Program Group Workout Booster – Tujuh(7) Cara Kuruskan Badan dan Sihat bersama

June 27, 2019 by No Comments

Program Group Workout Booster adalah diantara cadangan untuk individu yang mahu kurus. Mesti ramai daripada kita mencari cara kuruskan badan dan sihat. Berat badan ideal ataupun BMI 25 adalah impian semua orang. Bila badan kurus dan dalam masa yang sama kita sihat, nak bekerja pun senang hati.

Tidak dinafikan bahawa Malaysia adalah syurga makanan. Daripada selera kampung kepada selera Barat, Cina dan India, Malaysialah tempatnya.
Namun kita bukan sekadar mahu kurus, kita mahu sihat juga kan?

Makanan dan bersenam merupakan dua kunci utama dalam menjaga kesihatan dan antara cara kuruskan badan dan sihat.
Tanda-tanda kita perlu melakukan sesuatu untuk kesihatan kita ialah bila kita rasa semput selepas naik tangga melebihi dua tingkat. Ataupun susah bernafas selepas lari 200 meter.

Coach Hadi, Program Group Workout Booster

Tips Pertama daripada Program Group Workout Booster : Kurangkan Makan di Luar dan Bawa Bekal

Selagi boleh, masak makanan di rumah dan bawa bekal ke tempat kerja. Rancang kerja kita setiap hari supaya kita boleh menyediakan makanan yang bersesuaian. Bila makanan dimasak sendiri dirumah, kita boleh mengawal kuantiti garam dan bahan perisa.

Makanan yang dimasak diluar terutama makanan segera yang diproses mempunyai kandungan garam dan gula yang tinggi. Ia boleh melambatkan proses penurunan berat badan dan menghalang impian kita untuk kurus dan sihat dalam masa yang sama.

Didalam Program Group Workout Booster, peserta bukan sahaja akan bersenam dua kali seminggu malah diet pemakanan juga akan dipantau oleh Coach Hadi tau.

Program Group Workout Booster
Beli banyak sayur dan isikan peti ais kita dengan pelbagai pilihan sayur dan buah

Jika perlu makan di luar, ambil nasi putih beserta lauk berbanding nasi goreng. Dan bahagian yang diambil ialah suku nasi, suku daging dan separuh pinggan dipenuhi dengan sayur seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Tips Kedua Program Group Workout Booster Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Minum Air 2 Liter Setiap Hari

Air yang dimaksudkan ialah air kosong tau! Bukan teh ais, sirap bandung laici mahupun teh tarik. Jauhi semua air manis dan minum air kosong sahaja. Hanya dengan mengamalkan tips ini, biasanya 1 ke 2 kg akan dapat dikurangkan dalam masa kurang dua bulan. Cubalah!

Minum air kosong dengan banyak merupakan antara cara untuk kuruskan badan dan sihat dalam masa yang cepat. Kebanyakan individu yang telah dapat mengurangkan berat badan akan memberitahu perkara yang sama iaitu kita kena minum air kosong dengan banyak setiap hari.

Tips – Bawa bekal air sendiri yang besar dari rumah dan pastikan kita minum sedikit demi sedikit sehingga habis air tersebut.

Elakkan minum air terlalu banyak pada waktu malam kerana kita akan berulang ke tandas dengan kerap. Minum banyak pada waktu siang ya.
Sebelum makan, habiskan segelas air kosong terlebih dahulu untuk mengelakkan kita makan bersulam air dan mengawal kuantiti makanan yang diambil.

Tips Ketiga Program Group Workout Booster Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Banyakkan Pergerakan Bila Ada Peluang

Setiap kali ada peluang untuk berjalan jauh, gunakannya. Contohnya apabila memarkir kenderaan untuk ke pejabat ataupun pasaraya, pilih kawasan yang sedikit jauh supaya kita dapat berjalan sekurang-kurangnya 6000 langkah sehari.

Pilih penggunaan tangga berbanding elevator dan lif.

Apabila tabiat aktif ini kita amalkan setiap hari secara tidak langsung, metabolisme badan boleh meningkat dan pembakaran lemak berlaku dengan lebih cepat didalam badan. Badan juga akan cepat nampak kurus dan yang paling penting ialah kita sihat.

