Zana Therapy Oil Malaysia | PeDAS

March 27, 2020 by No Comments

Artikel “Zana Therapy Oil Malaysia | PeDAS” adalah salah satu artikel yang diterbitkan di bawah siri pengenalan usahawan Program Prekhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS). Info lebih lanjut tentang program di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersama dengan agensinya, Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diselitkan di bahagian nota kaki artikel ini.


Minyak aromaterapi, atau therapy oil telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Ia dihasilkan daripada minyak pati berasaskan bunga, herba atau bahagian pokok tertentu yang mempunyai bau harum. Bahagian sel tertentu tersebut dipanggil intipati. Minyak pati pula adalah hasil daripada pengekstrakan bahan-bahan yang telah disebutkan tadi.

Minyak aromaterapi berfungsi melalui deria bau dan penyerapan kulit.

Walau bagaimanapun, minyak pati sejati hanya sesetengah jenis tumbuhan kerana minyak pati sejati tidak dicampur dengan bahan kimia atau wangian lain dan dibuat dengan menggunakan proses tertentu yang tidak mengubah kimia tumbuhan.

Salah seorang usahawan PeDAS kita adalah pengeluar produk minyak aromaterapi dari Pusat Internet Desa (PID) Tanjung Kling, Melaka.

Zana Therapy Oil Malaysia

Zana Therapy Oil Malaysia-1

Zana Therapy Oil adalah produk keluaran Suzana The Beauty Touch. Produk minyak aromaterapi ini telah wujud di pasaran Malaysia sedekad lamanya.

Zana Therapy Oil Malaysia-2

Pemilik Zana Therapy Oil adalah Puan Suzana Binti Abu Talib. Produk ini digunakan di Zana Spa Muslimah milik beliau dan beliau sendiri adalah jurulatih urutan bertauliah di Malaysia. Antara jenis minyak aromaterapi yang dikeluarkan oleh syarikat pemilik produk ini adalah daripada ekstrak:

  • Tea tree
  • Eucalyptus / kayu putih
  • Peppermint / pudina
Zana Therapy Oil Malaysia-3

Untuk pertanyaan lebih lanjut, pembaca boleh layari laman media sosial mereka di sini:

Facebook|Instagram|Zana Homepage|WhatsApp

Nak singgah HQ dan merasa sendiri sampel dan sebagainya? Ini alamatnya:

NO 11-1 & 13-1, JALAN KOMERSIAL, MITC, 75450 AYER KEROH, MELAKA.

Artikel seterusnya adalah reviu LunaStory tentang produk dari usahawan PeDAS ini:

Entri kedua|| Kelebihan Minyak Pati Aromaterapi | ZTO:PeDAS


Program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) dilancarkan sebagai medium untuk membantu peserta daripada industri kecil dan sederhana (IKS) memasarkan produk secara dalam talian dengan bimbingan daripada pihak yang dilantik oleh MDEC. Disamping itu juga, program ini juga membantu usahawan memperkembangkan jaringan bersama dengan pelbagai agensi dan rakan perniagaan. [press release] [mdec e-commerce page]

Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.