Apa Itu Cukai Perniagaan – ARSuccess

September 6, 2019 by No Comments

Apa itu cukai perniagaan adalah antara soalan daripada usahawan yang sering ditanya kepada akauntan. Cukai adalah caj tahunan yang dilevi ke atas pendapatan setahun seseorang (bagi mereka yang layak sahaja 1*) atau sesebuah syarikat atau perniagaan (bagi sumber-sumber yang diwajibkan sahaja 2*).

Penulisan ini adalah daripada AR Success yang memfokuskan kepada apa itu cukai perniagaan Sdn Bhd dan Enterprise.

AR Success fokus kepada akaun dan audit syarikat

MAHUKAH pemilik syarikat belajar ilmu urus akaun bisnes syarikat secara mudah dan praktikal?
ARS juga boleh membuatkan usahawan tenang dan dapat tidur malam tanpa risaukan urusan akaun syarikat.

Hubungi terus :

Rozita Kamarudin

Principal, AR Success
Chartered Accountant
Member of the Malaysian Institute of Accountants
Membership No: 26195

Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

 Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini 

Fobia dengan perkataan Cukai?

Biasanya kita fobia, takut atau seram dengan perkataan cukai kerana salah faham tentangnya.

Ramai usahawan beranggapan jika hantar Borang Nyata Cukai (BNC) maksudnya kena bayar cukai dan ada yang takut kena bayar cukai yang tinggi jika kita hantar BNC tersebut.

BNC perlu dihantar ke Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas setahun kita beroperasi sebagai sebuah syarikat dan memiliki akaun syarikat serta ada transaksinya.

Banyak kelebihan jika seseorang itu membayar cukai terutama bagi mereka yang berhasrat membuat pinjaman untuk membeli asset seperti kereta atau rumah.

Tahukah anda mengapa membayar cukai menjadi syarat kebanyakan bank  di Malaysia untuk meluluskan sesuatu permohonan pinjaman?

Jawapannya adalah kerana jika seseorang atau sesebuah syarikat membayar cukai, ianya memberi petanda bahawa seseorang atau sesebuah syarikat itu mempunyai pendapatan.

Di sini ada 2 kategori orang yang mempunyai pendapatan.

  1. Pendapatan yang membawa seseorang atau sesebuah syarikat dikenakan cukai.
  2. Pendapatan yang membawa seseorang atau sesebuah syarikat tidak dikenakan cukai.

Perbezaan antara 2 kategori ini adalah  disebabkan oleh pelepasan cukai yang diperolehi individu atau pengecualian yang diperolehi oleh sesebuah syarikat.

Perbezaan ini akan membezakan kelayakan seseorang atau sesebuah syarikat mendapat pinjaman untuk kereta atau rumah. Disini perlunya anda merancang cukai anda dan syarikat.

Apa Itu Cukai dan Bagaimana Merancang Cukai Kita

Tips Rancang Cukai yang Pertama : Maksimumkan Belanja Dibenarkan.

Belanja dibenarkan adalah belanja yang dibenar untuk ditolak dari pendapatan atau dengan kata lain belanja yang akan menghasilkan pendapatan.                                                                                                                                                                           

Contoh belanja dibenarkan adalah:-

  1. Kos bahan mentah untuk menghasilkan produk jualan.
  2. Belanja pentadbiran dan operasi seperti kos kakitangan  sewa pejabat, utility,penyelenggaraan kereta atau pejabat.
  3. Lain-lain belanja seperti derma kepada institusi yang diluluskan oleh LHDN.
Video Puan Rozita Kamaruddin, AR Success menerangkan tentang belanja yang dibenarkan

Apa itu Cukai Perniagaan dan Tips Cukai yang Kedua : Minimum Belanja Tidak Dibenarkan

Belanja tidak dibenarkan adalah belanja yang tidak dibenarkan ditolak dari pendapatan perniagaan.

Belanja ini akan dicampur balik kepada untung atau rugi sesebuah syarikat tersebut. Di sini, jika Penyata Untung Rugi (PUR) menunjukkan untung maka untung akan bertambah dengan jumlah belanja yang tidak dibenarkan tadi.

Manakala jika PUR menunjukkan rugi, maka belanja tidak dibenarkan akan menjadi rugi berkurang (semakin kecil) atau ada kemungkinan menunjukkan untung jika jumlah belanja tidak dibenarkan besar.

Maka, berhati-hatilah sebelum mengeluarkan duit untuk belanja syarikat. Di bawah saya senaraikan beberapa contoh belanja tidak dibenarkan sebagai panduan usahawan semua.

  1. Susutnilai
  2. Belanja peribadi seperti aksesori kereta persendirian, belanja domestic dan lain-lain.
  3. Belanja potensi pelanggan
  4. Insuran pengarah syarikat
  5. Yuran guaman, yuran agen cukai, yuran setiausaha syarikat
  6. Derma dan sumbangan kecuali  yang diluluskan oleh LHDN
  7. Denda lewat bayar seperti EPF, SOCSO dan cukai
  8. Saman trafik
  9. Hutang lapok
  10. Untung atau rugi dari pelupusan harta
  11. Faedah dari pinjaman sewa beli kereta
  12. Belanja perjalanan (50% tidak dibenarkan)
  13. Belanja keraian (50% tidak dibenarkan)

Namun masih ada tips menjadikan belanja tidak dibenarkan, boleh ditolak dari pendapatan. Ikuti tulisan saya dengan tajuk ‘Tips bagaimana menjadikan belanja tidak dibenarkan boleh ditolak dari pendapatan’.

