Tips Rancang Cukai dari AR Success (Bahagian Dua)

September 6, 2019 by No Comments

Apa itu cukai perniagaan dan Tips Rancang Cukai Perniagaan adalah antara soalan daripada usahawan yang sering ditanya kepada akauntan. 

Baca tentang apa itu cukai perniagaan disini.

Tips Rancang Cukai yang Pertama sehingga Keempat turut dikongsikan oleh AR Success di link diatas.

AR Success komited dalam penyediaan akaun dan audit untuk syarikat Sdn Bhd, PLT dan Enterprise

Tips Rancang Cukai Kelima : Elak pengarah syarikat berhutang dengan syarikat.

Kesalahan ini ada terdapat dalam 2 akta iaitu:-

  1. Seksyen 224, AS 2016 – Syarikat tidak boleh beri pinjaman kepada pengarah.
  • Pekeliling 8/2015, ACP 1967 – Syarikat tidak boleh beri pinjaman kepada seseorang yang ada kaitan dengan pengarah.

Berdasarkan ACP 1967, syarikat akan dikenakan purata 4.3% faedah atas amaun yang dipinjam. Faedah ini dikira sebagai pendapatan dan ianya tertaluk kepada cukai. Cukai ini tidak dibenarkan tolak apa-apa perbelanjaan.

Tips Rancang Cukai Keenam : Upgrade Enterprise ke Sdn Bhd

Ada 2 asas anda perlu pertimbangkan sebelum upgrade ke Sdn Bhd iaitu:-

  1. Asas pertama- keperluan dari segi bisnes.

Contohnya untuk membida projek di bawah agensi kerajaan atau mana-mana projek kebiasaannya projek besar, pihak terbabit mensyaratkan hanya syarikat sdn bhd layak memohon.

Maka di sini anda boleh pertimbangkan untuk upgrade ke sdn bhd. Namun di sini ada risikonya jika anda tidak terpilih mendapat projek tersebut.

Maksud saya risiko dari segi menanggung kos tambahan (tahunan) berbanding enterprise iaitu kos menyediakan Laporan Audit dan Cukai Syarikat.

  • Asas kedua- masa yang sesuai untuk upgrade

Asas ini ada kaitan dengan implikasi cukai. Persoalannya bilakah masa yang sesuai?

Penanda aras masa yang sesuai adalah bila keuntungan anda setahun mencecah minimum RM70,000 atau RM80,000 setahun.

Jika keuntungan anda melebihi penanda aras ini anda akan berdepan dengan cukai kena bayar yang sangat tinggi.

Tips Rancang Cukai Ketujuh : Maksimumkan Bayar Zakat

Peratus maksimum bagi enterprise dan sdn bhd adalah berbeza iaitu:-

  1. Sdn Bhd- hanya 2.5% daripada zakat yang dibayar boleh di tolak dari CKB
  2. Enterprise- boleh tolak 100%
Bayar zakat dengan maksimum dapat merancang cukai perniagaan kita

Tips Rancang Cukai Kelapan : Insuran Berkelompok

Tahukah anda insuran yang dibayar kepada pengarah syarikat adalah tidak dibenarkan ditolak dari pendapatan perniagaan atau dengan kata lain jumlahnya akan dicampur balik dari untung atau rugi syarikat di dalam pengiraan pendapatan bercukai (rujuk Tips#2 (iv) di atas.

Walaubagaimanapun, bagi pengarah yang mempunyai jawatan di dalam syarikat (Pengarah Eksekutif), bayaran premium insuran kepada  pengarah ini menjadi belanja dibenarkan.

Tips Rancang Cukai Kesembilan : Maksimumkan Pelepasan Cukai

Pelepasan cukai bermaksud belanja yang dibenarkan ditolak dari PENDAPATAN BERCUKAI atau dengan kata lain belanja dapat mengurangkan CKB seseorang.

Anda boleh rujuk senarai pelepasan cukai individi di laman sesawang LHDN iaitu www.hasil.gov.my

Namun saya senaraikan juga senarai pelepasan dan terangkan apa tindakan anda selanjutnya untuk mendapat pelepasan yang maksimum

BIL PERKARA AMAUN MAKSIMUM TINDAKAN
1 Individu dan saudara tanggungan 9000 Otomatik
2Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (keadaan kesihatan mestilah disahkan oleh pengamal perubatan) ATAU Ibu dan bapa Terhad 1,500 bagi hanya seorang ibu
Terhad 1,500 bagi hanya seorang bapa
5,000 (terhad)         ATAU  3,000 (Terhad)Simpan resit
bayaran rawatan perubatan  
3Peralatan sokongan asas (untuk individu kurang upaya, suami/isteri, anak atau ibubapa yang kurang upaya) 6,000 (Terhad)Simpan resit
belian alat sokongan
4 Individu kurang upaya 6,000  
5 Yuran pendidikan (sendiri)  
Selain dari Ijazah dan PHD (contohnya Diploma, sijil dan lain-lain) dan terhad kepada bidang
Undang-undang
Perakaunan
Kewangan Islam
Teknikal
Vokasional
Industry, saintifik atau teknologi
Peringkat Ijazah dan PHD bagi semua bidang atau kursus.
7,000Simpan Surat Tawaran Lanjut Pelajaran dan resit bayar yuran.                        
6Perbelanjaan perubatan penyakit yang sukar diubati (individu atau suami/isteri atau anak-anak) 6,000 (Terhad) Simpan resit bayar perubatan
7Permeriksaan perubatan penuh (Diri sendiri, suami/isteri atau anak)  
Nota: Bukan setiap seorang RM500 tetapi hanya salah seorang sahaja yang boleh tuntut
500
(Terhad)
Simpan resit bayar perubatan
8
4 kategori Gaya hidup iaitu:-  
Pembelian bahan bacaan bercetak dan penerbitan seperti buku, jurnal, majalah, suratkhabar untuk diri sendiri, suami/isteri atau anak.  
Pengecualian dari menuntut pelepasan:-  
Bahan tidak bercetak dan tidak diterbitkan contoh e-book walaupun ianya dicetak selepas dibeli.

Bahan bacaan terlarang.
Pembelian komputer meja atau komputer riba, telefon pintar atau tablet untuk diri
sendiri, suami/isteri atau anak bagi setiap 3 tahun.
Pembelian alat sukanYuran keahlianGym
Langganan internet
Mana-mana kategori yang dibelanjakanSimpan resit belanja mana-mana 4 atau keempat-empat kategori gaya hidup sehingga had maksimum.
Tonton video Penalti Cukai dari Puan Rozita Kamaruddin, AR Success

MAHUKAH PEMILIK SYARIKAT BELAJAR ILMU URUS AKAUN BISNES SYARIKAT SECARA MUDAH DAN PRAKTIKAL?
ARS JUGA BOLEH MEMBUATKAN USAHAWAN TENANG DAN DAPAT TIDUR MALAM TANPA RISAUKAN URUSAN AKAUN SYARIKAT.

HUBUNGI TERUS :

ROZITA KAMARUDIN

PRINCIPAL, AR SUCCESS
CHARTERED ACCOUNTANT
MEMBER OF THE MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS
MEMBERSHIP NO: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

LAMAN WEB AR SUCCESS DI LINK INI (KLIK SAHAJA)

 UNTUK BERHUBUNG DENGAN FB AR SUCCESS, KLIK DISINI 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.