Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

November 17, 2021 by No Comments

Sebagai seseorang yang terlibat dengan bidang perniagaan, anda mesti ingin tahu tentang Bajet 2022 untuk peniaga dan usahawan, bukan? Kerajaan melalui pengumuman Bajet 2022 membawa berita gembira buat golongan usahawan dan peniaga kecil, menerusi beberapa inisiatif yang telah disediakan oleh kerajaan.

Kerajaan terus menyediakan bantuan kepada sektor perusahaan mikro, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) melalui inisiatif pembiayaan dengan kadar faedah 0% dan moratorium untuk membantu PKS berkembang maju semula.

Jadi, pada hari ini Cik Min akan berkongsi dengan usahawan tentang Bajet 2022 untuk peniaga dan usahawan. Informasi yang bermanfaat ini Cik Min dapat daripada laman web Edu Bestari. Usahawan boleh semak senarai yang ada di bawah.

Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan
Gambar sekadar ilustrasi

3 Inisiatif Utama Bantuan Kewangan dan Pembiayaan

Senarai berikut merupakan 3 inisiatif utama bantuan kewangan dan pembiayaan dalam Bajet 2022:

Pembiayaan Kredit Tanpa Faedah

Pembiayaan kredit tanpa faedah untuk 6 bulan pertama, berserta dengan kemudahan moratorium akan disediakan melalui pelbagai agensi seperti TEKUN, Agrobank dan BSN kepada peniaga makro.

Geran Padanan

Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing.

  • Geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh BPMB

Skim Geran Pendigitalan PKS | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Skim geran pendigitalan PKS berjumlah RM200 juta.

Senarai Bantuan Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

1. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon

Dana pembiayaan padanan matching fund bagi membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) meningkatkan amalan lestari dan rendah karbon.

  • Kadar pinjaman: Sehingga 5% setahun
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 10 tahun

2. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Mikrokredit TEKUN

Skim Pembiayaan Informal dan Mikro di bawah TEKUN akan menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0%
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM10,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

3. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Mikrokredit BSN

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 4% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM75,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

4. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Mikrokredit AgroBank

Penawaran pinjaman mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM75,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun

5. Semarak Niaga – Pembiayaan Alternatif | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Untuk memperkasakan pembiayaan alternatif melalui kaedah equity crowd funding dan peer-to-peer financing, secara geran padanan untuk Malaysia Co-Investment Fund (MyCIF), serta pelaburan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).

6. Skim Geran Pendigitalan PKS | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Jumlah dana bagi Skim Geran Pendigitalan PKS telah dinaikkan kepada RM200 juta.

7. Geran Padanan Automasi Pintar | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Geran untuk syarikat pembuatan dan perkhidmatan mengautomasikan proses perniagaan mereka.

8. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Targeted Relief and Recovery Facility (TRRF)

Kemudahan pembiayaan yang diwujudkan oleh BNM untuk memberikan bantuan dan sokongan pemulihan kepada PKS yang terjejas.

  • Kadar pinjaman: Sehingga 3.5% setahun (termasuk fi jaminan)
  • Kemudahan moratorium: Sekurang-kurangnya 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM500,000
  • Tempoh: Sehingga 7 tahun (termasuk tempoh moratorium)

9. Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga – AgroFood Facility

Program pembiayaan yang disediakan oleh BNM bagi meningkatkan pengeluaran makanan untuk Malaysia dan dieksport dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: Sehingga 3.75% setahun (termasuk fi jaminan)
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 8 tahun

10. Program Pembiayaan Skim Semarak Niaga – Dana Pembiayaan Agromakanan

Program pembiayaan yang disediakan oleh Agrobank untuk perusahaan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0% bagi 6 bulan pertama, 3% selanjutnya
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 6 bulan
  • Amaun: Sehingga RM500,000
  • Tempoh: Sehingga 8 tahun

11. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Skim Pembiayaan Informal dan Mikro (SPIM)

Menawarkan pinjaman dengan keutamaan diberi kepada peniaga sektor informal dan mikro dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: 0%
  • Kemudahan moratorium: Sehingga 12 bulan
  • Amaun: Sehingga RM10,000
  • Tempoh: Sehingga 5 tahun (termasuk moratorium)

12. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Program i-Tekad

Program kewangan sosial yang menawarkan modal permulaan, kredit mikro dan latihan kemahiran kepada usahawan mikro.

13. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI)

Menyediakan kemudahan pembiayaan mikro untuk memperkasa sosioekonomi komuniti India.

14. Skim Semarak Niaga Keluarga Malaysia – Penambahbaikan Skim Jaminan Pembiayaan Perniagaan

Untuk membantu syarikat mendapatkan pembiayaan baharu yang sebelum ini sukar diperolehi.