Video Puan Rozita Kamaruddin, AR Success menerangkan tentang belanja yang tidak dibenarkan

Tips Cukai Ketiga setelah Memahami Apa Itu Cukai Perniagaan : Minimumkan Stok Akhir

Stok akhir dapat mempengaruhi untung atau rugi sesebuah perniagaan itu. Jika stok akhir rendah, untung akan menjadi rendah dan begitulah sebaliknya.

Jika untung rendah maka cukai juga akan turut rendah dan begitulah sebaliknya.

Ingin baca Tips Menulis Setiap Hari disini

Tips Cukai Ketiga : Miliki atau sewa kereta untuk kegunaan syarikat.

Tahukah anda, memiliki (beli) atau sewa kereta boleh minimumkan CKB dengan tuntutan elaun modal. Saya bahagikan tips ini kepada 3 kategori pemilikan:-

  1. Memiliki kereta dengan membeli atas nama syarikat. Persoalannya yang biasa saya terima berkenaan membeli kereta atas nama syarikat ialah roadtax dan insuran yang mahal.

Perkara ini bagi saya sangat subjektif kerana mahal atau murah bergantung kepada individu. Namun apa yang penting disini adalah bagaimana memiliki kereta samada beli atas nama syarikat atau individu boleh meminimumkan CKB.

  • Memiliki kereta yang dipindahkan oleh pemilik atau pengarah kepada perniagaan atau syarikat. Di sini pemilik atau pengarah perlu sediakan:-
  1. Resolusi yang menyatakan bahawa pengarah syarikat memindahkan atau membenarkan syarikat menggunakan kereta peribadi beliau. Bagi perniagaan (enterprise) cukup dengan menyediakan surat kebenaran menggunakan kereta peribadi kepada perniagaan.

Nyatakan syarat syarat lain yang berkenaan seperti:-

  • Bayaran ansuran kereta dibayar oleh perniagaan atau syarikat terus kepada institusi perbankan atau kewangan.
  • Bayaran roadtax dan insurans ditanggung sepenuhnya oleh perniagaan atau syarikat.
  • Penyelenggaraan kereta ditanggung 70% oleh perniagaan atau syarikat, 30% ditanggung oleh pemilik atau pengarah.
  • Surat transfer dari JPJ untuk menunjukkan pemilik atau pengarah akan menyerahkan kepada perniagaan atau syarikat apabila pinjaman kereta habis dibayar.
  • Menyewa kereta peribadi kepada perniagaan atau syarikat. Di sini, pemilik atau pengarah perlu memberi perniagaan atau syarikat surat kebenaran menyewa kereta peribadi mereka. Selain dari kategori pemilikan, anda juga perlu tahu tentang 2 jenis pemilikan:-
  1. Pemilikan secara undang-undang (legal owner). Di sini pemilik adalah pemilik yang memiliki asset (kereta) itu secara sah. Pemilik ini mempunyai kad pendaftaran atau kita selalu panggil geran kereta. Pemilik ini kadang-kadang tidak menggunakan atau jarang gunakan kereta ini atas sebab yang pelbagai, contohnya mungkin beliau mempunyai banyak kereta atau tak mampu bayar ansuran pinjaman.
  • pemilik atas dasar menggunakan aset yang dipindahkan (Beneficiary Owner). Pemilik ini bukan pemilik yang sah dari segi undang tetapi diberi kebenaran menggunakan untuk tujuan operasi oleh pemilik yang sah. Pemilik jenis ini akan menanggung segala kos ke atas kereta ini kerana menggunakannya.
Apa Itu Cukai Perniagaan
Apa Itu Cukai Perniagaan – Sumber Serve Daily

Dengan memiliki asset, syarikat layak menuntut Elaun Modal yang akan ditolak menjadi “Pendapatan Berkanun” (rujuk no 1). Dari pendapatan berkanun akan menjadi “Pendapatan Bercukai” (rujuk no 2) jika tidak dicampur pendapatan lain (rujuk no 3) dan tidak ditolak pelarasan (rujuk no4).

Ada 2 tips untuk melayakkan sesebuah perniagaan itu menuntut Elaun Modal maksimum RM100,000 bagi kenderaan yang tidak dilesenkan untuk pengangkutan barangan atau komersial iaitu

  1. kenderaan mestilah baru
  2. kos kenderaan tidak boleh melebihi RM150,000. Jika lebih RM150,000 elaun modal yang layak dituntut hanyalah RM50,000 sahaja.

Baca lanjut tentang Tips Rancang Cukai Perniagaan di link ini.

Dengan servis konsultasi dari AR Success, usahawan tak risau lagi tentang Apa itu Cukai Perniagaan malah menjadikan cukai ini sebagai perkara baik yang boleh melonjakkan perniagaan kita.

AR Success merupakan sebuah syarikat yang banyak membantu individu dan usahawan dalam mengendalikan urusan urus akaun bisnes syarikat.


Beritahu no kod ‘ARSLUNA’ ke nombor 019-626 3206 yang membolehkan Tuan/Puan mendapat potongan harga untuk servis pensyarikatan dan juga akaun bisnes.

Untuk urusan temujanji, boleh ke:AR SUCCESS (00193036611-H)
32-1 Jalan Danau Lumayan 1
Pusat Perniagaan Danau Lumayan
Bandar Seri Permaisuri,
56000 Cheras
Kuala Lumpur

Tel: 03-9171 0611

Laman web AR Success di link ini (klik sahaja)

 Untuk berhubung dengan FB AR Success, klik disini dan boleh tanyakan tentang apa itu cukai perniagaan


Leave a Comment

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.