Kesalahan dalam Penulisan SEO

November 12, 2021 by No Comments

Sebagai usahawan atau penulis dalam penghasilan konten perniagaan, anda semestinya tahu serba sedikit tentang kesalahan dalam penulisan SEO, bukan? Ia merupakan perkara yang biasa dilakukan oleh usahawan terutamanya ketika membuat konten di website menggunakan SEO. Search Engine Optimization atau lebih dikenali sebagai SEO merupakan cara mengoptimasi website agar mendapat ranking teratas di hasil pencarian Google.

Walaupun usahawan sering menggunakan teknik SEO, pastinya ada juga kesalahan yang usahawan terlepas pandang, kan? Jadi, melalui entri kali ini Cik Min akan berkongsi dengan usahawan tentang kesalahan dalam penulisan SEO. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada laman Instagram Lunaworks.co.

Kesalahan dalam Penulisan SEO
Gambar sekadar ilustrasi

7 Kesalahan dalam Penulisan SEO

Bagi usahawan yang kurang mengetahui apa itu SEO, anda boleh melihat artikel kenali SEO dalam website. Boleh rujuk pautan di sini. Umumnya mengetahui, SEO merupakan salah satu teknik penting yang digunakan dalam blog atau website. Mungkin ramai usahawan di luar sana menggunakan SEO dalam penghasilan konten tetapi, konten yang dihasilkan kurang mendapat sambutan dan perniagaan usahawan juga masih belum dikenali.

Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dan profesional, anda perlu menguasai teknik SEO untuk memastikan konten perniagaan anda berada di carian tertinggi Google. Hal ini penting untuk memastikan pengguna internet menyedari tentang kewujudan perniagaan usahawan. Selain itu, mereka juga akan berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang servis dan produk yang ditawarkan.

Namun, terdapat beberapa kesalahan dalam penulisan SEO yang sering dilakukan sehingga konten yang dibuat tidak mencapai engagement yang banyak.

1. Tidak Memasukkan Focus Keyphrase di Alt Text (Alternative Text) Image

Sebagai usahawan atau penulis konten untuk perniagaan, anda mungkin sering melakukan kesalahan dengan tidak memasukkan focus keyphrase di alt text atau dikenali sebagai alternative text image. Alt text ini dapat berfungsi untuk membantu Google, mengenal pasti topik yang usahawan bincangkan melalui konten website usahawan. Usahawan perlu menulis penerangan gambar tersebut dengan lengkap dan jelas.

Misalnya, gambar yang digunakan merupakan sebuah gambar kedai makan. Jadi, usahawan perlulah memberi penerangan dengan memasukkan focus keyphrase yang ingin usahawan gunakan.

2. Tidak Memasukkan Focus Keyphrase di Subheading | Kesalahan dalam Penulisan SEO

Kesalahan penulisan SEO yang sering dilakukan ialah usahawan tidak memasukkan focus keyphrase di subheading. Nampak macam mudah sahaja, namun ia merupakan kesalahan yang mungkin sering usahawan lakukan ketika menggunakan SEO.

Focus keyphrase di subheading sangat penting bagi memastikan SEO analysis mencapai tahap yang baik. Namun, usahawan tidak perlu memasukkannya terlalu banyak sehingga SEO mencapai warna oren atau merah.

3. Tidak Memasukkan Focus Keyphrase di Meta Description | Kesalahan dalam Penulisan SEO

Focus keyphrase sememangnya perlu dioptimumkan di dalam konten. Namun, focus keyhprase tidak hanya ada dalam konten sahaja. Focus keyphrase juga perlu ada dimasukkan di bahagian tajuk dan meta description. Mungkin ramai dalam kalangan usahawan yang melupakan perkara ini.

Usahawan hanya perlu memasukkan focus keyhprase di meta description. Usahawan perlu membuat focus keyhprase bersesuaian dengan ayat yang ingin usahawan tuliskan. Selain itu, usahawan perlu membaca meta description tersebut agar focus keyphrase kelihatan natural dan sedap didengar. Dengan itu, konten perniagaan usahawan akan menjadi lebih baik.

4. Tidak Mengaktifan Button Open in New Tab di Outbound dan Internal Links

Kesalahan dalam penulisan SEO yang seringkali dilakukan ialah usahawan tidak mengaktifkan button open in new tab di outbound dan internal links. Ia merupakan perkara yang mudah tapi sering dilupakan apabila menulis menggunakan SEO. Usahawan perlu membuka button open in new tab agar pengguna internet yang membaca artikel usahawan masih kekal berada di page tersebut meskipun mereka ingin membuka link yang diberikan.

Selain itu, mereka juga dapat membaca artikel lain yang dihasilkan daripada blog usahawan sekiranya artikel tersebut dimasukkan linknya. Misalnya, artikel berkenaan produk perniagaan yang usahawan hasilkan.

5. Tidak Mengulang Keyphrase 1 Kali Setiap 100 Patah Perkataan

Terdapat kesalahan lain yang mungkin sering usahawan lakukan iaitu tidak mengulang keyphrase sebanyak 1 kali setiap 100 patah perkataan yang ditulis dalam konten website. Ia mungkin kesalahan yang jelas usahawan lakukan.

Ketika menulis maklumat atau idea di website, usahawan mungkin lupa untuk menyemak penulisan konten usahawan. Jadi, konten tersebut tidak menepati SEO yang telah ditetapkan. Hal ini dapat menjejaskan kedudukan artikel perniagaan usahawan untuk berada pada page teratas di laman Google. Usahawan boleh menggunakan portal Word Counter untuk mengira bilangan setiap patah perkataan yang ditulis dalam website usahawan.

6. Permalink Tidak Sama dengan Tajuk Artikel

Kesalahan lain yang mungkin usahawan lakukan ialah permalink yang digunakan tidak sama dengan tajuk artikel. Cik Min rasa kesalahan ini jarang sekali berlaku namun, ia tidak mustahil. Keadaan ini berlaku mungkin kerana usahawan mengubah tajuk atau focus keyphrase yang ingin usahawan gunakan. Kemudiannya, usahawan terlupa untuk menukar permalink yang digunakan di website usahawan. Hal ini akan menganggu pengguna internet untuk mencari artikel usahawan.

Jadi, sebelum usahawan terbitkan konten atau artikel tersebut. Semak dulu permalink dan link yang berkaitan ya?

7. Menulis Melebihi 300 Patah Perkataan Tanpa Dipisahkan dengan Subheading

Keadaan ini mungkin berlaku apabila usahawan cuba menulis melebihi 300 patah perkataan tanpa dipisahkan dengan subheading. Ianya merupakan satu kesalahan dalam penulisan SEO. Kebiasaannya, usahawan mempunyai banyak idea yang ingin dicurahkan dalam konten website jadi, usahawan lupa untuk memecahkan perenggan penulisan kepada block yang lain dan meletakkan subheading yang sesuai.

Sekiranya perkara tersebut berlaku usahawan mungkin mempunyai masalah pada readability, iaitu subheading distribution yang terlalu panjang. Hal ini dapat menjejaskan SEO analysis dan membuatkan penulisan konten website usahawan tidak teratur dan kemas.

Kesalahan dalam Penulisan SEO
Gambar sekadar ilustrasi

Cik Min harap usahawan dapat menggunakan artikel kesalahan dalam penulisan SEO, ini sebagai rujukan untuk meningkatkan lagi kualiti artikel dalam website usahawan.

Baca juga entri terbaharu tentang kelebihan WordPress berbanding Blogspot di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.