Review Filem Geran – BOX OFFICE

October 2, 2019 by No Comments

Review Filem Geran ini akan berkongsikan ulasan tentang filem ini dan MUNGKIN MEMPUNYAI SPOILER. Pembaca dicadangkan membaca semula artikel ini selepas menonton filem Geran yang ditayangkan di seluruh pawagam bermula 10 Oktober 2019.

Sinopsis Filem Geran

Geran merupakan sebuah filem aksi arahan Areel Abu Bakar mengenai Ali (Kohar) bersama adik perempuannya Fatimah (Feiyna Taj) yang berasa amat marah dan kesal dengan sikap adik bongsu mereka Mat Arip (Fad Anuar) .

Mat Arip terlibat dengan kumpulan pemuda liar yang terbabit dengan aktiviti perlumbaan kereta secara haram dan perjudian.

Ali bertanggungjawab untuk mencari dan membawa pulang Mat Arip kembali ke pangkuan ayah mereka Pak Nayan (Namron).

Mampukah Ali mempertahankan hak keluarga mereka?

Barisan Pelakon

Namron: Pak Nayan

Fatimah Abu Bakar : Haryati

Khoralullah : Ali

Feiyna Tajudin : Fatimah

Fad Anuar : Mat Arip

Taiyuddin Bakar : Mi Piang

Niezam Zaidi : Asan

Adam Shahz : At

Megat Shahrizal : Man Bangla

Aeriel Zafrel : Lah

Azlan Komenh : Kahar

Kasturi Majid : Tora King

Sham Majid : Yon

Yusran Hashim : Chot

Abinoorizuadin : Pak Teh

Penampilan khas : Hj Daud

Review Filem Geran

Penggambaran filem Geran ini dibuat sekitar Disember 2017 dan awal Januari 2018 selama 36 hari di sekitar negeri Kedah.

Filem ini mengisahkan tentang sebuah keluarga yang mempertahankan geran tanah yang cuba dirampas oleh penjahat.

“Ia kisah sebuah keluarga petani yang diasak dan diugut oleh litah darat yang berpengaruh supaya menggadaikan tanah mereka namun keluarga yang ditunjangi oleh anak sulung berani dan gagah ini terus bangkit melawan demi maruah keluarga. “

Menerima Jemputan untuk Review Filem Geran

Apabila menerima jemputan untuk review filem Geran ini, penulis hadir dengan rasa teruja.

“Eh cerita silat-silatlah!”

Pengarah Areel Abu Bakar menampilkan barisan pelakon seperti Namron, Khorarullah, Feiyna Tajudin, Fad Anuar, Taiyuddin Bakar, Niezam Zaidi, Adam Shahz, Megat Shahrizal, Aerl Zafrel dan Azlan Komeng unntk filem Geran.

Filem ini dimulakan dengan perlawanan bola sepak budak kampung tanpa tiang gol.

Cerita aksi ini sudah dimulakan dengan aksi perlawanan walaupun sekadar scene bermain bola.

Mad Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada Hj Daud.

Tabiat suka berjudi beliau membuatkan hutang semakin bertambah hari demi hari.

Bahasa Yang Digunakan

Hampir 80% cerita menggunakan loghat Kedah.

Terdapat beberapa subtitle yang ditranslate ke Bahasa Melayu namun ada juga yang tidak.

Penulis sendiri merasa sukar untuk memahami sesetengah loghat seperti “Tu makan dia” dan beberapa lagi dialog. Subtitle akan dapat membantu penonton untuk memahami jalan cerita dengan lebih baik.

Lakonan

Mad Arip memang nakal dan cerdik. Dari kecil dimanjakan ayahnya.

Namun beliau tak suka masalah pinjam duitnya di kaitkan dengan keluarganya.

Apabila hutangnya dengan Hj Daud si lintah darat dilangsaikan, bunga pula tak selesai lagi. Geran tanah pusaka milik ayah mereka masih belum dapat didapatkan.

Ditambah lagi kesukaannya berlumba. Makin lama semakin sukar.

Namron memang macam ayah-ayah. Beliau sedikit kesal kerana memanjakan anak bongsunya dan sentiasa merindui arwah isterinya.

Bila bersama Mad Arip, ayahnya jadi lembut hati semula tak sampai hati nak biarkan anaknya susah.

“Sekali kita tanak nasik lepastu hangit, takkan kita tak mau tanak dah. Kena juga makan, kena tanak semula.” Ayah yang tak berputus asa.

Ali memang baik. Ayah cakap apa pun dia dengar. Beliau banyak merujuk kepada orang yang lebih berusia tentang masalah yang dihadapi bapanya tentang Mad Arip.

Rupanya pelakon yang memegang watak Ali ini ialah pesilat negara.

Review Filem Geran

Fatimah ialah watak yang penulis suka. Beliau cantik dan tegas dalam masa yang sama. Kebolehan bersilatnya juga tak boleh dinafikan. Hashtag #FatimahCengey

Jarang ada pelakon wanita Melayu yang saya lihat cekap gerak langkah bertarungnya. Dan kisah Fatimah ini memang berbaloi untuk ditonton di pawagam.

Watak Tambahan

Tok Malim ialah guru silat Ali yang memberikan nasihat kepada Ali tentang sebuah kehidupan.

Tam ialah orang yang meminjam duit dari Hj Daud. Kesian bila tengok dia bergolok gadai dapatkan duit untuk membayar semula hutang yang dilakukannya demi keluarga.

Mi Piang banyak memberikan senyuman dan ketawa dalam filem ini. Sebagai kawan Mad Arip, beliau menjadi watak yang menyokong kenakalan Mad Arip.

Banyak lagi watak-watak lain belum kira pakcik yang sergah orang jahat dok bersilat tengah bendang haha.

Pengajaran Filem Geran

Beberapa pengajaran yang boleh penulis kongsikan dengan pembaca ialah:

1. Seburuk sejahat mana kita, keluarga sentiasa berada di suatu tempat yang istimewa. Seboleh mungkin kita tak mahu mereka disentuh apatah lagi disakiti.

2. Dimana kepakaran kita, disanalah jualah kelemahan kita. Dibahagian itu kita diuji unuk ketahap yang lebih tinggi atau untuk kita mulakan segla-galanya sekali lagi.

2. Orang suruhan Haji Daud tahu yang Mad Arip suka berjudi dan di bahagian itulah mereka sabotaj Mad Arip yang cuba menyelesaikan hutang bunganya.

Review Filem Geran

3. Jangan berlawan dengan orang yang tak boleh melawan. Itu prinsip orang yang bertarung.

Serah diri, jatuh berdiri

Doa orang yang mencintai kita menjadikan hubungan kita semakin hampir dengan pencipta.

Dialog untuk review Filem Geran ini adalah ringkas, tak meleret dan hebat terutama bahagian puisi dan peringatan.

 

Baca Review Filem Pusaka di artikel ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.