  • Peningkatan had jaminan pembiayaan perniagaan sehinga RM10 bilion sebagai tambahan kepada RM20 bilion yang telah diumumkan di bawah pakej PEMULIH.
  • Menjamin kemudahan pembiayaan yang dijadual dan distruktur semula sehingga 80% untuk tempoh 36 bulan, sehingga maksimum RM20 juta termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.
  • Menjamin kemudahan pembiayaan baharu sehingga 80%, termasuk ketika tempoh pemberian 12 bulan moratorium bayaran balik.

15. TekunNita | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Dana pembiayaan melalui TEKUN Nasional untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

16. DanaNita | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Dana pembiayaan melalui MARA untuk usahawan wanita bagi membantu usahawan wanita yang terkesan akibat COVID-19.

Kerajaan faham bahawa menjadi usahawan wanita bukannya mudah kerana pelbagai komitmen perlu diberi, apatah lagi jika ibu tersebut baru lepas bersalin. Bagi ibu yang mengalami masalah susu badan yang sedikit, Cik Min syorkan untuk mencuba The Milk Story Chocolate Drink, iaitu minuman coklat yang membantu memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.

Hubungi +60 12-619 6515 (Cik Luna) sekiranya anda berminat untuk mencuba.

17. Pembiayaan Perniagaan Melalui Pelaburan Ekuiti dan quasi-equity

Kaedah pendanaan melalui pelaburan ekuiti dan quasi-equity akan diperkenalkan oleh SME Bank dengan kerjasama TERAJU dan BSN.

18. Skim RESET (Rehabilitation and Support Through Equity)

Disediakan di bawah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj, kaedah pendanaan.

19. Business Recapitalisation Fund | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Disediakan di bawah BNM bagi membantu syarikat yang berdepan masalah gearing atau leveraj dengan terma pembiayaan:

  • Kadar pinjaman: sehingga 3.5% setahun (bagi pembiayaan kredit) + dividen (ditentukan oleh pembiaya ekuiti)
  • Amaun: Sehingga RM5 juta
  • Tempoh: Sehingga 10 tahun (butiran akan dimuktamadkan kemudian)

20. Program Latihan dan Bimbingan Perniagaan dan Skim Pembiayaan Mudah Francais

PERNAS menyediakan program latihan, bimbingan perniagaan dan skim pembiayaan mudah 0% selama 6 bulan pertama berserta moratorium kepada yang berminat menjadi usahawan francais.

21. Voluntary Carbon Market

Voluntary Carbon Market akan dilancarkan di bawah kendalian Bursa Malaysia.

22. Pelan Pembiayaan Usahawan Belia BSN & Agrobank

Pelan pembiayaan BSN dan Agrobank bagi belia yang menceburi bidang keusahawanan.

23. Dana pembiayaan Pengusaha Fasiliti Sukan BSN | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

BSN akan menyediakan dana pembiayaan dengan kadar faedah 0% untuk 6 bulan pertama dan moratorium untuk 6 bulan bagi pengusaha fasiliti sukan

24. Program Peningkatan Kapasiti dan Pembiayaan Perniagaan

Program peningkatan kapasiti dan pembiayaan perniagaan di bawah Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, TEKUN Nasional dan Dana Kemakmuran Bumiputera.

25. MyStartup | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

MyStartup dilaksanakan secara berfasa untuk memberi manfaat kepada lebih 2,500 syarikat dan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

26. Dana Bantuan Sementara Bas Henti-Henti

Dana bantuan untuk pengendali bas henti-henti.

27. Geran Padanan Aeroangkasa | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Geran disediakan untuk syarikat PKS Bumiputera meneroka peluang perniagaan dalam bidang aeroangkasa.

28. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) Hydrobest

Penggunaan teknologi Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) Hydrobest melalui geran padanan untuk memperkenal dan memperluas penggunaan teknologi RRIM Hydrobest kepada pekebun kecil melalui geran padanan bagi membantu meningkatkan taraf sosioekonomi pekebun kecil kategori B40.

29. Jalinan GLC: Memperkasa PMKS|Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Bantuan kepada usahawan melalui inisiatif seperti khidmat nasihat dan sokongan kewangan dengan dana kolektif bernilai RM5 bilion.

30. Pelepasan / Potongan Cukai atas Kos Berkaitan Pengambilan Vaksin Penggalak

Pelepasan cukai individu dan potongan cukai kepada majikan ke atas kos berkaitan pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri.

31. Insentif kepada Majikan yang Menggaji Perantis|Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Insentif kepada majikan yang menggaji perantis lepasan sekolah dan graduan berumur 18 hingga 30 tahun sebanyak RM900 sebulan bagi tempoh 6 bulan.

