Pejabat Pos Mid Valley dibuka pada hari Sabtu dan Ahad

May 13, 2017 by 2 Comments

Pejabat Pos Mid Valley

Pejabat pos Mid Valley berada di LG Floor.

Ianya berhampiran dengan AEON Customer Service. No lotnya ialah AT0003 tapi lebih mudah mencari AEON terlebih dahulu.

Bila dah nampak AEON di LG, pergi ke kanan ada food court AEON.

Pejabat Pos Mid Valley ni agak tersorok.

Saya jumpanya selepas frust tak jumpa jumpa Pejabat Pos dan mahu cari makanan pula haha.

Lega bila nampak Pejabat Pos ni.

Macam jumpa boyfriend leganya hihi.

Pejabat pos MidValley

Macam biasa, ambil nombor dan tunggu nombor dipanggil.

Saya mahu pos buku Travellis Jepun Tokyo yang kawan kawan pesan jadi kena beratur beli sampul prabayar.

Siapa nak tengok harga sampul dan kotak prabayar klik sini ya.

Sambil tunggu nombor, kawan kawan boleh makan dulu di foodcourt.

Ataupun jika datang bersama suami, isteri dan anak-anak, mereka boleh menikmati hidangan Jepun yang dijual di food court bersebelahan.

Pejabat Pos Mid Valley

Biarpun bekerja pada hari Sabtu dan Ahad, pegawai bertugas menjalankan tugasnya dengan baik.

Beliau menjawab setiap persoalan saya tentang produk pos laju apa yang sedang promosi haha.

Saya datang untuk pos barang sahaja tapi selalu jadi wartawan tanya maciam maciam.

Pejabat Pos Mid Valley

Artikel tentang Pejabat Pos Laju Balakong Cheras disini

Nak tahu harga sampul dan kotak prabayar Pos Laju 2017 klik disini

Pejabat pos Mid Valley

Ini jadual waktu beroperasi Pejabat Pos Mid Valley untuk rujukan kawan kawan.

Dibuka setiap hari Isnin hingga Sabtu 10 pagi sampai 9 malam.

Ahad dibuka 10 pagi sampai 4 petang. Jika nak datang hari Ahad kena cepat tau.

Pejabat pos ini juga ditutup pada hari Sabtu & Ahad minggu pertama dan juga cuti umum.

 

 

2 Replies to “Pejabat Pos Mid Valley dibuka pada hari Sabtu dan Ahad”

  1. Liew han hui says:

    Hello, I come to mid valley branch at 4/6/19 for renewal road tax around 2pm. I realized that the ic is not return to me. Ic name is Liew Han Hui no 911015085025. I try so many times but it failed to call in. Please reply to me asap.

    1. Suraya Ali says:

      Hi Sir/Madam,
      We hope you had already solved the issue.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.