Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi | Zana Therapy Oil:PeDAS

March 27, 2020 by No Comments

Artikel “Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi | Zana Therapy Oil:PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Minyak terapi berasal daripada minyak pati berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan, bunga, herba, daun dan bahagian-bahagian tertentu pada pokok. Minyak pati adalah minyak wangian semulajadi yang digunakan sejak zaman dahulu lagi. Catatan sejarah menunjukkan minyak beraroma ini digunakan sebagai deodoran serta pelembap kulit semulajadi.

Penggunaan minyak pati beraroma ini sangat meluas. Di zaman Tamadun Mesir Purba, wangian merupakan satu lambang status dan diangkat tinggi. Minyak beraroma pernah dijadikan sebagai ganti untuk bayaran gaji atau perkhidmatan kepada pekerja bertaraf rendah. Minyak ini juga digunakan sebahagian di dalam proses mengawet mumia untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.

Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi

Minyak aromaterapi masih digunapakai sehingga hari ini. Aroma yang datang dari minyak pati ini mengaktifkan bahagian-bahagian tertentu pada otak yang memainkan peranan dalam emosi. Secara tidak langsung, minyak aromaterapi membantu meningkatkan kualiti hidup dengan mengawal kebimbangan dan stress, memberi rasa tenang dan memperbaiki mutu tidur. Badan juga terasa lebih ringan jika minda tenang, bukan?

Bagaimanakah minyak aromaterapi dapat dimanfaatkan?

[1] Sebagai pewangi untuk ruang
Jika anda tiada diffuser atau air humidifier, anda boleh meletakkan sedikit titisan minyak pati ini ke dalam botol semburan dan semburkan ke bahagian seperti langsir tingkap.

[2] Facial steamers
Siapkan air panas di besen dan letakkan beberapa titis minyak aromaterapi ke dalam bekas tersebut. Halakan muka anda ke arah besen dan halang wap daripada bebas keluar dengan menutup kepala dengan kain bersih.

Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi-3

[3] Untuk kegunaan di permukaan kulit
Sesetengah orang mungkin akan ada alahan terhadap minyak ini dan seterusnya mengalami kesan sampingan jika terkena kepadanya. Walaupun anda tiada alahan, anda masih perlu berhati-hati.

Letakkan sedikit sahaja terlebih dahulu di permukaan (ujian patch) untuk mengetahui samada minyak pati tersebut rasi dengan anda atau tidak. Sesetengah minyak pati perlu digunakan bersama dengan carrier oil untuk mencairkan minyak pati tersebut.

Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi-2

Minyak pati tidak sepatutnya diminum melainkan ia adalah atas arahan doktor anda. Jika anda sedang di bawah rawatan doktor dan mengambil ubat preskripsi, lebih baik jika berbincang dengan doktor atau pakar terapi terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada berlakunya kesan sampingan yang negatif.

Dapatkan nasihat pakar perubatan terlebih dahulu jika ingin digunakan kepada kanak-kanak dan bayi kerana kulit dan deria bau mereka sangat sensitif. Dikhuatiri minyak pati akan mendatangkan lebih kemudaratan daripada kebaikan.

*Kredit dan sumber rujukan:

  • Why Essential Oils Were Important to Ancient Egyptian Pharaohs – utamaspicebali.com
  • Apakah Aromaterapi – Hello Doktor
  • Sebelum Beri Anak Essential Oil, Ini 7 Perkara Ibu Bapa Patut Tahu – Hello Doktor

Salah seorang usahawan PeDAS adalah pengeluar minyak beraroma berjenama Zana Therapy Oil.

Cara Menggunakan Minyak Aromaterapi-1

Antara jenis minyak aromaterapi yang dikeluarkan oleh syarikat pemilik produk ini adalah daripada ekstrak tea tree, Eucalyptus dan peppermint.

Untuk pertanyaan lebih lanjut, pembaca boleh layari laman media sosial mereka di sini:

Facebook|Instagram|Zana Homepage|WhatsApp

Nak singgah HQ dan mencuba sendiri sampel dan sebagainya? Ini alamatnya:

Sekian sahaja artikel untuk siri usahawan PeDAS Zana Therapy Oil. Jumpa lagi di siri usahawan PeDAS lain yang akan datang! Profil penuh usahawan ZTO di bawah ini:

Entri pertama|| Zana Therapy Oil Malaysia | PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

*DISCLAIMER: ARTIKEL INI SEKADAR BAHAN BACAAN AM DAN TIDAK BERTUJUAN MENYEDIAKAN NASIHAT PERUBATAN, DIAGNOSIS, ATAU RAWATAN.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.