32. Bantuan Musim Tengkujuh | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Kerajaan meneruskan Bantuan Musim Tengkujuh untuk membantu meringankan beban sara hidup bagi 320,000 pekebun kecil yang kehilangan pendapatan semasa musim tengkujuh.

33. Potongan Cukai Dua Kali kepada Syarikat yang Memberi Biasiswa kepada Pelajar Institusi Pengajian Tinggi

Pelanjutan potongan cukai dua kali kepada syarikat yang memberi biasiswa kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan diperluas kepada semua bidang pengajian.

34. Potongan Cukai Dua Kali Bagi Perbelanjaan Operasi

Potongan cukai dua kali bagi perbelanjaan operasi yang layak dinaikkan daripada sehingga RM300,00 kepada sehingga RM500,000 dan dilanjutkan bagi tempoh 5 tahun sehingga 31 Disember 2025 sebagai usaha meningkatkan penglibatan syarikat anchor dalam membangunkan vendor Bumiputera tempatan.

35. Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil

Peruntukan disediakan bagi melaksanakan Skim Rangsangan Tanam Semula Sawit Pekebun Kecil dan usaha menangani kempen anti-minyak sawit di peringkat antarabangsa.

36. Program Pembiayaan Intervensi Pemulihan Ekonomi Koperasi

Penerusan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (TRANSFER) bagi memulihkan aktiviti koperasi yang terjejas.

Menyokong aktiviti perniagaan oleh koperasi, program seperti penyediaan tapak perniagaan food truck di kawasan bandar utama akan dilaksanakan melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

37. SPV Milik Kerajaan dalam Bentuk Instrumen Ekuiti

Inisiatif khusus untuk membantu syarikat tersenarai di Bursa mendapat suntikan dana tambahan melalui sebuah SPV milik Kerajaan dalam bentuk instrumen ekuiti atau instrumen lain yang berkaitan.

38. Subsidi dan Insentif Bagi Industri Pertanian dan Perikanan

Pemberian subsidi dan insentif bagi industri pertanian dan perikanan akan diteruskan dengan peruntukan bagi subsidi benih, baja, harga dan pengeluaran padi termasuk subsidi baja padi huma dan hasil tangkapan nelayan.

39. Pelanjutan Potongan Cukai ke atas Kos Pengubahsuaian dan Pembaharuan Premis

Melanjutkan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian dan pembaharuan premis sehingga RM300,000 sehingga 31 Disember 2022 bagi kerja-kerja mengubah suai fasiliti perniagaan supaya mematuhi keperluan SOP seperti pengudaraan serta ruang duduk pelanggan dan pekerja.

40. Potongan Cukai Tambahan atas Perbelanjaan Sewaan Premis Penginapan Pekerja

Potongan cukai tambahan sehingga RM50,000 ke atas perbelanjaan sewaan premis penginapan pekerja akan dilanjutkan untuk satu tahun lagi bagi syarikat yang berdaftar di bawah Safe@Work.

41. Bantuan Khusus untuk Usahawan Bangkit Semula| Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Kerajaan mencadang beberapa inisiatif berikut bagi membantu usahawan bangkit semula sepenuhnya:

  • Penangguhan bayaran ansuran cukai pendapatan bagi PMKS selama 6 bulan sehingga 30 Jun 2022.
  • Semua perniagaan dibenar membuat pindaan anggaran cukai pendapatan yang kena dibayar dalam bulan ke 11 sebelum 31 Oktober 2022.
  • Potongan cukai khas sehingga Jun 2022 kepada pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan sewa sekurang-kurangnya 30%.
  • Kerugian terkumpul yang tidak dapat diserap boleh dibawa ke hadapan untuk tempoh daripada maksimum 7 tahun taksiran berturut-turut kepada maksimum 10 tahun taksiran berturut-turut.

42. Kelanjutan Elaun Pelaburan Semula (EPS) Tambahan | Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan

Kerajaan akan melanjutkan elaun pelaburan semula (EPS) tambahan selama dua tahun bagi syarikat sedia ada di Malaysia yang telah tamat tempoh kelayakan EPS dan EPS khas, dan ini menjadikan tempoh keseluruhan EPS tambahan ini kepada 5 tahun.

Bajet 2022 untuk Peniaga dan Usahawan
Gambar sekadar ilustrasi

Sekian sahaja perkongsian Cik Min tentang Bajet 2022 untuk peniaga dan usahawan. Diharapkan agar artikel ini berguna untuk memberikan panduan buat para usahawan di luar sana.

Baca juga entri terbaru tentang tips online marketing di sini.

Penafian
Pengendali web tidak bertanggungjawab terhadap komen atau catatan pengirim dalam ruangan ulasan laman ini. Komen atau catatan yang tertera adalah tanggungjawab pengirim sepenuhnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.