Program Group Workout Booster
Booster Beyond Weightloss ialah sebuah program yang lebih daripada sekadar menurunkan berat badan anjuran Coach Hadi

Tips Keempat Program Group Workout Booster Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Bersarapan Dengan Sihat

Pernah dengar kan yang segalanya bermula dengan sarapan pada waktu pagi. Cuba tukar sarapan kita berbanding teh tarik, nasi lemak dan ayam masak merah kepada oat ataupun telur separuh masak.

Pilih menu yang sihat dan mudah dilakukan.

Mulai hari ini mari amalkan makan sedikit tetapi kerap berbanding lapar dan makan bersungguh-sungguh dalam satu hidangan.

Tips Kelima Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Amalkan Snek Setiap Hari

Usah dibiarkan perut kita kosong dan lapar keterlaluan. Ambil snek seperti kismis, kurma mahupun buah-buahan sepanjang kita di tempat kerja mahupun semasa memandu.
Snek diambil antara dua hidangan utama iaitu makan tengahari dan juga makan malam.

Kalau bolehkan elakkan ambil biskut ataupun makanan segera seperti jajan. Bayangkan badan kita yang kurus dan sihat itu dirosakkan dengan pengambilan snek yang tidak sihat itu!


Snacking ni boleh makan makanan around 150 kcal. So sy memilih buah kurma untuk snacking kali ini. 
Kenapa sy pilih kurma (dates)? 


Kurma mempunyai rasa manis yang boleh digambarkan sebagai campuran madu dan gula sirap. Selain rasa yang manis, buah ini amat berkhasiat kerana kaya dengan vitamin A1, B1, B2, B3, B5 dan mempunyai kira-kira dua puluh asid amino penting. Ia mempunyai tahap yang tinggi kalium, fosforus dan kalsium dan juga mengandungi serat makanan dalam jumlah yang besar.

Kurma ni bagus untuk berikan instant energy mcm energy bar / energy drinks cuma ianya lebih natural dan bukan process food. 😊 

Kalorinya pun dalam 60 kcal sebiji… So kita boleh kawal kuantitinya dengan mudah 😊

So, korang pilih apa untuk snacking? 

Coach Hadi

Boleh juga sediakan snek di pejabat dengan kekacang seperti almond, dan kacang hasjus, supaya boleh dimakan sambil buat kerja. Ini dapat mengelakkan kita terlalu lapar dan mula makan dengan terlalu banyak sewaktu waktu makan tengahari nanti.

Tips Keenam Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Makan Malam Sebelum Pukul 7 petang

Amalkan makan malam sebelum pukul 7 petang. Bila lepas waktu Isyak dah boleh bersiap-siap untuk tidur. Elakkan keluar minum bersama kawan-kawan pada waktu malam kerana ia boleh membuatkan kita minum manis atau makan pada waktu malam pula.

Bagi mengelakkan sakit perut, boleh amalkan makan sepotong buah sebelum tidur sebagai lapik perut.

Tips Ketujuh Cara Kuruskan Badan dan Sihat : Tambah Aktiviti Selepas Balik Kerja

Selepas balik dari kerja, Tuan/Puan boleh menambah aktiviti bersenam didalam jadual. Program Booster Fitness dibawah kendalian Coach Hadi merupakan sebuah program gaya hidup sihat melalui diet sihat dan gaya hidup aktif.

Program ini akan bermula pada bulan Julai nanti dimana Tuan/Puan boleh menyertai Program Subscription selama 3 bulan dengan beliau.

Bila kita memulakan sesuatu aktiviti bersenam, ianya perlu diteruskan sekurang-kurangnya untuk tiga bulan bagi menampakkan hasil.
Program Booster Fitness akan bermula Julai 2019 dan Tuan/Puan boleh memulakan pendaftaran hari ini juga.

Antara peserta Booster Fitness Puchong yang menyertai program selepas pulang dari bekerja

Program subscription Booster Fitness ini sangat bagus untuk kita memulakan misi Kurus dan Sihat yang kita mahukan.
Tuan/Puan boleh terus mendaftar di link ini.

Bagi first time, Tuan/Puan boleh join sesi trial tau. Lihat dahulu kita punya level fitness samada sudah ditahap yang bagus ataupun perlu diperbaiki. Terus hubungi Coach Hadi di link FB beliau disini.

Setiap sesi Booster Fitness akan mempunyai 10 ke 15 orang peserta dalam satu masa. Group Workout sangat bagus untuk mengekalkan momentum dan tenaga semua peserta dalam usaha kurus dan sihat yang kita mahukan.

Info tentang Pati delima organik boleh dibaca disini.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.