalanan mereka ke untuk menyiasat ke Busut telah ditutup pandangan oleh Penunggu Busut hingga mereka sesat.

Pelakon Utama Filem Busut Bonang

Nadzmi Adhwa – Lutfy
Along Eyzendy – Joey
Jasper Supayah – Julia
Rashidah Jaafar – Latipah
Sahronizam Noor – Ngah Ali
Hairi Safwan – Buyong Lah
Aloy Paradoks – Lokman
Abby Nadzri – Aina
Badrolshah @ Bard – Salleh
Ropie – Cikgu Hassan

Pelakon Pembantu Filem Busut Bonang

Rosli Mohd Taib – Pemain Bonang
Mohd Rafizan – Hantu Busut
Zaitun – Hantu Nenek
Iman Iskandar – Hantu Budak
Aiman Muttaqin – Lelaki Gemuk
Mohd Firdaus – Double Stunt

Team Produksi

Pengarah : Khalid Nadzri FDAM
Penerbit : Ahmad Sabri Ahmad Nadzri
Ahmad Khalid Ahmad Nadzri
Penerbit Eksekutif : Rozniza Zainal
Terbitan : Alfanazra Productions Sdn. Bhd.   
Pengurus Produksi : Rosli Mohd Taib
Idea Asal : Siti Jasmina Ibrahim   
Penulis Skrip : Aloy Paradoks
Siti Jasmina Ibrahim
Pengarah Seni : Azwan Abdul Aziz
Pengarah Fotografi : Helmi Yusof
Penyunting : Shamsul Zain
Penasihat Produksi : Tok Bak
Audio : Amir Firdaus
Juru Solek : Carlos Hills
Jurusolek Kesan Khas : Ella Sandera

Review Filem Busut Bonang oleh LunaStory

Kalau ada 10 bintang, sepuluh bintang itu kami berikan kepada cerita Busut Bonang ini. Kata-kata pendek dari kami ialah ‘TAK RUGI DUIT TIKET ANDA. MEMANG BERBALOI’. Review ini mungkin mempunyai SPOILER dan Tuan Puan dicadangkan membaca semula penulisan ini selepas menonton filem Busut Bonang di panggung.

Masuk panggung dengan keterujaan, keluar dengan senyuman. Mana nak dapat wehhhhhh kalau bukan dengan menonton filem Busut Bonang ini.
Biarpun selepas lebih 3 hari penulis pulang dari Malam Gala Perdana, sehingga ke hari ini masih berbual tentangnya bersama kawan-kawan blogger yang lain.

Teruja menonton filem Malaysia sebaik ini.
Dan tidak dinafikan kebanyakan filem Malaysia yang keluar tahun 2019 ini memang mempunyai kualiti yang hebat.
Baca review filem Hero disini, review filem Geran, review filem Paskal disini. Review filem Pusaka yang mempunyai kualiti seram luar biasa disini.

Kita mulakan dengan point pertama iaitu Lakonan.


Pelakon dalam filem Busut Bonang ini tak ramai, kurang dari 10 orang. Pelakon utama ialah Nadzmi Adhwa. Beliau sahajalah yang penulis kenal apabila dijemput menghadiri Malam Gala Tayangan Perdana Busut Bonang ini.

Namun kurang daripada 5 minit pertama dan pelakon-pelakon seperti Buyong Lah ( Hairi Safwan ) dan Rapie mula mengambil hati kita dengan punchline yang sangat berkesan. Rasanya tak berhenti ketawa dari mula cerita bermula sehinggalah ke ayat terakhir dalam filem ini.

Lakonan Julia ( Jasper Supayah ) pada mulanya kekok namun sebagai orang yang dirasuk, memang tak nampak macam pelakon baru. Real dengan pandangan mata dan air muka beliau. Hantu cantik yang tetap ditakuti. Bila scene yang biasa-biasa, beliau nampak macam pelakon baru semula.

Joey ( Along Eyzendy ) memang bersahaja dan melihat beliau berlakon, kita akan sangka beliau adalah pelakon yang sudah mahir berlakon. Skrip simple. mudah difahami dan kelakar. Muka pun kerek haha. Cuma kat hujung tu bila dia tak jadi mengejar impiannya jadi tak best sebab beliau dah on the way ke arah kejayaan kut.

Point kedua ialah Uniqueness (Keunikan) filem ini

Keunikan filem ini adalah pada pengarahnya iaitu Khalid Nadzri. Beliau merupakan seorang pengarah muda yang berbakat. Memulakan karier dibawah abangnya, Ahmad Idham ternyata Khalid memang ada sentuhan tersendiri.

Kekuatan beliau sebagai pengarah, penerbit dan editor filem ini memang dikagumi. Pastinya beliau dan keluarga kini boleh berbangga dengan kejayaan filem Busut Bonang.

Kerjaya beliau juga disokong oleh kawan-kawan beliau dari ASWARA dan keluarga yang tersayang.

Point ketiga ialah Newness (Pembaharuan)

Filem Busut Bonang mengetengahkan cerita masyarakat di kampung. Saling bantu membantu dan mem’bahan’ antara mereka. Saling mengusik dan terjatuh cinta. Itulah dunia mereka.

Filem Malaysia yang dekat dengan hati apabila ramai individu boleh merasai dan memahaminya.

Namun sekiranya filem ini dialih bahasa ke bahasa lain, ia akan ‘kureng’ perisanya kerana kekuatan punchline yang segar dan sengal adalah keistimewaan. No lawak bodoh, spastic dan memalukan disini. Lawak kurang ajar ada haha tapi kurang ajar sengal.

Review filem Busut Bonang

Paling best bila ada selitan peribahasa yang memberikan penghargaan kepada keindahan pada seni bahasa kita.

Point keempat ialah Awareness (Kesedaran)

Apa pengajaran yang dapat penulis hadam selain daripada ketawa dengan gembira ialah hidup bermasyarakat. Ia lebih utama berbanding kepentingan diri sendiri.

Rahsia keluarga adalah aib yang perlu disimpan dipelihara. Tidak perlu ramai-ramai tahu kerana tidak perlu. Lebih ramai tahu, ia mungkin membawa keburukan berbanding kebaikan.

Saksikan ramai-ramai filem Busut Bonang di pawagam pada 19 Disember 2019 SEBAB KORANG MEMANG AKAN TERHIBUR DAN TAK RASA MEMBAZIR LANGSUNG. Siap belum puas gelak lagi dah habis cerita.

Cadangan Penambahbaikan

Harapan penulis – Watak Joey dan Lutfy mempunyai potensi untuk menemui lebih dan lebih banyak lagi misteri yang berbeza di beberapa lokasi. Mungkin kisah hantu terbang-terbang atau hantu guli di apartment.

Dan tidak pasti bagaimana nak lakukannya supaya mekap pelakon terutama pelakon wanita tidak nampak beza dengan warna leher dan tangannya. Namun ia cuma perkara kecil dari keseluruhan cerita yang menghiburkan.

Perkongsian cerita sedekah RM1 sahaja disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.