5 Sebab Mengembara untuk Dikongsikan Bersama

May 18, 2017 by No Comments

Apa sebab Mengembara?

Ia mengubah saya 360 darjah. Ok mungkin 180 darjah atau memang mengubah saya biar berapa pun darjahnya hihi. Ini adalah perubahan pada diri saya dan membuatkan saya tekad untuk meneruskan sebab mengembara,

Sebab Mengembara #1 Saya menjadi sangat alert dengan pemandangan

 

Apabila saya di Jepun dan nampak orang naik basikal pakai kot pergi kerja– saya rasa teruja!
Tempohari saya ke Taiping, Perak dan melihat beberapa orang pakcik naik basikal!
Cuma mereka tak pakai kot dan mungkin pergi kerja juga (macam orang di Jepun)

Maksudnya pemandangan yang terhijab selama ini di Malaysia semakin terbuka apabila mengembara.

Apa yang sudah ada di Malaysia, belum cukup untuk kita hargai dan rasa.

 

Sebab Kedua #2 Semakin mencintai Malaysia

Seronoknya ke Saikono Village Tokyo pakai kimono dan menziarahi rumah rumah padi, seramik dan pelbagai lagi kebudayaan membuatkan saya semakin mencintai Malaysia!

Ini (sebiji) macam rumah kebudayaan di Melaka yang ada rumah Pahang, Negeri Sembilan, Selangor.

Orang luar datang ke negara kita mahu melihat kebudayaan.
Tak dinafikan mereka juga mahu lihat KLCC macam kita nak juga (merasa) panjat Tokyo Sky Tower.

Namun travelling ke luar sentiasa membuatkan saya terfikir bagaimana mahu membawa orang mengembara ke dalam Malaysia pula.

Malaysia pun tak ada kurangnya!

Sebab Mengembara

 

Sebab Mengembara #3 Saya (semakin) memahami kita (sentiasa) boleh dapat apa kita mahu.

 

Saya (pernah) bercita cita ke Jepun sejak remaja dan siapa sangka saya dapat ke sana tiga kali dalam tahun 2016!

Perasaan mencapai satu demi satu apa yang kita pernah impikan adalah tidak dapat digambarkan syukurnya!

Dahulu teringin sangat mendengar cerita orang tentang bunga sakura yang mekar seminggu sekali setahun.

Bila memandang sakura itu — rasa macam ianya adalah segala galanya.

Impian, cita cita dan harapan.

Nah — apa lagi yang kita tak boleh capai dalam kehidupan?

 

Buku Travellis Jepun Tokyo ini mengandungi pelbagai cerita tentang bumi Jepun. Klik di gambar untuk mendapatkannya!

travellis jepun tokyo

Sebab #4 Travel bukan untuk orang kaya, ia untuk yang mahu.

 

Jika tidak mengembara, saya tetap akan gunakan duit itu untuk sesuatu yang lain (kan).
Tudung, baju, bekas pensil, bekas air bagaikan tak pernah cukup dalam kehidupan saya haha.

Asingkan RM200 sebulan memadai 15 bulan untuk simpan duit ke Jepun dan Korea ikut saya jom!

travel korea

Gambar di Korea Selatan bersama trip 2 hingga 6 Mei 2017 tempohari!

Sebab Mengembara #5 Membuatkan saya menghargai momen sekarang iaitu hari ini

Selalunya di Malaysia saya terbang dalam masa hadapan atau hanyut dalam kenangan.

Bila mengembara, saya benar benar berada di dalam masa sekarang.

Pulang ke Malaysia, saya bawa habit itu.
Menghargai apa yang kita ada sekarang dan menikmati sepenuhnya — terutama nikmat kesihatan

Saya belajar melalui pengembaraan yang dilalui!

 

Dah dapatkan buku Travellis Jepun Tokyo? Klik gambar buku dibawah ya!

 

travellis jepun tokyo

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.